HUAWEI MatePad Air kini rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,999, tampil sebagai tablet Ultra-thin PC-like AI yang menggabungkan reka bentuk ringan, ciri AI pintar dan pengalaman produktiviti seperti PC.
Dicipta untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak, HUAWEI MatePad Air terbaharu menawarkan kemudahan mobiliti, keupayaan AI pintar serta pengalaman seamless untuk bekerja, berkarya dan menikmati detik harian.
HUAWEI secara rasminya melancarkan HUAWEI MatePad Air baharu di Malaysia iaitu tablet terbaharu yang direka bagi memenuhi keperluan pengguna moden.
Diperkenalkan sebagai Ultra-thin PC-like AI tablet, HUAWEI MatePad Air membawa pendekatan baharu terhadap produktiviti, pengalaman AI pintar dan penggunaan harian yang lebih fleksibel.

HUAWEI MatePad Air Dengan Reka Bentuk Ultra-thin
Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat serendah 509g, HUAWEI MatePad Air direka untuk pengguna yang sentiasa bergerak.
Sama ada bekerja di meja, bersantai di kafe, menghadiri mesyuarat atau berulang-alik, reka bentuknya yang nipis dan ringan memudahkan tablet ini dibawa ke mana sahaja.
HUAWEI MatePad Air hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Airy Blue, White dan Sakura Pink, menggabungkan profil minimalis dengan pilihan warna yang lebih menyerlah.
Produktiviti Lebih Pintar Dengan WPS AI
Urusan kerja menjadi lebih mudah menerusi PC-level WPS Office yang kini dipertingkatkan dengan WPS AI.
WPS AI membantu pengguna menjana presentation slides, menghasilkan draf dokumen, memperkemas penulisan, meringkaskan PDF yang panjang serta menganalisis spreadsheet.
Keupayaan ini membantu pengguna bergerak daripada idea kepada hasil kerja yang lebih kemas dengan cara yang lebih mudah dan efisien.
HUAWEI Notes Dengan Ciri AI Pintar
Daripada menghadiri kuliah dan membuat ulang kaji hinggalah menyertai mesyuarat serta perbincangan, HUAWEI Notes membantu pengguna mengurus maklumat dengan lebih mudah.
Fungsi AI Speech-to-Text boleh merakam dan mentranskripsikan kuliah, mesyuarat serta perbincangan. Ini memudahkan pengguna menyemak semula perkara penting tanpa perlu menulis semuanya secara manual.
Sementara itu, AI Handwriting Enhancement membantu menjadikan nota tulisan tangan lebih jelas dan mudah dibaca.
Pengguna turut boleh membuat anotasi dan menambah catatan pada PDF Files, manakala AI Tutor menawarkan penerangan langkah demi langkah untuk subjek seperti kimia, ekonomi, biologi dan fizik.
12-inci 2.8K Ultra-Clear OLED PaperMatte Display
HUAWEI MatePad Air menampilkan skrin 12-inci 2.8K Ultra-Clear OLED PaperMatte Display untuk pengalaman visual yang lebih imersif.
Dengan 92% screen-to-body ratio, bezel ultra-nipis 4.69mm dan reka bentuk notch-free FullView, pengguna mendapat ruang paparan yang lebih luas.
Skrin ini turut menawarkan sehingga 1,200 nits peak brightness untuk visual yang terang dan terperinci.
Kemasan PaperMatte pula membantu mengurangkan silau dan pantulan, memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa dengan rasa seakan melihat pada permukaan kertas.
HUAWEI M-Pencil Pro Untuk Menulis dan Berkarya
HUAWEI M-Pencil Pro membawa pengalaman penggunaan stylus ke tahap lebih intuitif menerusi gesture seperti pinch, press dan rotate.
Dengan sokongan 16,384 pressure sensing levels, stylus ini menawarkan pengalaman menulis dan melukis yang lebih tepat serta responsif.
Fungsi Swipe to Turn Pages pula memudahkan pengguna menavigasi dokumen dan presentation, manakala Air Mouse membolehkan pengguna mengawal slaid dari jauh ketika membuat pembentangan.
Apabila digabungkan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI Wireless Mouse, HUAWEI MatePad Air memberikan pengalaman kerja yang lebih menyerupai penggunaan PC, sambil mengekalkan kelebihan tablet yang ringan dan mudah dibawa.
Prestasi Lancar Dengan Bateri 10,100mAh
Dari segi prestasi, HUAWEI MatePad Air dikuasakan oleh Kirin T93C octa-core chip dan disokong sehingga 8GB virtual memory bagi membantu kelancaran multitasking.
Tablet ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 10,100mAh bersama 66 W HUAWEI SuperCharge, membolehkan pengguna kekal produktif untuk tempoh lebih lama.
Dengan keupayaan AI yang dipertingkatkan, HUAWEI MatePad Air direka untuk menyokong kerja, kreativiti dan hiburan sepanjang hari.
Harga HUAWEI MatePad Air Malaysia dan Launch Benefits
Bagi pengguna yang mencari HUAWEI MatePad Air Malaysia, tablet ini kini ditawarkan pada harga RM3,999.
Sempena pelancaran, pelanggan boleh menikmati launch benefits bernilai sehingga RM4,503, termasuk:
- RM500 rebate
- HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
- HUAWEI M-Pencil Pro
- HUAWEI Wireless Mouse
- AI-Powered WPS Office dengan 1-year WPS AI Subscription
- AI-Powered HUAWEI Notes
- HUAWEI Premium Service
HUAWEI MatePad Air boleh didapati di HUAWEI Experience Stores serta saluran rasmi dalam talian HUAWEI.
Untuk maklumat pembelian dan promosi terkini, kunjungi HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada atau HUAWEI Official TikTok Shop.
Lebih daripada sekadar tablet ringan, HUAWEI MatePad Air menggabungkan reka bentuk ultra-thin, paparan OLED PaperMatte, ciri AI pintar dan aksesori produktiviti untuk pengguna moden.
Dengan harga RM3,999, HUAWEI MatePad Air boleh menjadi pilihan menarik untuk mereka yang mahukan peranti mudah alih yang mampu menyokong kerja, pembelajaran, kreativiti dan hiburan dalam satu peranti.
