Countdown PSRA 2025 dah bermula! Tinggal beberapa hari je lagi, ibu bapa dan anak-anak darjah 6 tentu makin sibuk buat persiapan. Maklumlah, PSRA adalah peperiksaan penting untuk murid Sekolah Rendah Agama & KAFA Integrasi di Selangor.
Tapi persoalannya, macam mana nak pastikan anak betul-betul bersedia, bukan sekadar ulangkaji biasa?
Jom kita tengok info penting, cabaran pelajar, strategi belajar serta peluang sertai kelas & bengkel PSRA 2025 bersama Ustaz Azhari Sulaiman anjuran Flyhigh Education.
Apa Itu PSRA dan Kenapa Penting?
Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) ialah peperiksaan rasmi yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia khas untuk murid darjah 6 di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi & KAFA Integrasi seluruh Selangor.
Bezanya dengan UPKK?
UPKK untuk seluruh Malaysia, tapi PSRA hanya dijalankan di Selangor. Jadi, result PSRA jadi penentu besar untuk prestasi akademik agama anak-anak.
Subjek PSRA
Anak-anak akan diuji dalam 6 bidang utama:
-
Al-Quran & Hafazan
-
Akhlak / Sirah
-
Tajwid
-
Tauhid / Fiqh
-
Bahasa Arab
-
Jawi, Imlak & Khat
Format Exam
-
Bahagian A: Soalan objektif (MCQ)
-
Bahagian B: Subjektif (jawapan pendek / esei)
-
Tempoh masa: 2 jam 30 minit
-
Ada juga ujian lisan: Bacaan Al-Quran & kefahaman Bahasa Arab.
Cabaran Pelajar Hadapi PSRA
Berdasarkan pengalaman Ustaz Azhari, antara kesukaran utama pelajar PSRA ialah:
❌ Susah nak hafal ayat & fakta agama.
❌ Lemah dalam Bahasa Arab.
❌ Tekanan & stress menjelang exam.
❌ Tak biasa dengan format sebenar soalan.
Kalau tak ada latihan & bimbingan betul, anak mungkin cepat rasa putus asa. Sebab tu penting sangat kelas tuisyen & bengkel PSRA untuk bagi pendedahan awal.

Tips & Strategi Persediaan PSRA 2025
Menurut Ustaz Mohamad Azhari Bin Sulaiman Al Haj,Guru Cemerlang Selangor, persediaan awal dan latihan soalan tahun lepas sangat membantu pelajar lebih yakin menghadapi exam PSRA. Cara ini juga membolehkan mereka lebih bersedia dengan format sebenar peperiksaan.
Ustaz Azhari turut berkongsi beberapa strategi belajar yang berkesan:
✅ Mula awal – jangan tunggu last minute.
✅ Latih soalan tahun lepas – biasakan dengan format.
✅ Fokus subjek lemah – contohnya Bahasa Arab & Tajwid.
✅ Belajar berkumpulan – ulangkaji dengan kawan boleh bantu hafalan.
✅ Doa & munajat – mantapkan persediaan rohani, bukan akademik semata-mata.
Sertai Kelas & Bengkel PSRA Flyhigh Education
Untuk bantu anak lebih bersedia, Flyhigh Education bawakan program intensif bersama Ustaz Azhari Sulaiman.
Bengkel Semuka Final Lap PSRA (Shah Alam)
Sabtu, 27 September 2025
⏰ 9.00 pagi – 5.30 petang
RM160 (Early Bird) / RM180 (Normal)
Revisi Pantas Bahasa Arab Online (Tahun 5-6)
Ahad, 28 September 2025
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi
RM60
Bengkel Online Tembakan Mumtaz PSRA
Ahad, 28 September 2025
⏰ 2.00 petang – 4.00 petang
RM60
Termasuk soalan ramalan + doa munajat
Online Last Minute Study PSRA
28 Sept – 2 Okt 2025 (Ahad – Khamis)
⏰ 6.00 petang – 7.00 malam
RM80 (5 sesi) / RM20 (1 sesi)
Subjek: Akhlak/Sirah, Bahasa Arab, Tauhid/Fiqh, Tajwid, Jawi
Kenapa Pilih Flyhigh Education?
✨ Bimbingan terus daripada Ustaz Azhari Sulaiman (Guru Cemerlang Selangor)
✨ Modul lengkap + soalan ramalan terkini
✨ Fokus pada subjek kritikal
✨ Pilihan kelas online & offline – fleksibel untuk anak anda
✨ Rakaman kelas & modul disediakan
Daftar Sekarang – Tempat Terhad!
Jangan tunggu sampai saat akhir. Persediaan yang mantap boleh buat anak lebih yakin dan tenang hadapi PSRA 2025.
Daftar segera melalui WhatsApp:
Bantu anak anda capai Mumtaz dalam PSRA 2025 dengan Flyhigh Education!

semoga dilapangkan dada anak-anak ni masa exam nnt!
doakan anak saya sekali ye PSRA 29 ni