Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
JessC artis Malaysia

JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global

Posted on 04/22/2026 by 123mamanet

JessC Artis Malaysia JessC sekali lagi mencipta kejayaan di pentas antarabangsa apabila karya pelbagai bahasanya menerima pengiktirafan global. Dalam satu sidang media yang diadakan, beliau berkongsi pencapaian terbaharunya yang membuktikan muzik tempatan mampu menembusi pasaran dunia.

Isi Kandungan hide
1 Kejayaan JessC Artis Malaysia Tembusi Pasaran Global
2 Pengiktirafan Antarabangsa
3 Kolaborasi Bersama AC Mizal
4 Disiplin Tinggi Dalam Sukan
5 Misi JessC Bawa Muzik Raya Ke Dunia
6 Penghargaan Dan Perancangan Masa Depan

JessC  turut merakamkan penghargaan kepada media tempatan serta lebih 30 negara di seluruh dunia atas sokongan berterusan. Tidak ketinggalan, platform muzik antarabangsa Rolling Stone (Australia & UK) yang telah menamakan beliau sebagai “New Artists to Watch”.

Kejayaan JessC Artis Malaysia Tembusi Pasaran Global

Kejayaan JessC semakin terserlah apabila karya beliau kini dimainkan di pelbagai negara seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia. Malah, lagu-lagu beliau turut berjaya memasuki carta radio di China dan Indonesia.

Situasi ini membuktikan bahawa muzik daripada beliau mampu merentasi sempadan bahasa dan budaya. Dengan penggunaan pelbagai bahasa dalam karya, beliau berjaya menarik perhatian pendengar dari pelbagai latar belakang.

JessC artis Malaysia di sidang media

Pengiktirafan Antarabangsa 

Dalam perjalanan seninya, JessC telah meraih pelbagai anugerah berprestij. Antaranya termasuk kemenangan di InterContinental Music Awards dan LIT Music Awards.

Antara pencapaian utama beliau termasuk kemenangan “Best Asian Pop” menerusi lagu My Style. Selain itu, beliau turut menerima anugerah Platinum “Best World Music” bagi lagu Expose, Mari Menari Raya dan My Style.

Tidak terhenti di situ, lagu One Chance turut memenangi “Best Song” dan “Best New Artist”, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara artis yang semakin mendapat perhatian dunia.

Kolaborasi Bersama AC Mizal

Selain bergerak solo, JessC juga menjalin kolaborasi bersama AC Mizal. Kerjasama ini membuahkan hasil apabila lagu Raya mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti UAE, serta dimainkan di radio di UK dan Amerika Selatan.

Lebih menarik, video Satu Suara Raya turut menerima jemputan ke festival filem pendek di Jepun. Ini sekali gus memperkenalkan budaya Malaysia ke mata dunia melalui karya kreatif beliau

Disiplin Tinggi Dalam Sukan

Di sebalik kejayaan dalam dunia seni, JessC juga dikenali sebagai individu yang sangat menitikberatkan kesihatan dan disiplin diri.

Beliau pernah meraih 12 pingat emas dan 5 pingat perak dalam pertandingan wushu di China dan Hong Kong. Selain itu, beliau turut mengumpul 20 pingat emas dan 8 pingat perak dalam pertandingan pingpong di Australia.

Pencapaian ini menunjukkan bahawa JessC artis Malaysia bukan sahaja berbakat dalam muzik, malah mempunyai disiplin tinggi dalam gaya hidup.

Misi JessC Bawa Muzik Raya Ke Dunia

Dalam sidang media tersebut, JessC artis Malaysia ini turut berkongsi minat mendalam terhadap lagu-lagu Raya Malaysia. Beliau berhasrat untuk membawa muzik berunsur budaya ini ke peringkat global.

Menurut JessC, muzik adalah medium terbaik untuk memperkenalkan identiti sesebuah negara. Oleh itu, beliau ingin memastikan karyanya  dapat menjadi jambatan budaya kepada dunia luar.

Penghargaan Dan Perancangan Masa Depan 

Mengakhiri sesi tersebut, JessC turut merakamkan penghargaan kepada teamnya, peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

Beliau juga bertekad untuk terus mengembangkan kerjaya ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, ingin terus menyampaikan mesej positif, penyembuhan emosi dan keindahan budaya melalui muzik.

Dengan momentum yang semakin kuat, tidak mustahil JessC akan terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL

Recent Posts

  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme