Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Poster Muay Thai Workshop 22 Ogos 2026 MuayFit Concorde Hotel Shah Alam

Muay Thai Workshop 22 Ogos | MuayFit x Concorde Hotel

Posted on 08/12/2026 by 123mamanet

Ada yang mencari pengalaman staycation yang lebih aktif dan berbeza? Kini, tetamu Concorde Hotel Shah Alam bukan sahaja boleh berehat dan menikmati kemudahan hotel. Malah berpeluang mencuba seni mempertahankan diri apabila MuayFit Malaysia secara rasmi menjalin kerjasama dengan Concorde Hotel Shah Alam.

Isi Kandungan hide
1 Muay Thai Workshop Pertama Pada 22 Ogos
2 Bukan Sekadar Aktiviti Kecergasan
3 Pilihan Untuk Corporate Wellness & Team Building
4 MuayFit Terus Kembangkan Seni Mempertahankan Diri
5 Lengkapkan Dengan Pengalaman Staycation
6 Concorde Hotel Shah Alam Perkukuh Konsep Wellness
7 Jom Cuba Muay Thai Pada 22 Ogos!
7.1 Muay Thai Workshop

Kerjasama yang dilancarkan pada 8 Ogos 2026 ini memperkenalkan pengalaman Muay Thai, boxing dan functional fitness dalam suasana hotel. Β Ia sekaligus menggabungkan elemen kecergasan, kesejahteraan dan gaya hidup dalam satu pengalaman yang lebih menarik.

Lebih istimewa, program ini direka supaya mesra pemula dan terbuka kepada tetamu hotel, orang awam, keluarga serta kumpulan korporat yang ingin melakukan aktiviti kecergasan sambil membina keyakinan diri dan mengurangkan tekanan.

Peserta dewasa menjalani sesi Muay Thai bersama MuayFit di Concorde Hotel Shah Alam

Muay Thai Workshop Pertama Pada 22 Ogos

Bagi yang teruja untuk mencuba, Muay Thai Workshop pertama menerusi kerjasama MuayFit dan Concorde Hotel Shah Alam akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos 2026 di MuayFit Studio @ Concorde Hotel Shah Alam.

Sesi untuk dewasa akan berlangsung dari 4.00 petang hingga 5.00 petang> Manakala sesi khas kanak-kanak pula diadakan dari 5.00 petang hingga 6.00 petang.

Menariknya, penyertaan ditawarkan pada harga RM39 untuk tetamu hotel dan ahli Kilos Fitness. Manakala kadar untuk walk-in guests serta non-members ialah RM49.

Jadi, kalau selama ini hanya melihat Muay Thai dalam pertandingan atau di media sosial, workshop ini boleh menjadi peluang untuk mencuba sendiri asas seni mempertahankan diri tersebut dalam suasana yang lebih santai dan mesra pemula.

Bagi ibu bapa yang mahu memperkenalkan aktiviti baharu kepada anak-anak pula, sesi Kids Muay Thai Classmemberi peluang kepada mereka untuk belajar asas pergerakan sambil membina disiplin, keyakinan diri dan koordinasi.

Untuk penyertaan atau pertanyaan berkaitan workshop, orang ramai boleh menghubungi MuayFit Malaysia di 012-996 8275 atau Kilos Fitness Centre di 012-281 9203.

Pengamal media dan blogher turut mencuba Muay Thai bersama MuayFit di Concorde Hotel Shah Alam
Pengamal media dan blogger turut berpeluang mencuba sendiri sesi Muay Thai bersama MuayFit sempena pelancaran kerjasama di Concorde Hotel Shah Alam

Bukan Sekadar Aktiviti Kecergasan

Menurut MuayFit Malaysia, seni mempertahankan diri pada masa kini bukan lagi sekadar mengenai pertandingan atau perlawanan.

Sebaliknya, latihan seperti Muay Thai boleh menjadi salah satu cara untuk membina keyakinan diri, mengurangkan tekanan serta meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

Seiring dengan konsep tersebut, kerjasama ini menawarkan pelbagai program termasuk Muay Thai, boxing, functional training, self-defence, MMA, strength & conditioning, Brazilian Jiu Jitsu, No-Gi Grappling dan yoga.

Program-program ini turut disusun untuk memenuhi keperluan peserta dengan tahap kecergasan dan pengalaman yang berbeza.

Bagi keluarga, program seni mempertahankan diri khas kanak-kanak memberi penekanan kepada pembentukan disiplin, keyakinan diri dan koordinasi dalam persekitaran yang selamat.

Pilihan Untuk Corporate Wellness & Team Building

Bukan hanya individu dan keluarga, syarikat juga boleh memanfaatkan kerjasama ini menerusi program corporate wellness dan team building.

Sesi yang dikendalikan oleh jurulatih ini direka untuk menggalakkan interaksi antara ahli pasukan, membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus serta mewujudkan pengalaman yang lebih aktif dan menyeronokkan di tempat kerja.

Lebih menarik, pakej tertentu turut layak dituntut di bawah HRDF/HRDC, menjadikannya satu pilihan untuk syarikat yang ingin memperkenalkan aktiviti kesejahteraan kepada kakitangan.

Dua jurulatih Muay Thai MuayFit di Concorde Hotel Shah Alam
Dua jurulatih MuayFit bersedia membimbing peserta dalam sesi Muay Thai.

MuayFit Terus Kembangkan Seni Mempertahankan Diri

Ditubuhkan pada tahun 2010, MuayFit Malaysia merupakan antara jenama Muay Thai dan kecergasan yang dikenali dalam arena sukan tempur tempatan.

Dengan empat cawangan di Kota Kemuning, Petaling Jaya, Puchong dan Subang, MuayFit kini mempunyai lebih 7,000 ahli aktif dan telah melatih lebih 60,000 individu setakat ini.

MuayFit turut mempunyai barisan jurulatih dari Malaysia dan antarabangsa yang berpengalaman dalam pelbagai disiplin seperti Muay Thai, boxing, fitness, Brazilian Jiu Jitsu, MMA, functional training serta strength & conditioning.

Kerjasama dengan Concorde Hotel Shah Alam ini selari dengan usaha MuayFit untuk membawa seni mempertahankan diri keluar daripada konsep gimnasium tradisional dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup moden.

Lengkapkan Dengan Pengalaman Staycation

Bagi yang mahu menjadikan pengalaman ini sebagai percutian ringkas bersama pasangan, rakan atau keluarga, Concorde Hotel Shah Alam turut menawarkan pakej staycation yang menggabungkan penginapan, sarapan dan sesi Muay Thai.

Pakej Staycation @ Concorde Hotel Shah Alam ditawarkan pada harga RM175 nett seorang berdasarkan twin sharing. Ia merangkumi penginapan satu malam, sarapan untuk dua orang serta sesi Muay Thai.

Tetamu juga boleh menambah pengalaman santai dengan Hi-Tea Experience pada harga RM88 nett seorang.

Harga pakej tidak termasuk Sustainability Tax RM7 bagi setiap bilik untuk satu malam, manakala hi-tea adalah pilihan tambahan. Terma dan syarat terpakai.

Concorde Hotel Shah Alam Perkukuh Konsep Wellness

Kerjasama bersama MuayFit turut mengukuhkan kedudukan Concorde Hotel Shah Alam sebagai destinasi yang bukan sahaja menawarkan penginapan, tetapi turut memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan dan gaya hidup sihat.

Sempena inisiatif ini, ibu bapa bersama anak-anak berusia enam tahun ke atas juga dialu-alukan untuk menikmati pelbagai aktiviti keluarga.

Selain pengenalan kepada pertahanan diri melalui kickboxing bersama MuayFit Malaysia, tetamu boleh mencuba sesi berenang bersama Swim Up Academy serta pengalaman bersenam di Kilos Fitness Centre.

Concorde Hotel Shah Alam merupakan hotel perniagaan bertaraf empat bintang dengan 381 bilik, daripada kategori Deluxe sehingga suite. Kadar penginapan pula bermula daripada RM280 nett bagi setiap bilik untuk satu malam.

Jom Cuba Muay Thai Pada 22 Ogos!

Dengan pelbagai pilihan program yang ditawarkan, kerjasama MuayFit dan Concorde Hotel Shah Alam membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat kecergasan daripada perspektif yang berbeza.

Dan bagi yang mahu menjadi antara yang pertama merasai pengalaman ini, jangan lepaskan Muay Thai Workshop pada Sabtu, 22 Ogos 2026.

Sama ada datang bersama rakan, pasangan atau anak-anak, satu jam latihan Muay Thai boleh menjadi aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan sambil memberi peluang untuk belajar sesuatu yang baharu.

Kanak-kanak menyertai Kids Muay Thai Class bersama MuayFit di Concorde Hotel Shah Alam
Kanak-kanak turut mencuba Kids Muay Thai Class bersama MuayFit

Muay Thai Workshop

Sabtu, 22 Ogos 2026
πŸ“ MuayFit Studio @ Concorde Hotel Shah Alam
πŸ₯Š 4.00 petang – 5.00 petang: Adult Muay Thai Class
πŸ₯Š 5.00 petang – 6.00 petang: Kids Muay Thai Class
πŸ’° RM39 – Hotel Guests & Kilos Fitness Members
πŸ’° RM49 – Walk-in Guests & Non-Members

Untuk pertanyaan dan penyertaan, hubungi MuayFit Malaysia di 012-996 8275 atau Kilos Fitness Centre di 012-281 9203.

Bagi maklumat berkaitan program kesejahteraan korporat, team building dan pakej hotel, hubungi Concorde Hotel Shah Alam, Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-5520 8000 atau e-mel shah@concorde.net.

(Terma dan syarat terpakai)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Muay Thai Workshop 22 Ogos | MuayFit x Concorde Hotel
  • The Odyssey – Panduan Bacaan Kobo untuk Peminat Mitologi
  • Philips PerfectCare Steam Generator Pecah Rekod 2026
  • Carlo Rino Perfume – Haruman Feminiti Moden
  • Midea 99 Speed Mart Perluas Akses Pengguna
  • Secret Recipe SimplyHeal Lancar Tampalan Jerawat Comel
  • The Laughing Cow x Monchhichi Lancar Koleksi Eksklusif
  • guardian Embracing Midlife Wellness : Perimenopaus
  • Domino’s Pizza Puff – Pizza Solo RM9.90
  • KingCam Mini Camera Kini Di Burger King Malaysia

Recent Posts

  • Muay Thai Workshop 22 Ogos | MuayFit x Concorde Hotel
  • The Odyssey – Panduan Bacaan Kobo untuk Peminat Mitologi
  • Philips PerfectCare Steam Generator Pecah Rekod 2026
  • Carlo Rino Perfume – Haruman Feminiti Moden
  • Midea 99 Speed Mart Perluas Akses Pengguna

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme