Nak lebih sihat? Khasiat minyak zaitun atau olive oil ini memang sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Bukan setakat baik untuk kesihatan tubuh, bahkan khasiat minyak zaitun juga bagus untuk kecantikan kulit dan rambut.
Minyak Zaitun Banyak Nutrisi
Minyak zaitun mengandungi banyak nutrisi, terutama vitamin E. Selain vitamin E, kandungan lain yang terdapat minyak zaitun adalah asid lemak essential. Lemak ini terdiri daripada Omega 3 dan Omega 6, iaitu lemak yang bagus untuk kesihatan manusia yang berfungi untuk kesihatan jantung, obesiti dan juga penyakit diabetis.
Baca juga: Ayuh, Langsingkan Tubuh Anda Dengan Diet Atkin
6 Khasiat Minyak Zaitun
Berikut beberapa khasiatnya yang luar biasa:
-
Pelembab Semulajadi
Minyak zaitun boleh melembabkan bahagian tubuh yang kering seperti siku dan lutut. Bagi anda yang mengalami masalah muka kering, anda boleh menggunakan khasiat minyak zaitun sebagai krim malam. Sapukan nipis-nipis pada muka yang kering dan biarkan semalaman. Kulit anda akan menjadi bertambah lembut dan anjal.
-
Melembabkan Bibir
Vitamin C yang terkandung di dalam minyak zaitun boleh membuatkan bibir yang kering dan pecah-pecah kembali sihat. Sapukan terus pada bahagian bibir secukupnya. Biarkan mengering dengan sendirinya dan lakukan secara rutin, sehari sekali.
-
Menghilangkan Mata Panda
Sapukan minyak zaitun perlahan-lahan pada bahagian kelopak mata. Hati-hati ketika menyapunya, jangan sampai terkena mata anda. Lakukan secara rutin, insya-Allah masalah mata panda atau lebam di bawah mata anda akan pulih.
Baca Juga: Jerawat Pasir
-
Menjaga Keindahan Rambut
Syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun mampu membantu mengatasi masalah rambut rosak atau rambut kering. Nutrisi minyak zaitun akan membantu memperbaik struktur akar rambut, sehingga rambut tetap lembab, lebih kuat dan tidak mudah bercabang.
- Untuk mengatasi rambut kusut, letak minyak zaitun pada telapak tangan, gosok-gosokkan seketika kemudian usaplah pada bahagian rambut yang kering dan kusut.
- Manakala untuk mengatasi masalah kelemumur atau gatal pada kulit kepala, campurkan minyak zaitun dengan perahan lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan merata pada kulit kepala sambil mengurut perlahan-lahan. Biarkan selama 20 minit, (sebaiknya bungkus rambut dengan tuala suam), kemudian barulah dibilas.
-
Membunuh Kanser
Untuk kaum wanita, kita memang disarankan mengambilnya kerana khasiat minyak zaitun ini boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara dan kanser rahim.
-
Menurunkan Kolesterol Tinggi
Khasiat minyak zaitun mampu menurunkan kadar kolesterol yang tinggi jika diambil secara rutin. Di dalam minyak zaitun itu sendiri mengandungi campuran antioksidan yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat, namun tidak menghilangkan dan tetap mempertahankan kadar kolesterol baik yang ada di dalam tubuh.
Take Note! Bila Minum Minyak Zaitun
Minum minyak zaitun secara berkala memberikan khasiat kesihatan yang penting, termasuk perlindungan jantung, pengurangan risiko kanser, penurunan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Ia juga membantu mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan sistem pencernaan dan menyokong kesihatan otak. Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan anti-radang, serta mempunyai pelbagai manfaat kesihatan keseluruhan.
Walau bagaimanapun, pengambilan perlu berjaga-jaga dan dalam jumlah sederhana serta dapatkan nasihat pakar kesihatan adalah penting sebelum anda memasukkan minyak zaitun ke dalam diet harian.