Bengkel PKSK 2025 FlyHigh kini kembali ke Terengganu! Selepas kejayaan siri Jelajah PKSK di Shah Alam bersama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, bengkel ini terus menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak-anak bersedia menghadapi PKSK, pintu masuk utama ke SBP dan MRSM.
31 Ogos lalu menjadi tarikh penuh makna apabila FlyHigh Education Centre menganjurkan siri Jelajah PKSK di Shah Alam. Lebih istimewa, sesi ini turut disertai oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia yang menjadi inspirasi jutaan rakyat.
Bersama barisan Guru Ikon FlyHigh, pelajar Tahun 5 & 6 dibimbing secara dekat tentang teknik menjawab, strategi pantas, serta persediaan PKSK 2025. Hasilnya, ramai ibu bapa menarik nafas lega kerana anak-anak mereka bukan sahaja lebih faham tentang format ujian, malah pulang dengan keyakinan baharu.
Majlis pelancaran rasmi Buku Panduan Lengkap Calon PKSK 2025 oleh FlyHigh Education Centre yang dirasmikan oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar
Apa Berlaku di Jelajah Shah Alam?
Bengkel ini bukan sekadar kelas biasa. Sebaliknya padat dengan aktiviti, latihan simulasi, perkongsian strategi serta suntikan motivasi. Antara isi penting yang dipelajari pelajar ialah:
Teknik Menjawab Soalan PKSK – mengenal pasti kata kunci & menjawab dengan pantas.
Strategi KBAT – cara berkesan mengurus soalan aras tinggi tanpa panik.
Format PKSK 2025 – pendedahan format terkini agar pelajar tidak ketinggalan.
Motivasi & Keyakinan Diri – inspirasi daripada Dato’ Sheikh Muszaphar yang membangkitkan semangat pelajar.
Maklum balas ibu bapa sangat positif:
Dr. Syaza, ibu peserta Bengkel PKSK 2025
“Format PKSK saya sendiri pun tidak faham. Mujur ada FlyHigh yang terangkan dengan jelas. Sekarang saya yakin anak saya lebih bersedia.” — Dr. Syaza, ibu peserta Bengkel PKSK 2025
“Anak saya balik penuh semangat. Malam itu terus buka buku dan mula buat latihan. Saya sendiri tidak sangka impak bengkel ini begitu besar.” — Seorang ibu dari Shah Alam
Kenapa PKSK Penting?
Ramai tidak sedar bahawa PKSK adalah pintu masuk utama ke sekolah berprestij seperti:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
PKSK bukan sekadar ujian akademik. Ia menguji cara berfikir, pengurusan masa, kreativiti dan keyakinan diri. Tanpa persediaan, pelajar cemerlang sekali pun boleh gugup.
Sebab itu, FlyHigh komited menganjurkan bengkel PKSK supaya anak-anak benar-benar bersedia, bukan sekadar “main cuba nasib”!
Datang Lagi ke Terengganu!
Selepas kejayaan di Shah Alam, ramai ibu bapa di Pantai Timur meminta agar bengkel ini diadakan semula. Atas permintaan ramai, FlyHigh bawakan khas:
Bengkel Semuka PKSK Terengganu
14 September 2025 (Ahad)
8.00 pagi – 6.00 petang
MRSM Kuala Terengganu
Yuran: RM199 sahaja
Apa Yang Anak Anda Akan Dapat di Terengganu?
Isi kandungan dipadatkan lagi! Antara fokus utama:
Analisis Soalan Terkini – contoh soalan realistik berdasarkan trend PKSK.
Teknik Mudah & Pantas – cara menjawab sistematik tanpa membuang masa.
Tips Temuduga SBP/MRSM – persediaan tambahan untuk sesi temuduga.
Bimbingan Intensif – guru Ikon FlyHigh pakar dalam PKSK & persediaan SBP/MRSM.
Aktiviti Motivasi – suntikan semangat untuk terus berusaha.
Apa Yang Buat Bengkel Ini ‘Rare’?
✅ Simulasi sebenar PKSK
✅ Bimbingan terus daripada guru berpengalaman
✅ Anak-anak dilatih untuk berfikir di luar kotak
✅ Tempat TERHAD – hanya pelajar terpilih dapat peluang ini
PKSK hanya sekali untuk pelajar Tahun 6. Keputusan inilah yang menentukan laluan ke sekolah menengah elit.
Daftar Sekarang – Slot Terhad!
PKSK 2025 semakin hampir. Jangan tunggu saat akhir – sediakan payung sebelum hujan.
Setiap anak mempunyai potensi besar. Dengan bimbingan yang betul, persediaan rapi, dan motivasi yang kuat, mereka bukan sahaja mampu berjaya dalam PKSK – malah berpeluang menempatkan diri di sekolah berprestij yang menjadi idaman ramai.
Jadi, ibu bapa di Terengganu… inilah peluang terbaik. Jumpa anda di MRSM Kuala Terengganu, 14 September 2025!