Munchy’s terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri snek dengan memperkenalkan biskut kraker baharu perisa keju dan coklat dalam satu acara pelancaran khas di Mydin Subang Jaya. Pelancaran ini selari dengan perubahan trend pengguna Malaysia yang kini semakin menitikberatkan rasa dan tekstur dalam pemilihan snek harian.
Perubahan Trend Snek Rakyat Malaysia
Di kebanyakan rumah di Malaysia, biskut kraker sudah lama menjadi pilihan kegemaran. Namun begitu, seiring perubahan gaya hidup, pengguna kini mahukan sesuatu yang lebih daripada sekadar snek biasa.
Malah, mereka mencari rasa yang lebih kaya dan konsisten serta tekstur rangup dari gigitan pertama hingga terakhir. Sehubungan itu, Munchy’s biskut kraker baharu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan ini dengan pengalaman rasa yang lebih memuaskan.

Gabungan Rasa dan Tekstur yang Lebih Sempurna
Menurut Ling Yee Wen, Pengarah Pemasaran URMunchy’s Malaysia:
“Pengguna hari ini bukan sekadar mahukan snek yang ringkas. Mereka mencari gabungan rasa dan tekstur yang benar-benar memuaskan. Dengan pengenalan perisa Keju dan Coklat, kami ingin menawarkan lebih pilihan sambil mengekalkan kerangupan ikonik Kraker Munchy’s.”
Ini membuktikan komitmen Munchy’s dalam mengekalkan kualiti sambil berinovasi mengikut citarasa semasa.
Perisa Keju – Lebih Kaya dan Asli
Varian keju dalam Munchy’s biskut kraker baharu menampilkan rasa keju sebenar yang lebih menyerlah.
Ia sesuai untuk peminat rasa berkrim dan penuh. Enak dinikmati bersama teh atau kopi serta dikongsi bersama keluarga. Setiap gigitan memberikan pengalaman rasa yang lebih asli dan memuaskan.
Perisa Coklat – Manis dan Menggoda
Sementara itu, perisa coklat pula menawarkan sentuhan coklat pekat yang lebih manis dan seimbang.
Perisa ini sesuai untuk semua peringkat umur dan ideal sebagai snek santai bila-bila masa. Di samping memberikan variasi dalam rangkaian kraker
Walaupun berbeza rasa, ia masih mengekalkan identiti rangup yang sinonim dengan Munchy’s.
Rangup Konsisten Setiap Gigitan
Kedua-dua perisa ini dihasilkan untuk memastikan kerangupan yang konsisten, rasa yang lebih tahan lama serta pengalaman makan yang lebih bermakna
Penambahan ini bukan menggantikan produk sedia ada, tetapi melengkapkan lagi pilihan dalam rangkaian Munchy’s biskut kraker baharu.
Sesuai untuk Pelbagai Situasi Harian
Biskut kraker ini mudah dinikmati dalam pelbagai keadaan seperti di rumah bersama keluarga, di pejabat sebagai snek ringan. Boleh juga menjadi bekal buat anak-anak. Lebih menarik, snek ini juga menjadi penghubung momen indah seperti gelak tawa dan perbualan santai.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia
Kini, Munchy’s biskut kraker baharu perisa keju dan coklat boleh didapati di seluruh pasaraya di Malaysia.
Butiran produk:
- Saiz: 260g
- Harga: RM5.60 (RRP)
Kempen Riang Raya Bersama Munchy’s dan Jack ‘n Jill
Pelancaran ini turut berlangsung sempena Kempen Riang Raya Bersama Munchy’s dan Jack ‘n Jill yang berlangsung dari 17 Februari hingga 30 April 2026.
Melalui kempen ini, pengguna berpeluang:
- Memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000
- Termasuk pengubahsuaian rumah
Kempen ini bertujuan menggalakkan keluarga berkongsi detik bermakna sambil menikmati snek bersama.
Maklumat lanjut boleh didapati di:
- Facebook rasmi Munchy’s
- Instagram @munchys.my
Antara produk popular Munchy’s termasuk Lexus, Oat Krunch, Cream-O, Muzic, Topmix dan Funmix.
