Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Twincity Marathon

Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman

Posted on 01/16/202501/16/2025 by 123mamanet

Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd, yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014.

Isi Kandungan hide
1 Pelbagai Kategori Larian untuk Semua Peringkat
2 Sokongan Padu daripada Rakan Kerjasama
3 Ucapan Penghargaan daripada Penganjur
4 Sertainya Sekarang!

 

Twincity Marathon

Pelbagai Kategori Larian untuk Semua Peringkat

Dengan kategori larian 42km, 21km, 12km, dan 5km, Twincity Marathon 2025 mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai acara larian yang paling dinantikan di Malaysia.

Sejak sedekad lalu, ia telah menarik lebih 50,000 penyertaan, menjadi platform yang menyatukan komuniti larian dan memupuk gaya hidup sihat.

Sokongan Padu daripada Rakan Kerjasama

Edisi kali ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Sepang, Perbadanan Putrajaya, dan Avisena Specialist Hospital, Shah Alam selaku Rakan Kesihatan Rasmi. Dalam pada itu, Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX), yang berlangsung pada 10 dan 11 Januari, berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 40 jenama dan syarikat sebagai vendor, sekaligus menambah kemeriahan kepada acara tahunan ini.

Ucapan Penghargaan daripada Penganjur

Penganjur, Ten Senses (M) Sdn Bhd, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini.

“Kami amat menghargai sokongan rakan kerjasama seperti Cyberview yang telah mengilhamkan Twincity Marathon, serta Avisena Specialist Hospital yang telah bersama kami sejak 2024. Tidak dilupakan, Boom Beverage Sdn Bhd yang memastikan peserta kekal bertenaga sepanjang perlumbaan dengan minuman isotonik BOOM+. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada para penaja, peserta, dan seluruh komuniti larian,” ujar Datuk Najib Ibrahim, Penasihat Ten Senses Sdn Bhd.

Baca Juga:

Kad Kredit – Kemudahan atau Perangkap?

Tips Kurus 2025 – Cara Mudah &Realistik Untuk Kurus

Sertainya Sekarang!

Dengan semangat kesukanan dan kejayaan edisi ke-10 ini, Twincity Marathon terus membuktikan dirinya sebagai acara larian ikonik tahunan yang wajib disertai.

Bagi edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput semua peminat sukan larian dari dalam dan luar negara untuk turut serta memeriahkan Twincity Marathon 2026. Bersama-sama, kita nantikan detik penuh keseronokan dan pengalaman larian yang tidak akan dilupakan!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di twincitymarathon.com dan ikuti media sosial @twincitycyberjayamarathon di Instagram atau Twincity Marathon di Facebook dan TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme