Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Amin Aznizan

Amin Aznizan Terajui SOCC Holdings Pada Usia Muda

Posted on 09/02/202309/11/2023 by 123mamanet

Di dunia perniagaan, kejayaan sering kali dilihat dari pelbagai sudut pandang. Bagi Amin Aznizan, Pengarah Urusan SOCC Holdings Berhad, seiring dengan pencapaiannya yang luar biasa, tiada kejayaan yang datang bergolek. SOCC Holdings Berhad bukanlah sekadar sebuah syarikat korporat bumiputera terbesar di Sarawak, tetapi juga sebuah bukti tentang ketekunan dan kecekapan Amin dalam industri makanan dan minuman yang melampaui sempadan.

Isi Kandungan hide
1 Kukuhkan Kedudukan Di Arena Global
2 Amin Aznizan, Usahawan Muda Berwawasan Global
3 Buktikan Bahawa Kejayaan Tidak Datang Bergolek
4 Terjemahan Rasa Cinta Keunikan Makanan Sarawak
5 Restoran Kedey Kamek

Amin Aznizan

Kukuhkan Kedudukan Di Arena Global

Di bawah payung SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn.Bhd. berdiri sebagai syarikat pembekal perkhidmatan makanan dan minuman di pelantar kepada industri minyak dan gas.

SOCC Offshores Sdn Bhd yang sudah bertapak sejak 30 tahun lalu menyediakan perkhidmatan katering di 13 pelantar dan kapal di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Dalam era globalisasi ini, perniagaan tidak terbatas hanya pada lingkungan domestik sahaja. SOCC Offshore yang pada mulaini  bergerak di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, kini berjaya merentangkan sayapnya ke pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Arab Saudi.

Kepercayaan ini adalah bukti kukuh tentang komitmen SOCC Offshore dalam menjaga standard kualiti yang tinggi dalam semua bahagian perkhidmatannya. Secara tak langsung ia juga mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju utama dalam arena global itu.

Baca Juga: Sedekah Subuh

 

Amin Aznizan

Amin Aznizan, Usahawan Muda Berwawasan Global

Keberanian Amin Aznizan dalam membina empayar makanan Sarawak di tengah cabaran dan ketidakpastian telah memikat hati ramai. Dengan visinya yang jelas dan semangatnya yang tidak pernah pudar, Amin Aznizan membuktikan bahawa makanan dapat menjadi jambatan untuk menghubungkan budaya dan mengukuhkan identiti warisan kita di arena global.

Berusia 34 tahun, berasal dari tanah kelahiran yang kaya dengan warisan budaya hingga ke peringkat antarabangsa, Amin Aznizan telah mengambil misi berani untuk membawa citarasa autentik makanan Sarawak ke pentas global.

Beliau bukan sahaja pemilik Kedey Kamek, destinasi makanan Sarawak terkenal, tetapi juga pemimpin berpengaruh di dalam dunia perniagaan makanan dan minuman. Mengetuai bukan satu, tetapi empat syarikat utama termasuk SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn Bhd, AnakMiri Kitchen Sdn Bhd dan juga SOCC Catering Sdn Bhd.

Kedey Kamek

Buktikan Bahawa Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Keberanian Amin dalam mengambil alih sepenuhnya operasi perniagaan dari datuk dan ibu saudaranya dua tahun lalu menggambarkan dedikasi yang luar biasa. Meneruskan warisan keluarga sambil pada masa yang sama,beliau membina jejak peribadi dalam arena perniagaan adalah langkah yang penuh cabaran.

Sungguhpun begitu, Amin telah berjaya dengan cemerlang mengimbangkannya.  Kejayaan beliau dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan adalah bukti kecekapan dan usaha yang tidak kenal erti putus asa.

kedey kamek

Terjemahan Rasa Cinta Keunikan Makanan Sarawak

Amin, bekas graduan dari Grenoble Graduate School of Business, Perancis, tidak lokek untuk berkongsi kisah tentang rasa cintanya terhadap makanan Sarawak yang cukup unik.

Beliau adalah anak kelahiran Miri yang bangga dengan khazanah kulinari tempatan. Beliau juga pernah menerima pengiktirafan anugerah usahawan muda (Youth Entrepreneur Award ) oleh Sarawak Bumiputera Chamber of Enterpreneurs (DUBS) pada tahun 2015.

laksa sarawak
Laksa Sarawak Udang Galah

Pengalaman belajar  di luar negara seperti di UK,Perancis dan Singapura telah membuka ruang kepadanya untuk memperkenalkan keunikan makanan Sarawak kepada rakan-rakan dari luar negara.Beliau suka menjamu mereka dengan hidangan-hidangan Sarawak.

Nasi Ayam Pansoh
Nasi Ayam Pansoh

Lagipun, jiwa dan makanan Sarawak telah menjadi darah daging dalam diri Amin. Walalupun berada jauh dari tanah air, beliau tetap memasak dan menikmati hidangan masakan Sarawak.

Bagi rakan-rakan beliau yang jarang mendengar tentang Malaysia, apatah lagi Sarawak, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang luar biasa.

Makanan Sarawak yang cukup istimewa  itu menjadi pintu gerbang Amin untuk memperkenalkan kekayaan kulinari negeri kelahirannya kepada dunia.

Kedey Kamed
Satay dan Mi Jawa Kambing

Tanpa berselindung beliau turut memberitahu terdapat dua wanita berpengaruh dalam hidupnya iaitu nenek dan ibu saudaranya.Mereka adalah sumber inspirasi dan semangat utamanya untuk membuka kedai makanan Sarawak ini.

Mereka  telah menurunkan  resepi-resepi yang telah diwarisi turun-temurun kepada Amin. Kemudiannya, resepi tersebut telah menjadi asas kepada hidangan-hidangan enak yang dinikmati di restoran milik beliau.

Baca Juga: Udang Goreng Kunyit

 

Mi Kari Kerang
Mi Kari Kerang

Restoran Kedey Kamek

Kedey Kamek Nang Haus, GoGoreng & Seahorse Seafood adalah rangkaian kedai-kedai makan di bawah pengurusan AnakMiri Kitchen Sdn Bhd.

Kedey Kamek adalah tempat yang harus dikunjungi bagi peminat makanan autentik Sarawak yang asli. Anda boleh menikmati hidangan-hidangan tradisional seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Nasi Ayam Pansoh,Linut Ikan Terubuk dan lain-lain lagi dalam suasana yang santai dan selesa.

Jadi, bagi anda rindukan makanan autentik Sarawak bolehlah datang mana-mana restoran Kedey Kamek di sekitar Lembah Klang. Kedey Kamek terdapat di TTDI, Lala Port dan Sunway Putra Mall.

Linut Ikan Terubuk
Wajib cuba! Linut Ikan Terubuk

Untuk mencapai kejayaan sebagai usahawan, seseorang perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang mungkin timbul.Paling penting, usah berputus asa dan teruskan berusaha sehingga berjaya!

Cerita selanjutnya layari:

Kedey Kamek: https://kedeykamek.com/

SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme