Daripada karya klasik Homer kepada adaptasi moden, mitologi Yunani dan kisah pengembaraan yang mendebarkan, Rakuten Kobo menghimpunkan eBook untuk meneruskan pengembaraan.
Ada sesetengah kisah yang terlalu besar untuk diceritakan dalam satu skrin sahaja.
Kemunculan The Odyssey sekali lagi mencetuskan minat terhadap kisah legenda Homer di Malaysia. Penonton dibawa menyelami dunia yang penuh dengan dewa-dewi, raksasa, wira, kerinduan, kesetiaan serta perjalanan panjang untuk pulang ke tanah air.
Namun, jika selepas menonton filem ini anda masih terfikir tentang Odysseus, Penelope, Circe dan mitos yang mengelilingi mereka, kisahnya tidak perlu berakhir apabila kredit filem mula bergulir.
Rakuten Kobo mengajak pembaca meneruskan pengembaraan menerusi pilihan eBook yang diinspirasikan oleh The Odyssey. Daripada karya epik asal kepada mitologi Yunani, adaptasi moden, perspektif berbeza dan kisah pengembaraan yang lebih mudah diikuti. Semuanya boleh diterokai untuk melihat dunia mitologi ini dari sudut yang berbeza.
Sama ada anda baru pertama kali mengenali karya Homer, mahu kembali menghayati karya klasik selepas menonton filem atau sekadar ingin melihat kisah-kisah lama dari perspektif baharu, Kobo memudahkan anda meneruskan pengembaraan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Diskaun 25% untuk eBook Kobo
Bagi pembaca di Malysia, diskaun 25% untuk semua eBook boleh dinikmati dari 6 hingga 8 Ogos dengan menggunakan kod promosi SYOK26081
Promosi ini akan kembali pada 16 hingga 18 Ogos, dengan kod promosi SYOK26082
Pengecualian mungkin dikenakan. Sila rujuk laman web Kobo untuk terma dan syarat penuh.

Untuk pembaca yang mahu mengenali karya asal: The Odyssey oleh Homer (Terjemahan oleh Emily Wilson)
Sebelum kisah ini diangkat ke layar besar, The Odyssey terlebih dahulu dikenali sebagai puisi epik yang menjadi asas kepada segala-galanya.
Karya ini mengisahkan perjalanan panjang dan berbahaya Odysseus untuk pulang ke tanah air selepas Perang Trojan. Dalam perjalanan tersebut, dia berdepan dengan kapal karam, raksasa, godaan, campur tangan dewa-dewi serta kerinduan yang kuat untuk kembali ke rumah.
Kalau mahu mengenali kisah asalnya dengan lebih dekat, The Odyssey ialah bacaan yang sesuai untuk dimulakan.

Untuk pembaca yang ingin memahami kisah sebelum The Odyssey: The Iliad oleh Homer (Terjemahan oleh Emily Wilson)
Mahu memahami dunia yang membentuk kisah Odysseus? The Iliad boleh menjadi pilihan seterusnya.
Karya epik Homer ini mengisahkan Perang Trojan dan dipenuhi tema kemarahan, kehormatan, kehilangan, kegemilangan serta tragedi. Ia memberikan gambaran tentang konflik yang berlaku sebelum The Odyssey. Selain memperkenalkan tokoh-tokoh mitologi yang kisahnya masih memberi pengaruh kepada kesusasteraan dan budaya popular sehingga hari ini.

Untuk pembaca yang ingin melihat mitologi dari sudut pandang seorang wanita: Circe oleh Madeline Miller
Circe merupakan antara watak yang paling dikenali dalam The Odyssey. Dia sering diingati sebagai ahli sihir yang mempunyai kebolehan menukar lelaki menjadi babi.
Namun, dalam Circe karya Madeline Miller, watak ini diberikan ruang untuk menceritakan kisahnya sendiri.
Circe digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kekuatan, kesunyian, pilihan dan kehidupannya sendiri. Penceritaan semula ini memberikan perspektif yang lebih mendalam terhadap watak yang selama ini hanya dikenali melalui mitos asalnya.

Untuk pembaca yang menggemari kisah cinta, tragedi dan legenda wira: The Song of Achilles oleh Madeline Miller
Berlatarbelakangkan dunia Perang Trojan, The Song of Achilles mengangkat semula kisah hubungan antara Achilles dan Patroclus.
Dengan penceritaan yang lembut tetapi menyentuh emosi, buku ini sesuai untuk mereka yang tertarik kepada mitologi bukan sekadar kerana kisah para dewa dan wira, tetapi juga kerana hubungan manusia, kerinduan dan tragedi yang berada di sebalik legenda tersebut.

Untuk pembaca yang ingin mengetahui kisah dari sudut pandang Penelope: The Penelopiad oleh Margaret Atwood
Odysseus mempunyai kisah perjalanan yang panjang untuk pulang ke tanah air. Tetapi bagaimana pula dengan Penelope, wanita yang menunggunya?
Dalam The Penelopiad, Margaret Atwood memberikan Penelope suara dan perspektifnya sendiri. Penceritaan ini melihat semula kisahnya dengan cara yang tajam, bersahaja dan mengundang pembaca untuk berfikir tentang kesetiaan, penceritaan serta mitos yang selama ini kita fikir sudah kita kenali.

Untuk pembaca yang ingin melihat kisah Perang Trojan dari sudut wanita: A Thousand Ships oleh Natalie Haynes
Kisah Perang Trojan sering diceritakan dari sudut pandang lelaki yang berjuang di medan perang. A Thousand Shipspula memilih untuk memberi tumpuan kepada wanita yang kehidupan mereka berubah akibat peperangan tersebut.
Melalui penceritaan yang luas dan penuh emosi, Natalie Haynes memberikan suara kepada ratu, tawanan, ibu, anak perempuan, dewi serta mereka yang terselamat dalam dunia mitologi.

Untuk pembaca yang mahukan cara santai dan moden untuk mengenali mitologi: Percy Jackson and the Olympians oleh Rick Riordan
Bagi yang mahukan cara lebih santai untuk mengenali mitologi Yunani, tidak semestinya perlu bermula dengan karya purba.
Siri Percy Jackson and the Olympians membawa dewa-dewi Yunani, raksasa, misi dan ramalan ke dalam dunia moden. Dengan jalan cerita yang pantas, humor dan pelbagai pengembaraan, siri ini sesuai untuk pembaca muda, peminat lama atau sesiapa sahaja yang mahukan bacaan lebih ringan selepas menonton The Odyssey.
Teruskan Membaca Bersama Kobo
Kesemua judul ini boleh diterokai dalam format eBook menerusi Kobo, sama ada menggunakan Kobo eReader atau aplikasi Kobo di iOS dan Android.
Kemajuan pembacaan juga diselaraskan merentas peranti. Jadi, anda boleh memulakan bacaan di rumah, menyambungnya ketika dalam perjalanan dan kembali membaca apabila mempunyai masa lapang.
Kerana kadangkala, cara terbaik untuk menikmati sesebuah kisah adalah dengan membaca cerita yang datang sebelumnya serta kisah-kisah hebat yang lahir daripada inspirasinya.
Pembaca yang ingin mendapatkan Kobo eReader atau aksesori juga boleh melayari dan membeli peranti pilihan mereka menerusi kedai rasmi Kobo di Lazada.
