Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tahi lalat

Buang Tahi Lalat Clinic D’UMRA Shah Alam

Posted on 06/05/201909/18/2023 by 123mamanet

Tahi Lalat | Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah pengalaman yang dialami oleh salah seorang team Mamanet beberapa hari sebelum Raya. Syukur sangat bila dapat peluang menjalani rawatan facial dan membuang tahi lalat di CLINIC D’UMRA Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami di Mamanet.

Isi Kandungan hide
1 CLINIC D’UMRA, Seksyen 13 Shah Alam
2 Hapuskan Tahi Lalat Guna Teknologi CO2 Laser
3 Doktor Pakar Estetika, Dr. Lashela Dharmadas
4 Rawatan Terkini: Mesin Indiba WISH Pro Facial
5 Pelbagai Rawatan Kecantikan di CLINIC D’UMRA
Clinic d'Umra

CLINIC D’UMRA, Seksyen 13 Shah Alam

Kepada yang biasa dengan Shah Alam, pasti tahu tentang Hospital UMRA yang popular sebagai hospital bersalin pilihan ramai. Manakala kedudukan CLINIC D’UMRA ini pula betul-betul terletak di sebelah Hospital UMRA. Memang senang nak cari sebab lokasinya tidak jauh dari bulatan Stadium Shah Alam.

Bagi anda yang belum tahu, CLINIC D’UMRA ini merupakan klinik estetika, awet muda dan kesejahteraan diri. Maksudnya kepada mereka yang mahu menambah baik penampilan luar dan dalam, inilah pilihan yang tepat.

Jika anda ke salon, belum tentu kaedah yang diamalkan selamat. Sebab itu, Mamanet syorkan anda datang ke sini sama ada sekadar untuk membuat facial muka biasa atau yang lebih intensif seperti membuang lemak kerana di sini rawatan dilakukan oleh doktor dan pembantu yang bertauliah. Kadar harganya pula sangat berpatutan. Anda mungkin tak percaya dan rasa menyesal sebab tak datang sini lebih awal.

Hapuskan Tahi Lalat Guna Teknologi CO2 Laser

 

Clinic d'Umra
Dr. Lashela Dharmadas memberikan padangan terbaiknya tentang rawatan yang perlu

Baiklah kita berbalik pada cerita Mamanet di CLINIC D’UMRA ini. Sebaik tiba pada masa yang telah ditetapkan, Mamanet telah mendapat konsultansi percuma daripada Doktor Pakar Estetika iaitu Dr. Lashela Dharmadas. Dr Shela memberikan beberapa nasihat terbaik untuk mengatasi masalah kulit Mamanet.

tahi lalat
Tahi lalat ini berwarna cair atau bening

 

Doktor Pakar Estetika, Dr. Lashela Dharmadas

Pertama kali bertentang mata dengan Dr. Shela yang manis dan peramah, terus beliau syor untuk buang tahi lalat atau mole di tepi hidung. Sebenarnya inilah impian Mamanet sejak sekian lama. Mamanet nak sangat muka bersih, licin dan jauh dari segala anasir yang menganggu di wajah.

 

tahi lalat
Contoh skin tag yang menjejaskan keselesaan pengidapnya

Bukan itu sahaja, Mamanet pun ada ‘skin tag’ kat bahagian ketiak. Tahu tak apa dia ‘skin tag’? ‘Skin tag’ ini adalah lebihan kulit yang terjadi akibat geseran. Ada kala ia tumbuh di leher, dada atau bahagian badan yang lain sama seperti ketuat yang selalu mengganggu keselesaan kita.

Puas sudah Mamanet amalkan petua dan guna ubat farmasi untuk tanggalkan ‘skin tag’ ini tapi gagal. Bila bertemu Dr. Shela, beliau terus saja cadangkan Mamanet buat rawatan C02 Laser. Sekelip mata sahaja masalah selesai. Alhamdulillah, Mamanet gembira sangat.

