Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Bella Astillah, wajah baharu Nestlé La Cremeria bergambar bersama pasukan Nestlé Ice Cream Malaysia

Bella Astillah Jadi Wajah Baharu Nestlé La Cremeria

Posted on 09/03/202509/16/2025 by 123mamanet

Bella Astillah kini menjadi wajah baharu Nestlé La Cremeria, mengajak rakyat Malaysia merasai kemewahan perisa baharu aiskrim kegemarannya. Dari Neapolitan Royale Stick hingga ChocoBerry Royale Pint, setiap gigitan direka untuk meraikan detik kecil kebahagiaan dalam hidup.

Isi Kandungan hide
1 Aura Positif Bella Astillah
2 Perisa Baharu Nestlé La Cremeria
2.1 Neapolitan Royale Stick
2.2 ChocoBerry Royale Pint
3 Sertai Festival Aiskrim Nestlé!
3.1 Lokasi dan Tarikh Festival:
4 Ikuti Sorotan Festival Aiskrim Nestlé

Sama ada berehat seketika di tengah hari yang sibuk atau berkongsi detik manis dengan keluarga, Bella menyerlahkan mesej bahawa setiap detik layak diraikan dengan aiskrim Nestlé La Cremeria yang lazat dan berkrim.

Bella Astillah memperkenalkan Nestlé La Cremeria baharu

Aura Positif Bella Astillah

Bella Astillah dikenali dengan aura positif, semangat ceria dan personaliti autentik menjadikannya padanan sempurna untuk jenama Nestlé La Cremeria.

“Bagi saya, Nestlé La Cremeria lebih daripada sekadar aiskrim. Ia adalah ganjaran kecil penuh kenikmatan yang menaikkan semangat dan mengingatkan saya untuk meraikan setiap detik,”
— Bella Astillah

Detik-detik indah seperti ini, kata Bella, mampu memberikan impak besar dalam kehidupan seharian.

Perisa Baharu Nestlé La Cremeria

Neapolitan Royale Stick

Stik baharu ini memperkenalkan gabungan aiskrim vanila & strawberi lembut berkrim, disaluti coklat kaya serta dihiasi dengan:

  • Kacang pistachio rangup
  • Kranberi masam manis
  • Granola unik

Kombinasi ini mencipta simfoni rasa manis, berkrim dan rangup menjadikan setiap gigitan lebih istimewa.

ChocoBerry Royale Pint

Bagi penggemar perkongsian, pint ChocoBerry Royale adalah pilihan tepat. Gabungan aiskrim coklat & strawberi lembut, diserikan dengan sos coklat lazat dan taburan coklat rangup memberikan pengalaman aiskrim yang menyeronokkan dan memuaskan.

Pelancaran perisa baharu La Cremeria bersama pengurusan Nestlé Malaysia & Singapore

“Nestlé La Cremeria terus komited mencipta pengalaman menikmati aiskrim mewah. Kami mengekalkan janji untuk menghasilkan aiskrim berkualiti tinggi yang menceriakan hari anda,”
— April Wong, Pengawai Eksekutif Perniagaan, Nestlé Ice Cream Malaysia

Bella turut menyertai keluarga Nestlé La Cremeria, menyerlahkan keikhlasan dan keaslian yang mengingatkan kita untuk meraikan kemanisan hidup.

Sertai Festival Aiskrim Nestlé!

Jangan lepaskan peluang menyertai Festival Aiskrim Nestlé bermula Ogos 2025 — pengalaman meriah yang menggembirakan seisi keluarga. Festival bermula di Kuala Lumpur, seterusnya menjelajah ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pengunjung boleh mencuba Neapolitan Royale dan ChocoBerry Royale dalam suasana penuh keceriaan.

Lokasi dan Tarikh Festival:

Kuala Lumpur

  • Tarikh: 28 Ogos – 1 September 2025
  • Masa: 10 am – 10 pm
  • Lokasi: LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid

Pulau Pinang

  • Tarikh: 18 – 21 September 2025
  • Masa: 10 am – 10 pm
  • Lokasi: GF, North Zone, Queensbay Mall

Johor

  • Tarikh: 24 – 28 September 2025
  • Masa: 10 am – 10 pm
  • Lokasi: Akan diumumkan tidak lama lagi

Ikuti Sorotan Festival Aiskrim Nestlé

Dapatkan kemas kini terkini melalui:

  • Facebook Nestlé Ice Cream Malaysia
  • Instagram Nestlé Ice Cream Malaysia

Rai setiap detik hidup anda dengan Nestlé La Cremeria dan nikmati kemewahan rasa yang memikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme