Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Bisikan Syawal Bahari Asyek

Bisikan Syawal Bahari Asyek 2024

Posted on 02/10/202402/10/2024 by 123mamanet

Hadir dengan koleksi terbaru bertemakan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024!  Setelah melewati masa-masa sukar sepanjang pandemik Covid-19, Bahari Asyek  kini bersemangat untuk kembali ke dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan koleksi terbarunya. 

Isi Kandungan hide
1 Perjalanan Bahari Asyek (BA)
2 Mengapa Bisikan Syawal?
3 Mengetengahkan Warisan Budaya
4 Kelebihan BA dalam Industri Fesyen
5 Misi dan Konsep BA
6 Keindahan & Keunikan Buasana Tradisional Melayu

Bisikan Syawal Bahari Asyek

Perjalanan Bahari Asyek (BA)

Pada tahun 2020, BA mengadakan pertunjukan fesyen secara solo hanya tiga hari sebelum ‘Lock Down PKP 1 Covid-19’. Ujian ini datang tanpa perancangan, melanda premis perniagaan dan organisasi lain yang juga terkesan oleh wabak ini.

Demi memastikan kelangsungan perniagaan dalam era ‘Post-Covid’, mereka terpaksa mengecilkan operasi dan bilangan pekerja dengan berpindah ke lokasi baru di Emira Residence & Retail Outlet, berdekatan dengan AEON Mall di Seksyen 13, Shah Alam.

Baca Juga:

Kalendar Cuti Sekolah Di Malaysia

Bufet Ramadan 2024: Concorde Hotel Shah Alam

 

Bisikan Syawal Bahari Asyek

Selama dua tahun berturut-turut, dari tahun 2022 hingga 2023, BA telah bekerjasama dengan CIMB serta beberapa pereka fesyen tempatan untuk menganjurkan ‘Fashion Show’ melalui platform CIMB.

Oleh itu, pada tahun 2024 ini BA kembali dengan rutin tahunannya untuk mendekati peminat dan pelanggan khususnya melalui persembahan BISIKAN SYAWAL BAHARI ASYEK 2024.

Penampilan BA kali ini diharapkan dapat mengubati kerinduan peminat terutamanya para penggemar Busana Tradisional Melayu secara umum.

Bisikan Syawal Bahari Asyek

Mengapa Bisikan Syawal?

Tema “Bisikan Syawal” dipilih untuk menarik minat dan perhatian masyarakat terhadap koleksi fesyen raya sebelum tiba bulan Ramadan. Konsep “bisikan” di sini merujuk kepada menyebarkan cerita dan memperkenalkan busana tradisional Melayu dengan gaya yang unik.

Pn Zahalina, pemilik BA
Pn Zahalina, pemilik BA bersama suami yang banyak memberikannya dorongan.

Mengetengahkan Warisan Budaya

Pn Zahalina, pemilik BA, menegaskan pentingnya untuk mengekalkan dan mengetengahkan warisan budaya Melayu melalui busana tradisional. Beliau percaya bahawa penghargaan terhadap warisan budaya ini penting bagi membentuk identiti dan kesedaran diri bangsa.

Baju Raya BA

Kelebihan BA dalam Industri Fesyen

BA mempunyai kelebihan dalam industri fesyen dengan menawarkan fabrik eksklusif yang diimport dari luar negara. Ini memberikan peluang untuk memperkenalkan corak dan jenis fabrik yang jarang terdapat di pasaran tempatan, serta menawarkan pilihan yang unik kepada pelanggan.

Misi dan Konsep BA

BA terus mengembangkan misi untuk mengangkat dan mengekalkan busana tradisional Melayu dengan koleksi-koleksi yang menggabungkan unsur warisan dan konsep moden. Dengan penggunaan fabrik yang dipilih secara teliti, BA menyampaikan nilai-nilai warisan budaya Melayu melalui setiap rekaan fesyen.

Bahari Asyek

Keindahan & Keunikan Buasana Tradisional Melayu

Dengan koleksi-koleksi terbaru ( 18 rekaan baru) untuk musim raya 2024, BA terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan mengembangkan warisan budaya Melayu melalui industri fesyen.

Melalui tema  Bisikan Syawal Bahari Asyik  mengajak masyarakat untuk menghargai keindahan dan keunikan busana tradisional Melayu dalam menyambut musim perayaan yang penuh bersejarah.

1 thought on “Bisikan Syawal Bahari Asyek 2024”

  1. kolin says:
    02/14/2024 at 11:13 AM

    cantik cantik baju BA ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme