Usahawan dan selebriti tersohor, Dato’ Sri Aliff Syukri, atau lebih dikenali sebagai Papa Laris, bakal mencipta sejarah apabila beliau menyasarkan untuk memecah rekod dalam The Malaysia Book of Records bagi kategori “Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung”.
Acara yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung secara langsung di TikTok Shop @papalarisofficial, tepat jam 8:00 malam, pada 3 Ogos 2025.
Samma Bag Denim Edition – Kualiti Premium, Harga Mampu Milik
Dalam usaha mencipta rekod ini, Papa Laris akan melancarkan koleksi terbaharu beg tangan jenama beliau iaitu Samma Bag Denim Edition, dijual pada harga hanya RM79.90. Beg ini diperbuat daripada material denim berkualiti tinggi, menawarkan gaya moden dan lasak yang sesuai dengan pelbagai gaya pemakaian.
Selain itu, edisi lain seperti Glossy Samma turut ditawarkan pada harga RM69 menjadikan kedua-dua beg ini pilihan mampu milik dengan rekaan eksklusif.
Hadiah Mewah Menanti Pembeli Bertuah
Menambahkan keterujaan, para pembeli pada malam 3 Ogos turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuahseperti:
-
Sebuah kereta
-
Percutian eksklusif di Sugeh Resort
-
Barang kemas emas
-
Peralatan elektrik
-
Hadiah misteri & free gift eksklusif
Niat Murni Di Sebalik Usaha Rekod Ini
Menurut Dato’ Sri Aliff Syukri, pencapaian ini bukan sekadar mengejar rekod, tetapi juga bagi membuktikan kualiti jenama tempatan seperti AS Bag dan Anthon’s Leather yang setanding dengan jenama antarabangsa, namun pada harga lebih berpatutan.
“Kalau berjaya capai RM1 juta malam tu, papa dah bernazar akan salurkan sebahagian keuntungan kepada rumah anak yatim terpilih. Rezeki kita, biar sama-sama rasa,” jelasnya lagi.
Cipta Sejarah Bersama Papa Laris!
Aliff Syukri menyeru semua rakyat Malaysia, terutamanya peminat beliau untuk sama-sama menyokong misi bersejarah ini. Usaha beliau juga bertujuan mengangkat nama pengeluar beg tangan tempatan ke peringkat lebih tinggi, sekaligus mencipta nama sebagai pengeluar beg tangan terlaris di Malaysia.
Maklumat Jualan Langsung:
-
Tarikh: 3 Ogos 2025
-
Masa: 8:00 malam
-
Platform: TikTok Shop @papalarisofficial
-
Matlamat: Kutipan Jualan RM1 juta Terpantas dalam satu sesi livestream
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Sama ada anda seorang peminat Papa Laris, pencinta fesyen tempatan atau sekadar ingin menyokong produk buatan Malaysia — inilah masanya untuk bertindak!

