Peperiksaan UPKK 2025 semakin hampir dan saat ini pasti ramai ibu bapa di luar sana sedang merasai debar yang sama. Setiap malam sebelum tidur, pasti terlintas dalam fikiran…
“Dah cukup ke anak aku ni ulang kaji? ”
“Macam mana nak bantu dia hafal semua topik?”
UPKK bukan sekadar peperiksaan agama. Ia adalah perjalanan ilmu dan pembinaan jiwa yang mana satu langkah penting dalam kehidupan anak-anak kita. Dari Akidah ke Bahasa Arab, dari Tilawah ke Sirah, semuanya memerlukan kefahaman mendalam. Bukan setakat hafalan semata-mata!
Tapi berita baiknya… tahun ini, ibu bapa tak perlu rasa terkapai-kapai lagi. Sebabnya, Fly High Education Centre kembali dengan kelas ulang kaji eksklusif bersama Ustaz Azahari Sulaiman Al Haj (ABI) — Penganalisa Soalan Terbaik UPKK Malaysia yang sudah terbukti membantu ratusan pelajar capai 8A & 9A.

Siapa ABI — Guru yang Difahami Anak-anak
ABI bukan nama asing dalam dunia pendidikan Islam. Beliau merupakan Guru Ikon di Fly High Education Centre dan Muaddib Cemerlang Negeri Selangor, seorang Guru Besar yang sangat dihormati kerana kemampuannya menganalisis bentuk soalan UPKK dan PSRA dengan sangat tepat.
Yang menjadikan ABI istimewa bukan sekadar ilmunya tapi cara beliau mengajar dengan jiwa. Pendekatannya santai tapi berstrategi dan berpegang pada satu prinsip penting iaitu;
“Faham, bukan hafal.”
Dalam setiap kelasnya, ABI bukan sekadar mengajar tetapi turut membantu pelajar memahami maksud di sebalik soalan, membina keyakinan dan semangat mereka.
“Semoga anak-anak dipermudahkan dalam menghafaz, dilancarkan bacaan dan diberikan kejayaan cemerlang dunia dan akhirat.” — ABI
Peranan Fly High Education Centre dalam UPKK
Bukan semua anak belajar dengan cara yang sama. Ada yang cepat tangkap, ada yang perlahan-lahan perlu dipimpin. Di sinilah Fly High Education Centre memainkan peranan penting.
Sebagai pusat pendidikan aktif yang menjalankan seminar, bengkel dan kelas ulang kaji UPKK seluruh negara, Fly High menyediakan platform pembelajaran tersusun, fleksibel dan inklusif supaya setiap anak dapat peluang bersedia dengan yakin.
✅ Kelas fizikal dan online — fleksibel untuk semua negeri
✅ Modul disusun khas oleh ABI sendiri
✅ Fokus analisis soalan sebenar dan teknik menjawab
✅ Nota eksklusif dan latihan mingguan



Testimoni Ibu Bapa & Pelajar — Bukti Keberkesanan
Ibu bapa yang pernah hantar anak ke kelas ABI tahu… bezanya bukan kecil. Ramai pelajar tahun lepas yang bermula dengan rasa ragu, tapi akhirnya berjaya genggam keputusan 8A & 9A.


Strategi Menuju 9A — Tips Emas dari ABI
Menurut ABI, belajar banyak tidak semestinya belajar dengan betul. Untuk berjaya dalam UPKK, pelajar perlu belajar dengan strategi yang jelas:
- Kenal bentuk soalan sebenar – Supaya tidak panik di dalam dewan.
- Ulang kaji topik utama – Fokus pada bab yang kerap keluar.
- Latih diri menjawab berstruktur — Bukan jawapan cincai.
- Belajar sedikit setiap hari – Lebih berkesan daripada last minute.
- Dapatkan bimbingan guru berpengalaman seperti ABI!
Baca Juga:
Persediaan UPKK Lebih Yakin
Kebaikan Anak Suka Bermain Puzzle

Jadual Kelas Intensif UPKK 2025
- 19 Oktober 2025 — Jelajah UPKK @ UKM Bangi
- 21 Oktober 2025 — Kelas UPKK Harga RAHMAH RM50
- 20 & 22 Oktober 2025 — Bonus Kelas Percuma

Kelas UPKK RM4 juga kembali lagi!
Cara Mendaftar
Kelas online dan fizikal, sesuai untuk semua pelajar di seluruh Malaysia. Ibu bapa yang berminat boleh daftar terus melalui WhatsApp:
wasap.my/60105093732
wasap.my/60108158408
wasap.my/60105403732
wasap.my/601111228059
Tempat terhad untuk pastikan pembelajaran lebih fokus dan berkualiti.
Bukan Sekadar Ulang Kaji
UPKK bukan sekadar peperiksaan, malahan ia adalah jejak awal anak-anak kita menuju masa depan yang lebih besar masa depan sebagai generasi Qurani yang faham, bukan sekadar hafal.
Dengan bimbingan ABI dan Fly High Education Centre, insyaAllah anak-anak kita bukan sekadar bersedia untuk periksa… tetapi juga untuk kehidupan.
“InsyaAllah dengan usaha dan doa, anak-anak kita mampu menjadi generasi Qurani yang cemerlang dunia akhirat.” — ABI
Apa tunggu lagi? Daftar sekarang dan sama-sama kita berikan peluang terbaik untuk anak bersinar dalam UPKK 2025 !
