Resepi Biskut Suji Arab. Sedap betul, sekali makan nak lagi dan lagi! Sangat unik memandangkan bentuknya yang kecil comel. Jom cuba Resepi Biskut Suci Arab !
Bahan Utama Biskut Suji Arab
Bahan utama Biskut Suji Arab adalah minyak sapi yang digandingkan bersama campuran tepung dan bahan pelengkap lain.
Sungguhpun begitu, lain orang, lain cara membuatnya. Namun, ramai yang cenderung ingin mencuba resipi membuat biskut yang mudah untuk dicuba dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya juga tidak renyah.
Jadi, bagi anda yang tertarik untuk membuat sendiri biskut ini, jangan berlengah lagi. Dari Dapur Mamanet, dikongsikan resepi biskut yang sangat sedap ini. Jom, try!
BACA INI
Cara Buat Biskut Suji Arab Yang Sedap
Bahan-Bahan Untuk Resepi Biskut Suji Arab
- 150 gram tepung suji
- 300 gram tepung gandum (diayak)
- 150 gram gula kastor
- 250 gram minyak sapi
- 30 gram susu tepung
- Garam halus secukupnya
- Ceri merah atau hijau secukupnya dipotong kecil-kecil
- Sedikit gula kastor untuk digaul pada biskut.
Cuba Juga: Resepi Kek Butter, Mudah & Sedap
Cara Betul Membuatnya:
- Masukkan minyak sapi dan gula kastor dalam mangkuk.
- Kemudian pukul sampai sebati dan kembang.
- Setelah itu, masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung suji dan garam halus.
- Uli ke semua bahan sampai sebati dan menjadi doh.
- Biarkan adunan seketika sambil ditutup menggunakan plastik sehingga ia mengembang.
- Setelah mengembang, bulatkan doh menjadi kecil dan comel. Jangan lupa hias dengan ceri di atasnya.
- Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160 darjah Celsius.
- Setelah masak, sejukkan seketika, kemudian gaul dengan gula kastor jika mahu. Lepas tu bila dah sejuk bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba Resepi Biskut Suji Arab. Keenakannya memang tak terkata, silap-silap boleh licin sebalang!
Maklumlah kira biskut nih evergreen camtu. Semoga memberi manafat buat anda semua untuk mencubanya.