Untuk makluman semua tahi lalat (dalam pelbagai rupa) adalah perkara biasa dan kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih tahi lalat. Tahi lalat terhasil daripada konsentrasi pigment-producing cells (melanocytes) pada kulit anda.

tahi lalat
Contoh tahi lalat yang telah dibuang
Tahi lalat ini biasanya wujud sejak zaman kanak-kanak dan makin berubah dari segi saiz serta warna mengikut peningkatan usia. Tahi lalat baru biasanya muncul bila anda mengalami perubahan hormon, misalnya sewaktu hamil.

Kebanyakannya bersaiz kurang daripada 1/4 inci diameter. Biasanya ia berwarna cerah atau coklat dan hitam. Ia boleh tumbuh di mana sahaja pada tubuh anda sama ada hanya satu atau banyak. Di CLINIC D’UMRA, tahi lalat boleh dihapuskan dengan menggunakan CO2 Laser tanpa meninggalkan kesan parut yang ketara. Prosesnya pun tak sakit sebab kita akan dibius dulu.

 

Baca Juga:

Krim Muka Untuk Jeragat

Mekap Tahan Lama

 

 

tahi lalat
Kesan merah ialah bekas tahi lalat yang telah ditanggalkan

Rawatan Terkini:  Mesin Indiba WISH Pro Facial

Mesin Indiba WISH Pro Facial

Hati bertambah teruja bila Dr. Shela syorkan pula Mamanet buat rawatan awet muda yang canggih dan bebas jarum iaitu dengan Indiba WISH Pro Facial. Sememangnya Mamanet ada masalah kulit yang agak kusam dan mula terjejas akibat proses penuaan (maklumlah bila usia sudah menjejak 4 series). Dr. Shela memang memahami kehendak pelanggan. Thumbs up untuk Dr!

  • rawatan laser
    rawatan laser

Rawatan Indiba WISH Pro Facial ini dapat membantu meremajakan kulit kerana ia disertakan sekali dengan ramuan rahsia atau pati semualajadi yang diserapmasuk ke dalam kulit dengan menggunakan alat infra merah.

  • rawatan laser
  • rawatan laser

Kaedah ini dapat mengurangkan garis-garis kedut dengan berkesan, menegangkan kulit dan pada masa yang sama dapat mengurangkan pigmentasi hingga menjadikan wajah lebih mulus, gebu dan cerah sekata serta-merta.

Kebetulan pula, Mamanet buat rawatan ni masa nak raya, maka memang muka raya sungguhlah kali ini! Untuk anda yang mahukan wajah yang lebih segar dan muda secara semula jadi, masih belum terlewat lagi. Datanglah ke CLINIC D’UMRA, anda pasti akan tersenyum berseri-seri.

Pelbagai Rawatan Kecantikan di CLINIC D’UMRA

Clinic D’Umra bukan hanya menyelesaikan masalah muka atau kulit saja, tapi bagi anda yang bosan dengan lemak berlebihan dan bentuk badan yang mengeleber, bolehlah ke sini. Bahkan rawatan untuk kesejahteraan rumah tangga (mengetatkan vagina) pun ada.  Ingat ya, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawar kecuali mati.

Pendek kata, sebarang rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya ada. Usah takut dengan harga. Benda boleh bincang, buat apa simpan. Jadi, sila datang jumpa doktor dan bincang secara empat mata.

Lebih istimewa, untuk anda yang ada masa terluang dan dengan bajet yang sangat ketat, rebutlah peluang HAPPY HOUR! Waktu ini harga memang RUNTUH! Memang rugilah sesiapa yang tak nak GRAB! Nak tahu lebih lanjut, sila klik di bawah:

Facebook: Clinic d’Umra

Laman web: Umraskin.com

Untuk sebarang kemusykilan atau mahu menetapkan temu janji, cepat hubungi nombor di bawah:
017-883 1944 atau 03 – 5518 0009

KLINIK D’ UMRA SHAH ALAM
No. 12, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100,
Shah Alam, Selangor.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme