Domino’s Cheese Volcano yang menjadi kegemaran ramai di Malaysia kini kembali dengan pembaharuan paling dinanti-nantikan. Selepas pelancaran sulung yang mencipta fenomena pada tahun 2024, Domino’s Pizza Malaysia kini mengumumkan bahawa Cheese Volcano boleh dinikmati bersama SEMUA perisa pizza.
Ini bermakna pelanggan kini bebas memilih pizza kegemaran mereka dan menikmatinya bersama letusan keju cair ikonik yang menjadi tarikan utama Cheese Volcano.
Lebih 20 Perisa Pizza Dengan Cheese Volcano
Domino’s memperluaskan pilihan dengan menawarkan lebih 20 perisa pizza yang boleh dinikmati bersama Cheese Volcano. Antara pilihan yang menjadi kegemaran peminat termasuk:
- Cheese Volcano Classified Chicken – rasa ayam yang savouri dan mengenyangkan
- Cheese Volcano Extravaganza – padat dengan campuran daging dan sayur-sayuran
- Cheese Volcano Prawn Sensation – pilihan mewah dan kaya rasa untuk pencinta makanan laut
Setiap perisa memberikan pengalaman berbeza, namun tetap disatukan dengan keju cair yang padu dan berkrim.
Pengalaman Pizza Interaktif Dengan Letusan Keju Cair
Cheese Volcano bukan sekadar pizza biasa. Ia direka sebagai pengalaman pizza yang interaktif dan menyeronokkan, menampilkan pusat keju cair panas yang menyerupai gunung berapi, dibentuk kemas daripada kerak pizza berwarna keemasan.
Pelanggan boleh mencelup hirisan pizza atau lauk sampingan kegemaran ke dalam keju cair ini, menjadikan setiap gigitan lebih kaya dan penuh rasa. Konsep ini menjadikan aktiviti berkongsi pizza lebih fun, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kerak New York Ikonik & Keju Cair Panas Di Tengah
Setiap Cheese Volcano pizza dihasilkan menggunakan kerak New York yang diregang tangan, identiti khas Domino’s. Di bahagian tengah pula terdapat keju cair panas yang mengalir sempurna, menaikkan rasa setiap hirisan pizza dan lauk sampingan.
Ia direka khas untuk aktiviti mencelup (dipping), menjadikan Cheese Volcano sebagai hidangan utama yang sempurna untuk jamuan, sambutan perayaan atau makan bersama pada bila-bila masa.
Pilihan Bebas Untuk Semua Jenis Pelanggan
Menurut Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja:
Dengan Cheese Volcano kini tersedia untuk semua perisa, pelanggan bebas menikmati pengalaman pizza ikonik ini bersama perisa kegemaran mereka. Daripada pilihan klasik hingga perisa lebih berani, keju cair panas ini menjadikan setiap gigitan lebih istimewa, sesuai untuk majlis khas mahupun hidangan harian.
Tarikh Pelancaran & Cara Tempahan
Sejak 3 Februari, Domino’s Cheese Volcano All Flavors kini boleh dinikmati oleh pelanggan. Pelanggan boleh membuat pesanan melalui:
- Dine-in
- Penghantaran (delivery)
- Ambil sendiri (self-pickup)
Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi Domino’s Malaysia atau laman web rasmi di www.dominos.com.my.
Dengan gabungan keju cair yang melimpah dan pilihan perisa yang lebih luas, Cheese Volcano kini menjadi pilihan terbaik untuk majlis keluarga, sambutan perayaan, =atau bila-bila masa anda inginkan hidangan berkeju yang benar-benar memuaskan.

