Dunia pembacaan digital kini semakin berkembang di Malaysia, dan antara booth yang paling mencuri perhatian di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2026 semestinya Rakuten Kobo.
Bertempat di Booth 207, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Rakuten Kobo tampil membawa pengalaman pembacaan digital yang lebih moden, interaktif dan sesuai dengan gaya hidup masa kini menerusi pelbagai teknologi eReader terkini, pengalaman AI interaktif serta promosi eksklusif sepanjang acara berlangsung.
Kehadiran Rakuten Kobo di KLIBF 2026 turut menarik perhatian ramai pengunjung yang ingin merasai sendiri pengalaman membaca menggunakan eReader premium yang lebih mesra mata dan bebas gangguan.

Kobo Libra Colour Jadi Tarikan Pengunjung KLIBF 2026
Antara model yang paling mendapat perhatian di booth Rakuten Kobo ialah Kobo Libra Colour, khususnya varian warna putih yang kini menjadi antara model paling popular di Malaysia.
Peranti ini hadir dengan pelbagai ciri moden yang direka untuk memberikan pengalaman membaca lebih selesa dan praktikal kepada pengguna.
Antara ciri menarik Kobo Libra Colour termasuk:
- Skrin warna 7 inci
- Teknologi paparan E Ink Kaleido 3
- Fungsi tulisan tangan dan nota digital
- ComfortLight PRO untuk keselesaan mata
- Perlindungan kalis air IPX8
- Sokongan Bluetooth
- Hayat bateri tahan lama
Selain Kobo Libra Colour, pengunjung turut berpeluang mencuba beberapa model eReader lain seperti Kobo Clara Colour dan Kobo Clara BW.
Kobo Clara Colour menawarkan pengalaman pembacaan warna yang lebih imersif dan sesuai untuk pengguna yang gemar membaca komik digital, buku ilustrasi serta kandungan visual kreatif.
Sementara itu, Kobo Clara BW pula sesuai untuk pengguna yang lebih gemar pengalaman pembacaan klasik hitam putih tanpa gangguan.
Teknologi paparan khas yang digunakan pada eReader Kobo membantu memberikan pengalaman membaca yang lebih mesra mata berbanding skrin biasa, sekaligus sesuai untuk bacaan jangka panjang.
AI Photo Experience
Selain mencuba eReader terkini, pengunjung turut teruja dengan aktiviti AI Photo Experience yang menjadi antara tarikan utama di booth Rakuten Kobo sepanjang KLIBF 2026.
Pengunjung hanya perlu mengikuti akaun media sosial Kobo Malaysia di Instagram atau TikTok untuk mendapatkan potret AI eksklusif dengan pelbagai tema menarik seperti:
- Fantasi ala Harry Potter
- Pengembaraan sci-fi
- Romance aesthetic
- Detektif inspirasi Sherlock Holmes
Aktiviti interaktif ini menjadikan booth Rakuten Kobo antara lokasi paling meriah dan menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Pasaran eBook dan eReader Semakin Berkembang
Penyertaan Rakuten Kobo di KLIBF 2026 hadir ketika industri pembacaan digital global terus menunjukkan perkembangan positif.
Menurut laporan Mordor Intelligence, pasaran eBook global dijangka mencapai nilai USD23.6 bilion menjelang tahun 2031.
Perubahan gaya hidup digital masa kini menyebabkan semakin ramai pengguna mula beralih kepada penggunaan eReader kerana menawarkan pengalaman membaca yang:
- Lebih fokus tanpa gangguan media sosial
- Mudah dibawa ke mana-mana
- Mesra mata untuk bacaan jangka panjang
- Memberikan pengalaman membaca lebih santai dan selesa
Selain pembaca buku tradisional, eReader berwarna kini turut mendapat perhatian pengguna yang gemar membaca komik digital, buku bergambar, travel guide, buku masakan serta kandungan visual kreatif.
Rakuten Kobo Perluaskan Kandungan Digital Tempatan
Dalam usaha memperluaskan kandungan digital untuk pengguna Malaysia, Rakuten Kobo turut bekerjasama dengan beberapa penerbit tempatan dan antarabangsa seperti:
- Bookiut
- Penerbit-X
- Patriots Asia
- Canongate Books
- Magrathea Publishing
- 時報出版
Kerjasama ini membantu Rakuten Kobo menawarkan lebih banyak pilihan eBook dalam pelbagai genre dan bahasa kepada pengguna tempatan.
Senarai eBook Popular di Malaysia Melalui Rakuten Kobo
Antara eBook yang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna Malaysia ketika ini termasuk:
- The Creature Keepers
- Saga Fantasi: Arkanis – Langit Lentura
- Phantom Reaper
- Spectral Guidance Services: Ashes of Death
- The Naga Protocol: A LEaDiNG LEDANG Story
- Hari-Hari Bersama Miyu
- Malaysia Sesudah Kiamat
- The Midnight Train
- The Book of Elon
- 祕密中的祕密【羅柏.蘭登系列Book6】

Promosi Eksklusif Rakuten Kobo Sepanjang KLIBF 2026
Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 berlangsung sehingga 7 Jun 2026, Rakuten Kobo turut menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.
Harga Promosi eReader Kobo
- Kobo Libra Colour — RM999 (jimat RM150)
- Kobo Clara Colour — RM709 (jimat RM140)
- Kobo Clara BW — RM599 (jimat RM150)
Harga Aksesori Kobo
- Libra Colour SleepCover — RM130
- Clara BW / Clara Colour SleepCover — RM125
Pelanggan yang membeli mana-mana eReader Kobo turut akan menerima:
- Baucar eBook bernilai RM120
- Sticker eksklusif Kobo
- Tote bag percuma untuk pembelian bersama aksesori (sementara stok masih ada)
Selain itu, Rakuten Kobo turut menawarkan diskaun khas pembelian eBook menerusi laman web rasmi menggunakan kod promo “MYKL26” bermula 29 Mei hingga 8 Jun 2026.
Kunjungi Booth Rakuten Kobo di KLIBF 2026
Pengunjung masih berpeluang meneroka pengalaman pembacaan digital bersama Rakuten Kobo di Booth 207, World Trade Centre Kuala Lumpur sepanjang berlangsungnya KLIBF 2026 sehingga 7 Jun 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, eReader terkini dan promosi semasa, layari laman rasmi Rakuten Kobo Malaysia.
