Aliff Syukri Siiti Jewels sekali lagi mencuri perhatian apabila jenama emas tempatan, Siti Jewels, menganjurkan sebuah acara luar biasa sempena pembukaan rasmi cawangan baharunya di Bangi. Bertemakan “Aliff Syukri dan 40 Pencinta Emas”, program ini tampil dengan konsep dramatik, eksklusif dan penuh kemewahan, sekaligus membezakan ia daripada majlis pelancaran konvensional.
Acara istimewa ini diterajui sendiri oleh usahawan sensasi merangkap duta jenama, Aliff Syukri sebagai simbol penghargaan kepada pihak media serta wanita yang meminati keindahan dan nilai perhiasan emas.
Tour Eksklusif Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas
Berbeza daripada majlis pelancaran biasa, Siti Jewels memperkenalkan konsep tour khas yang membawa rombongan eksklusif menjelajah sekitar Kuala Lumpur. Pendekatan ini memberi pengalaman lebih dekat dan santai kepada tetamu jemputan, di samping memperkukuh hubungan antara duta jenama, media serta komuniti pencinta emas.
Inspirasi Filem Ikonik P. Ramlee Dengan Sentuhan Moden
Program “Aliff Syukri dan 40 Pencinta Emas” diinspirasikan daripada karya agung seniman legenda P. Ramleemenerusi filem ikonik Ali Baba Bujang Lapok. Konsep klasik ini kemudiannya diolah semula dengan sentuhan moden yang lebih dramatik serta berunsur kemewahan.
Elemen perarakan ala kisah Ali Baba dan 40 Penyamun diterjemahkan melalui konvoi bergaya yang menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri diiringi barisan wanita anggun, pasukan keselamatan serta delegasi khas Siti Jewels, sekaligus mencuri perhatian warga kota di beberapa lokasi terpilih.
Simbol Penghargaan Buat Wanita Moden
Menurut pihak penganjur, program ini diwujudkan sebagai simbol penghargaan terhadap wanita moden yang menjadikan emas bukan sekadar perhiasan, tetapi lambang keyakinan diri, kejayaan serta kemewahan gaya hidup. Melalui pendekatan ini, Siti Jewels ingin mendekatkan jenama dengan komuniti pencinta emas secara lebih peribadi dan bermakna.
Selain memberi peluang kepada pihak media mendekati duta jenama secara santai, tour eksklusif ini turut membuka ruang interaksi lebih dekat bersama pelanggan setia dan komuniti yang selama ini menyokong perkembangan jenama tersebut.
Pembukaan Siti Jewels Bangi Perkukuh Kedudukan Jenama
Pembukaan cawangan baharu di Bangi menandakan satu fasa penting dalam perjalanan Aliff Syukri Siti Jewels untuk terus memperluaskan empayar perniagaan emas tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan gabungan elemen hiburan, budaya klasik dan kemewahan kontemporari, program “Aliff Syukri dan 40 Pencinta Emas” bukan sahaja mencipta pengalaman unik buat para tetamu. Malah, memperkukuh kedudukan Siti Jewels sebagai jenama emas tempatan yang berani tampil dengan idea kreatif dan strategi pemasaran berimpak tinggi di Malaysia.


