Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Potato Bread Chompdown

Potato Bread Chompdown Grand Finale Penuh Kejutan

Posted on 07/28/202407/31/2024 by 123mamanet

Pusat membeli-belah terkenal AEON sahaja mencipta sejarah dengan menganjurkan pertandingan Potato Bread Chompdown sempena ulang tahunnya yang ke-40. Pertandingan  yang unik dan penuh keterujaan ini telah berjaya menarik perhatian ramai dengan pelbagai aksi mendebarkan dan kejutan di sepanjang acara.

Isi Kandungan hide
1 Kemuncak Pertandingan di AEON Shah Alam
2 Peserta Kurus Menjadi Juara
3 Keseronokan dan Keterujaan Penonton
4 Cipta Kenangan Manis

Kemuncak Pertandingan di AEON Shah Alam

Acara kemuncak Grand Finale Potato Bread Chompdown yang berlangsung di AEON Shah Alam. Menyaksikan 10 peserta akhir yang terpilih dari seluruh Malaysia berkumpul untuk merebut gelaran juara.

Kehadiran peserta dari pelbagai negeri menjadikan pertandingan ini lebih meriah dan penuh warna-warni. Setiap peserta dikehendaki memakan 40 keping roti kentang dalam masa 15 minit, satu cabaran yang memerlukan bukan sahaja kepantasan tetapi juga ketahanan.

Baca Juga:

Travelog “UNFADING MEMOIRS”

Kempen Jom Potong 2024

 

Potato Bread Chompdown

Peserta Kurus Menjadi Juara

Pertandingan ini penuh dengan kejutan, terutamanya apabila seorang peserta berbadan kurus berjaya memenangi tempat pertama dengan masa catatan 3 minit 39 saat. Kejayaan Che Wei Kan dari Pulau Pinang membuktikan bahawa kekuatan dan ketahanan tidak semestinya terletak pada saiz badan.

Dengan kemenangan ini, beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000, satu ganjaran yang pastinya sangat bermakna. Manakala sembilan pemenang saguhati  menerima RM200 setiap seorang.

Keseronokan dan Keterujaan Penonton

Potato Bread Chompdown

Semua penonton yang hadir turut merasa teruja dengan acara ini. Dari awal pertandingan, suasana di AEON Shah Alam begitu meriah dengan sorakan dan tepukan semangat dari penonton yang tidak sabar untuk menyaksikan siapa yang akan menjadi juara. Para peserta pula memberikan yang terbaik, dengan pelbagai strategi dan gaya makan yang unik.

Acara ini bukan sahaja tentang pertandingan makan, tetapi juga diisi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk penonton. Bermula dari jam 11.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan ucapan selamat datang, penonton dapat menikmati aktiviti  sementara menunggu pertandingan bermula. Pengacara acara turut berinteraksi dengan peserta, mengetahui perasaan dan strategi mereka, menambah lagi elemen keseronokan kepada acara ini.

Sebelum pertandingan bermula, taklimat diberikan kepada peserta tentang peraturan penting seperti keselamatan, cara makan dengan satu tangan dan cara menghentikan pemasa. Semua peserta perlu menandatangani borang pelepasan sebelum pertandingan bermula, memastikan semua aspek keselamatan diambil kira.

Cipta Kenangan Manis

Pertandingan Potato Bread Chompdown ini bukan sahaja berjaya menghiburkan dan mencipta kenangan manis untuk semua yang terlibat, tetapi juga mengeratkan hubungan antara peserta dan penonton. Dengan semangat persaingan yang sihat dan pelbagai aktiviti menarik, acara ini pastinya menjadi satu tanda aras baru dalam penganjuran acara di AEON.

Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang akan dibawakan oleh AEON pada masa akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme