Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
konsert wali

Kelly Azman Pengacara Konsert Wali “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang

Posted on 01/13/202401/14/2024 by 123mamanet

Pada 3 Februari 2024, di Spice Arena, Pulau Pinang, bintang serba boleh Kelly Azman akan memukau penonton sebagai pengacara utama dalam KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG, jam 8:30 malam.  Acara ini menjanjikan hiburan yang mengasyikkan untuk peminat muzik tempatan.

Isi Kandungan hide
1 Artis Serba Boleh
2 Dapatkan Segera Tiket!

konsert wali

Artis Serba Boleh

Sebagai seorang selebriti versatile yang terkenal sebagai Juri All Together Now Malaysia, Kelly Azman menunjukkan semangat yang tinggi untuk memikul tanggungjawab penting dalam konsert ini. Baginya, ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna, terutama sebagai permulaan yang baik untuk tahun baru.

Tahun 2024 membawa lebih banyak peluang kepada Kelly Azman, dengan beberapa tawaran sebagai pengacara untuk konsert-konsert berskala besar di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Penghargaan yang tinggi diberikan kepada penganjur konsert, Orange International, kerana memilihnya untuk bersama-sama menjayakan acara ini.

Sebelum ini, Kelly Azman telah mencipta kejayaan dengan menjadi pengacara untuk pelbagai acara besar. Antaranya Starvendors Foodstival, Mega Raya, Konsert Hobby Malaysia, Konsert Malam Galau di Singapura, dan banyak lagi. Pengalaman luasnya dalam bidang ini membuatnya menjadi pilihan yang tepat untuk mengacarai konsert prestij ini.

Baca Juga:

Pendekar Awang Darah Indera Gajah

Kelendar Cuti Sekolah 2024

Dapatkan Segera Tiket!

Konsert ini juga akan menampilkan beberapa artis popular seperti Fadhilah Intan, Saixse dan Khai Bahar. Tiket untuk KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG’, boleh diperoleh dalam pelbagai kategori dengan harga yang berbeza. Ia termasuk Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259). Pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau di talian hotline +6011-1133 7638.

Kepada peminat-peminat setia Kelly Azman dan peminat muzik tempatan, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan spectacular event ini yang pasti memukau dan memuaskan selera muzik anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme