U.S. blueberries di Malaysia semakin mendapat perhatian.Bukan sahaja kerana rasanya yang manis dan menyegarkan, tetapi juga kerana khasiat serta kepelbagaian cara untuk menikmatinya.
Bayangkan satu jenis buah yang boleh melengkapkan sarapan pagi, menjadi pilihan selepas bersenam, menambah rasa pada hidangan keluarga, mencetuskan idea resipi kreatif dan pada masa sama memenuhi keinginan menikmati pencuci mulut.
Inilah yang diketengahkan menerusi Blueberries GO Big: Big on Benefits, Better on Value, sebuah kempen pengalaman oleh U.S. Highbush Blueberry Council (USHBC) yang mengajak rakyat Malaysia mengenali dengan lebih dekat kelebihan, kepelbagaian serta nilai U.S. blueberries dalam kehidupan seharian.
Berlangsung di TCH Foodworks, Petaling Jaya, acara media dan gaya hidup ini menghimpunkan wakil media, content creators serta tetamu jemputan dalam satu pengalaman interaktif yang mengetengahkan kualiti, rasa dan kepelbagaian penggunaan U.S. blueberries.
U.S. Blueberries Bukan Sekadar Buah Untuk Snek
Selama ini, blueberries sering dikaitkan dengan pemakanan sihat. Namun, menerusi kempen Blueberries GO Big, USHBC mahu menunjukkan bahawa buah ini menawarkan lebih daripada sekadar khasiat pemakanan.
Blueberries boleh digunakan dalam pelbagai jenis hidangan, daripada sarapan pagi dan minuman hinggalah makanan utama serta pencuci mulut.
Menariknya, blueberries boleh dinikmati dalam keadaan segar, beku atau kering. Ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menggunakannya mengikut keperluan, cita rasa dan kreativiti masing-masing.
Apa Khasiat Blueberries?
Blueberries mempunyai warna biru keunguan yang tersendiri hasil daripada anthocyanins, iaitu sebatian tumbuhan yang berlaku secara semula jadi dan diketahui mempunyai sifat antioksidan.
Selain itu, blueberries merupakan sumber vitamin K dan mangan yang baik, selain membekalkan serat dan vitamin C dengan jumlah kalori yang agak rendah.
Gabungan nutrien ini menyumbang kepada kesejahteraan secara keseluruhan, termasuk menyokong kesihatan kardiovaskular, usus dan otak.
Blueberries juga boleh dimasukkan ke dalam pelbagai corak pemakanan, termasuk ketogenic, low-glycemic dan pemakanan yang mengutamakan kawalan kalori. Ini menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang mahu mengimbangkan khasiat dan rasa dalam hidangan harian.
Dari Breakfast Bowl Hingga Pencuci Mulut
Antara kelebihan U.S. blueberries di Malaysia ialah cara menikmatinya yang begitu pelbagai.
Blueberries boleh ditambah ke dalam breakfast bowls, smoothies dan yogurt, malah sesuai digunakan dalam salad, sos serta hidangan savoury. Ia juga boleh dijadikan ramuan untuk kek, makanan yang dibakar, pencuci mulut dan pelbagai minuman menyegarkan.
Dengan persediaan yang minimum, blueberries juga mudah dibawa dan sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia, daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Jadi, tidak kira sama ada untuk sarapan ringkas sebelum memulakan hari, snek di antara waktu makan atau sebagai pelengkap hidangan keluarga, blueberries boleh disesuaikan dengan pelbagai rutin harian.

Blueberries GO Big Tampilkan Pengalaman Kulinari Interaktif
Bagi memberikan pengalaman yang lebih dekat kepada tetamu, acara Blueberries GO Big menampilkan demonstrasi kulinari secara langsung oleh Chef Fadzly Che Omar.
Chef Fadzly menunjukkan bagaimana blueberries boleh digunakan dalam pelbagai jenis hidangan dan untuk pelbagai acara, sekali gus menghidupkan mesej utama kempen Big on Benefits, Better on Value.
Tetamu kemudiannya berpeluang mencuba sendiri menerusi Big Blueberry Mystery Box Challenge.
Aktiviti memasak secara berkumpulan ini mencabar wakil media dan content creators menghasilkan hidangan berinspirasikan blueberries menggunakan blueberries segar, beku dan kering.
Menurut Chef Fadzly Che Omar, antara sebab chef gemar menggunakan blueberries ialah kerana sifatnya yang serba guna.
“Blueberries boleh digunakan dalam smoothies, salad, sos, pencuci mulut, minuman malah hidangan savoury. Fleksibilitinya membolehkan satu bahan digunakan dalam pelbagai resipi dan untuk pelbagai acara, sekali gus menawarkan kreativiti dalam masakan serta nilai yang sangat baik,” katanya.
Hidangan yang dihasilkan kemudiannya dinilai berdasarkan rasa, daya tarikan dari aspek pemakanan, kreativiti, kepelbagaian penggunaan dan persembahan keseluruhan.
Para juri turut melihat sejauh mana peserta berjaya menggunakan blueberries secara kreatif dalam pelbagai resipi, sambil mengetengahkan nilai dan fleksibilitinya dalam hidangan harian.

U.S. Blueberries Dengan Kualiti Yang Diyakini
Menurut Retna Malar, Market Representative for U.S. Highbush Blueberry Council in Malaysia, produk dari Amerika Syarikat sering dikaitkan dengan kualiti, inovasi dan kepercayaan.
U.S. blueberries pula ditanam menggunakan pengalaman pertanian yang diwarisi sejak beberapa generasi serta piawaian kualiti yang ketat.
“U.S. blueberries diiktiraf kerana rasanya yang istimewa, kualiti premium dan konsistensinya,” katanya.
Beliau turut berkata, peningkatan minat pengguna Malaysia terhadap pilihan makanan yang berkhasiat, serba guna dan berkualiti tinggi memberikan peluang untuk lebih ramai pengguna mengenali U.S. blueberries.
Sementara itu, Katherine McBride, Agricultural Attaché di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, berkata pengguna di seluruh dunia mempercayai produk makanan dari Amerika Syarikat kerana kualiti, keselamatan dan konsistensinya.
Menurut beliau, U.S. highbush blueberries merupakan antara contoh komitmen tersebut dengan menawarkan kualiti premium, rasa yang enak dan nilai pemakanan.
Beliau turut melihat perkembangan minat rakyat Malaysia terhadap hasil pertanian berkualiti tinggi dari Amerika Syarikat sebagai satu perkembangan yang positif.
Segar, Beku Atau Kering, Tetap Serba Guna
Salah satu perkara menarik tentang U.S. blueberries di Malaysia ialah ia boleh dinikmati dalam pelbagai bentuk.
Blueberries segar sesuai dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam sarapan. Blueberries beku pula boleh digunakan untuk smoothies dan pelbagai resipi, manakala blueberries kering boleh dijadikan pilihan snek atau ditambah ke dalam hidangan tertentu.
Kepelbagaian ini menjadikan blueberries sebagai bahan yang praktikal untuk gaya hidup moden.
Bagi keluarga pula, ia boleh menjadi salah satu cara mudah untuk menambah variasi buah-buahan dalam hidangan harian tanpa memerlukan penyediaan yang rumit.

Blueberries GO Big Tingkatkan Kesedaran di Malaysia
Kempen Blueberries GO Big: Big on Benefits, Better on Value merupakan sebahagian daripada usaha berterusan USHBC untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan U.S. blueberries di Malaysia.
Menerusi pengalaman hands-on, pengguna bukan sahaja mendapat maklumat mengenai blueberries, malah berpeluang melihat dan merasai sendiri bagaimana buah ini boleh digunakan dalam pelbagai hidangan.
Pendekatan sebegini menunjukkan bahawa blueberries bukan hanya sesuai dijadikan snek, tetapi boleh menjadi bahan serba guna yang memberikan lebih banyak pilihan dalam penyediaan makanan seharian.
Bagi pengguna Malaysia yang mencari pilihan makanan premium, berkhasiat dan mudah digunakan, U.S. blueberries di Malaysia menawarkan gabungan rasa, kualiti dan kepelbagaian yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup.
Daripada breakfast bowl dan smoothies hinggalah hidangan keluarga serta pencuci mulut, blueberries membuktikan bahawa buah kecil ini boleh memainkan peranan besar dalam menu harian.
Dengan pelbagai cara untuk menikmatinya, memang tepatlah dengan semangat Blueberries GO Big – Big on Benefits, Better on Value.
