Sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026, Toshiba Lifestyle Malaysia tampil dengan inisiatif “Empowering Every Mother’s Journey” bagi memberi sokongan dan memperkasakan para ibu sepanjang perjalanan penyusuan susu ibu.
Perjalanan menyusukan anak bukan sentiasa mudah. Ada ibu yang berdepan dengan pelbagai cabaran, daripada mendapatkan maklumat yang tepat hinggalah mencari sokongan yang diperlukan sepanjang tempoh penyusuan.
Menerusi inisiatif ini, Toshiba Lifestyle Malaysia membuka ruang untuk membincangkan realiti penyusuan susu ibu serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir.

Membincangkan realiti penyusuan susu ibu
Menurut Vanice Foo, Ketua Pengurusan Jenama Toshiba Lifestyle Malaysia, inovasi bagi Toshiba bukan sekadar tentang teknologi, tetapi turut merangkumi usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian.
“Di Toshiba, kami percaya bahawa inovasi harus mempunyai tujuan yang lebih bermakna, iaitu meningkatkan kualiti kehidupan seharian. Ia termasuk menyokong keluarga dan para ibu menerusi inisiatif yang relevan serta penyelesaian yang membantu menjadikan kehidupan seharian lebih selesa.”
Beliau berkata, Toshiba berharap dapat membantu para ibu melalui fasa penting ini dengan lebih mudah dan yakin, di samping menggabungkan teknologi, pendidikan serta keprihatinan terhadap komuniti.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh YB Yeo Bee Yin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

Dalam perkongsiannya, YB Yeo Bee Yin menyentuh tentang pentingnya peranan keluarga, komuniti dan golongan profesional dalam membantu ibu meneruskan perjalanan penyusuan.
“Penyusuan susu ibu bukan sekadar perjalanan peribadi seorang ibu, tetapi turut melibatkan keluarga, komuniti dan para profesional dari sektor penjagaan kesihatan.”
Menurut beliau, para ibu mungkin berdepan dengan pelbagai cabaran setiap hari. Justeru, kerjasama antara sektor awam dan swasta amat penting dalam membantu membina persekitaran yang lebih selesa dan sihat untuk ibu serta bayi.
Setiap ibu mempunyai perjalanan yang berbeza
Forum yang dianjurkan Toshiba Lifestyle Malaysia turut menampilkan YB Yeo Bee Yin, Elizabeth Richard, Perunding Laktasi Bertauliah & Pakar Penjagaan Bayi serta Natasha Hudson, model, penggiat seni seramik dan pejuang kesejahteraan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada realiti penyusuan susu ibu, kepentingan pendidikan, sistem sokongan yang sesuai serta membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat.
Elizabeth Richard berkata, susu ibu membekalkan nutrien serta manfaat perlindungan yang menyokong pertumbuhan, perkembangan dan kesejahteraan bayi.
Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan kepada perjalanan penyusuan seseorang ibu, termasuk akses terhad kepada maklumat yang tepat, kekurangan sokongan dan tekanan tanggungjawab harian.
Keadaan tersebut boleh mempengaruhi keyakinan ibu dan keupayaan mereka untuk meneruskan penyusuan.
Sementara itu, Natasha Hudson mengingatkan bahawa setiap perjalanan seorang ibu adalah unik dan hadir dengan cabaran serta keindahannya tersendiri.
“Mendapatkan sokongan yang tepat boleh memberikan perubahan yang bermakna. Perbincangan seperti ini penting untuk mengingatkan kita bahawa kesejahteraan seorang ibu juga amat penting.”
Teresa Chin, Pengasas Parenthood dan fasilitator forum, turut berkongsi rasa bangga dapat menghimpunkan pakar, para ibu dan rakan industri untuk membincangkan topik yang mempunyai kepentingan dalam menyokong kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir.
Toshiba sumbang peralatan rumah bernilai RM60,000
Tidak terhenti pada forum, Toshiba Lifestyle Malaysia turut meneruskan usaha tersebut melalui sumbangan pelbagai peralatan rumah kepada tiga pusat penjagaan selepas bersalin.
Antara peralatan yang disumbangkan ialah peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering dan mesin pencuci pinggan mangkuk dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM60,000.
Sumbangan tersebut disalurkan kepada The Nesting Place Confinement Centre, Kimporo Postnatal Rejuvenation Centre dan LYC Mother & Child Centre.
Peti sejuk yang disumbangkan dapat membantu menyokong keperluan penyimpanan susu ibu yang diperah secara selamat dan bersih. Peralatan rumah lain pula boleh membantu memberikan lebih keselesaan dan kemudahan kepada ibu serta bayi sepanjang tempoh berpantang.

Terima pengiktirafan Parenthood Records
Atas sumbangan tersebut, Toshiba Lifestyle Malaysia turut menerima pengiktirafan daripada Parenthood Records bagi kategori “Sumbangan Peralatan Rumah Terbanyak kepada Pusat Penjagaan Selepas Bersalin”.
Pengiktirafan ini menjadi satu lagi tanda penghargaan terhadap usaha Toshiba dalam menyokong para ibu dan bayi menerusi inisiatif yang membantu mewujudkan persekitaran lebih selesa, bersih dan kondusif.
Selain menyokong keperluan penyimpanan susu ibu, Toshiba turut mengetengahkan rangkaian penyelesaian perkakas rumahnya menerusi 5-Senses Toshiba Lifestyle Experience Zone.
Para tetamu berpeluang melihat bagaimana peralatan rumah Toshiba boleh membantu mewujudkan suasana yang lebih selesa dan menenangkan untuk ibu, bayi serta seluruh keluarga.
Menerusi “Empowering Every Mother’s Journey”, Toshiba Lifestyle Malaysia berharap usaha ini dapat memberi sokongan kepada para ibu bukan sahaja sepanjang perjalanan penyusuan susu ibu, tetapi juga dalam menjalani kehidupan seharian bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut mengenai Toshiba Lifestyle Malaysia, layari laman rasmi Toshiba Lifestyle Malaysia.
