Malaysia Choco Fest the Curve berlangsung di the Curve dari 25 hingga 28 Jun 2026 dan membawa pengunjung menyelami dunia coklat serta warisan koko Malaysia dalam suasana yang cukup meriah dan mesra keluarga.
Malaysia Choco Fest the Curve bukan sekadar festival coklat biasa di pusat beli-belah. Tetapi turut mengetengahkan warisan koko Malaysia yang semakin mendapat perhatian.
Menariknya, festival ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM), Cadbury Dairy Milk Malaysia dan Tourism Selangor. Ini menjadikannya satu acara yang menghimpunkan elemen pendidikan, hiburan dan gaya hidup dalam satu ruang yang sama.
Dari luar mungkin nampak seperti festival coklat biasa tetapi sebaik melangkah masuk ke Centre Court the Curve, pengunjung akan dibawa menyelami perjalanan panjang biji koko sehingga menjadi coklat yang kita kenali hari ini.

Lebih Daripada Sekadar Festival Coklat
Apa yang membezakan Malaysia Choco Fest dengan acara lain ialah pendekatannya yang lebih interaktif dan berinformasi. Pengunjung bukan sahaja boleh melihat pelbagai jenis coklat tetapi juga berpeluang memahami proses di sebalik penghasilannya.
Dengan kehadiran pakar daripada Lembaga Koko Malaysia, orang ramai boleh mengetahui bagaimana tanaman koko ditanam, dituai dan diproses sebelum menjadi produk akhir di rak kedai.
Setiap proses ini diterangkan dengan cara yang mudah difahami menjadikan ia sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Bagi ibu bapa, ini juga merupakan peluang terbaik untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang industri pertanian dan makanan tempatan dalam cara yang lebih santai dan menyeronokkan. Tidak hairanlah jika festival ini dijangka menjadi antara tarikan utama sepanjang cuti hujung minggu di Petaling Jaya.
Chocolate Marketplace Jadi Tumpuan Pengunjung
Salah satu tarikan utama yang pasti tidak boleh dilepaskan ialah Chocolate Marketplace yang menghimpunkan lebih 20 pempamer terpilih oleh LKM bersama Cadbury Dairy Milk Malaysia.
Di sini, pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai variasi produk coklat, daripada produk tempatan sehinggalah kepada inovasi baharu yang mungkin belum pernah dicuba sebelum ini. Suasana di kawasan ini juga dijangka menjadi antara yang paling meriah sepanjang festival berlangsung.
Bukan itu sahaja, keseluruhan ruang di the Curve turut “berubah wajah” sempena festival ini. Centre Court diolah menjadi Choco Pavilion, The Street pula bertukar menjadi Choco Dessert Lane. Manakala Piazza diubah kepada Choco Factory yang penuh dengan dekorasi bertemakan coklat.
Setiap sudut direka untuk memberi pengalaman visual yang menarik, seolah-olah pengunjung berada dalam dunia coklat yang sebenar.

Pengalaman Santai Untuk Seisi Keluarga
Selain pameran dan jualan, Malaysia Choco Fest juga memberi ruang kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman yang lebih santai melalui pelbagai zon interaktif seperti Artisan Zone, Kids’ Corner, Sampling Area dan Chocolate Exhibition.
Walaupun setiap zon mempunyai konsep berbeza, semuanya berkongsi satu tujuan yang sama. Ia menjadikan pengalaman di Malaysia Choco Fest lebih dekat di hati pengunjung, tidak kira usia.
Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Malaysia Choco Fest
Sepanjang empat hari berlangsung, Malaysia Choco Fest bukan sekadar menjadi lokasi untuk membeli dan menikmati coklat tetapi turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Pengunjung boleh menyertai aktiviti interaktif yang disediakan di beberapa zon khas, termasuk demonstrasi pembuatan coklat secara langsung yang memberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana coklat dihasilkan dari dekat.
Bagi kanak-kanak pula, suasana festival ini pastinya menjadi pengalaman yang menyeronokkan kerana banyak aktiviti ringan dan mesra keluarga disediakan sepanjang hari.
Antara tarikan yang mencuri perhatian sudah tentu Chocolate Fantasy Runway Challenge anjuran Malaysia Association of Ethical Designers (MAEFD) yang menampilkan kreativiti dalam bentuk persembahan bertemakan coklat.
Dalam masa yang sama, kemunculan maskot popular Professor Koko turut menambah keceriaan suasana festival ini, terutama dalam kalangan pengunjung cilik.
Golden Ticket & Hadiah Menarik Menanti Pengunjung
Lebih menarik, pengunjung yang datang ke festival ini juga berpeluang untuk menyertai cabutan Golden Ticket yang diadakan setiap hari sepanjang acara berlangsung.
Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk dimenangi, termasuk barangan elektronik seperti MacBook Neo, Instax Mini, microwave, peti sejuk dan banyak lagi.
Walaupun begitu, suasana sebenar festival ini bukan hanya tertumpu kepada hadiah semata-mata, tetapi lebih kepada pengalaman keseluruhan yang dibawa oleh Malaysia Choco Fest itu sendiri. Daripada aktiviti santai sehinggalah ke pengalaman interaktif. Setiap pengunjung pasti akan membawa pulang kenangan tersendiri.
Secara keseluruhan, Malaysia Choco Fest the Curve menjadi antara acara paling menarik di Lembah Klang tahun ini kerana gabungan warisan koko, aktiviti keluarga dan pengalaman interaktif.
