LOSYEN badan adalah salah satu must have item yang dimiliki oleh ramai wanita. Mamanet pun tak terkecuali. Sentiasa ada di dalam hand bag!
Losyen merupakan salah satu produk kecantikan yang berfungsi menjaga kesihatan serta keindahan kulit. Pemakaian secara teratur boleh membantu mempertahankan kelembapan kulit dalam pelbagai keadaan sekaligus memberikan nutrisi yang diperlukan.
Terdapat bermacam-macam jenis losyen badan yang terjual di pasaran yang menampilkan pelbagai fungsi seperti healthy white, lightening, UV protection dan sebagainya.
Berikut beberapa manfaat yang boleh diperoleh jika kita menggunakan losyen badan secara teratur. Antaranya:
- Kulit Bebas Kusam Dan Kembali Cerah
Pemakaian losyen dengan kandungan AHA, akan membantu proses regenerasi kulit yang terhalang menjadikan kulit bebas dari kusam.
Tambahan pula pigmentasi sering menjadi masalah utama wanita Asia yang mahukan kulit cerah. Namun, kesan buruk akibat sinaran matahari tidak dapat dilawan. Pemakaian losyen badan yang mengandung vitamin B3 akan memperlambat proses pigmentasi, sehingga kulit menjadi cerah.
- Melembutkan Kulit
Kelembapan kulit terjaga dengan pemakaian losyen badan, kulit akan terasa lebih lembut. Biarpun kulit kita jenis berminyak, pasti ada bahagian-bahagian pada badan yang lebih kasar, seperti di bahagian lipatan seperti siku, lutut dan tumit.
Pemakaian losyen padan pada setiap hari akan membantu menjaga bahagian lipatan pada badan selembut kulit kita yang lain. Pemakaiannya yang tepat juga akan mempercepatkan regnerasi kulit di badan sehingga menjadi lembut. Kulit anda akan lembut bagai kulit bayi.
BACA INI
- Menjaga Kulit Tetap Lembab Dan Anjal
Kulit yang mengalami kekeringan lebih mudah terkena iritasi dan kemerahan. Pemakaian losyen badan pada setiap hari mampu menjaga kelembapan kulit agar tetap terjaga sehingga mencegah kulit terkena masalah kesihatan seperti kulit kering, menggelupas dan gatal-gatal.
Kulit yang kering biasanya tidak sesuai dengan losyen biasa. Jadi, kita kena bijak membuat pilihan, sebaiknya pilihlah yang mengandungi vitamin E dan glycerin yang mampu mengembalikan hidrasi kulit dan menjadikannya lembab dan lembut.
Di samping itu juga, kandungan retinol boleh membantu membuatkan kulit kita menjadi lebih anjal dan tidak berkedut.
- Badan Lebih Relaks Dan Wangi
Biasanya losyen badan mempunyai bau yang lembut dan cukup menyenangkan. Tubuh kita pun akan menjadi lebih wangi sepanjang waktu, biarpun tidak mampu bertahan seharum bau minyak wangi.
Kita boleh mencampurkan losyen dengan baby oil atau minyak kayu putih untuk dijadikan minyak aromaterapi. Urutlah pada bahagian kaki, betis, paha, belakang dan punggung. Selain boleh menjadikan kulit kita menjadi lebih relaks, ia juga boleh membuatkan kulit jadi lebih cantik.
Info Ekstra!
Pemakaian losyen sebaiknya dilakukan setiapkali selepas mandi. Pemakaian losyen pada waktu yang tepat akan lebih memaksimakan penyerapannya ke kulit.
Ketika kita membersihkan tubuh dengan sabun mandian kelembapan kulit akan terhakis. Apatalah lagi jika mandian yang kita gunakan itu akan menyebabkan kita kehilangan lembapan semulajadi kulit.
Pastikan kita memakai losyen badan setiap kali selepas mandi bagi menggantikan kelembapan yang hilang.
1 thought on “Kulit Gebu Dan Cerah Dengan Losyen Badan”