Kalau anda berada di Shah Alam dan tengah mencari tempat untuk makan santai sambil borak-borak, ada satu pilihan yang boleh dimasukkan dalam senarai.
Borak Borak Café & Lounge di Mardhiyyah Hotel & Suites kini memperkenalkan menu à la carte baharudengan pelbagai pilihan hidangan yang menarik untuk dicuba.
Daripada kudapan bercitarasa tempatan, hidangan makanan laut, pasta, pizza hinggalah burger dan hidangan utama, menu baharu ini nampaknya memang disediakan untuk memenuhi selera yang berbeza.
Apa yang menarik, setiap hidangan menggunakan bahan-bahan pilihan berkualiti tinggi dan disediakan dengan perhatian pada rasa, tekstur serta persembahan.

Menu Baharu Borak Borak Café
Menu à la carte baharu ini tidak terhad kepada satu jenis hidangan sahaja. Jadi, kalau datang dengan keluarga atau kawan-kawan yang masing-masing mempunyai selera berbeza, bolehlah pilih ikut kegemaran.
Antara pilihan yang ditawarkan ialah:

Malaysian Delicacies Platter – RM38
Nak makan kudap-kudap sambil borak? Malaysian Delicacies Platter boleh jadi pilihan.
Dalam satu platter, anda akan dapat cucur udang rangup, keropok lekor, wonton ayam dan keladi goreng.
Ia turut disertakan dengan sambal kacang dan sos cili manis. Sesuai juga kalau nak pesan untuk dikongsi ramai-ramai.

Salmon Miso – RM50
Untuk penggemar salmon, ada Salmon Miso yang dihidangkan bersama salad kentang Jepun, arugula, sos bawang putih, halia, bijan dan kepingan keladi rangup.
Gabungan bahan-bahan ini memberikan hidangan salmon satu sentuhan yang lebih menarik terutama dengan tekstur rangup daripada kepingan keladi.

Black Pepper Beef Pizza – RM39
Pizza pun ada!
Black Pepper Beef Pizza menggabungkan daging lada hitam, cendawan trifolati, bawang, selasih dan mozzarella.
Kalau datang beramai-ramai, menu pizza macam ni memang senang untuk dikongsi sambil menikmati hidangan lain.

Swedish Style – RM40
Swedish Style pula datang bersama kentang lenyek dan sos pekat yang berkrim.
Buat yang suka hidangan dengan rasa creamy dan mengenyangkan, ini antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Chicken Burger – RM36
Burger lovers jangan risau, ada Chicken Burger juga.
Burger ini menggunakan peha ayam goreng rangup, kemudian dilengkapkan dengan coleslaw segar, sos istimewa daun salad dan tomato.
Sebagai pelengkap, ia dihidangkan bersama kepingan keledek Jepun rangup.

Pappardelle Bolognaise – RM36
Kalau anda memang peminat pasta, Pappardelle Bolognaise ini nampak cukup menggiurkan.
Pasta berbentuk reben ini digaul bersama ragu daging lembu yang dimasak perlahan, campuran sayuran sofrito, tomato dan selasih.
Kemudian ditambah pula dengan parutan keju Parmesan untuk melengkapkan hidangan.

Seafood Cortoccio – RM48
Satu lagi menu yang agak menarik ialah Seafood Cortoccio.
Hidangan ini menggabungkan aneka makanan laut bersama bawang, bawang putih, daun selasih dan sos tomato pekat.
Ia turut disajikan dengan pasta berbentuk cangkerang dan dimasak secara en papillote di dalam kertas parchment.
Cara penyediaannya yang sedikit berbeza ini tentunya menjadikan hidangan lebih menarik untuk dicuba.

Butter Chili Clam – RM28
Okay, yang ini memang menarik perhatian — Butter Chili Clam.
Kerang segar ditumis dalam sos mentega yang kaya dan berkrim bersama aroma daun kari, bawang putih, kepingan cili dan paprika.
Gabungan rasanya pula menampilkan rasa pedas, gurih dan lemak.
Yang paling best, hidangan ini datang bersama roti mantou yang gebu untuk dicicah ke dalam sos.
Kalau jenis yang suka cicah roti dengan kuah atau sos yang kaya rasa, memang boleh masukkan menu ini dalam senarai untuk dicuba.
Sesuai Untuk Makan Santai Atau Jumpa Keluarga
Salah satu perkara yang menarik tentang menu baharu ini ialah pilihan hidangannya cukup pelbagai.
Nak datang untuk makan santai, boleh.
Nak makan tengah hari sambil berbincang tentang urusan kerja pun sesuai.
Kalau nak buat perjumpaan keluarga atau acara yang lebih peribadi, pilihan menu yang ada juga boleh disesuaikan mengikut keperluan.
Jadi, tak semestinya kena tunggu ada acara istimewa untuk datang ke sini. Kadang-kadang nak duduk santai, makan sedap dan borak panjang pun dah cukup.

Menu Baharu, Suasana Santai
Menerusi menu à la carte baharu ini, Borak Borak Café & Lounge terus menambah pilihan hidangan untuk para tetamu.
Penggunaan bahan berkualiti, teknik penyediaan yang kreatif dan perhatian terhadap persembahan menjadikan setiap hidangan sebahagian daripada pengalaman makan di sini.
Dan bagi yang pertama kali dengar tentang tempat ini, namanya pun sudah cukup menggambarkan konsepnya — Borak Borak.
Jadi datanglah dengan keluarga atau kawan-kawan, pesan beberapa hidangan untuk dikongsi dan bolehlah borak-borak sambil makan.
Nak Cuba Menu Baharu Borak Borak Café Shah Alam?
Menu à la carte baharu ini kini boleh didapati di Borak Borak Café & Lounge, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Dengan pilihan seperti Malaysian Delicacies Platter, Salmon Miso, Black Pepper Beef Pizza, Swedish Style, Chicken Burger, Pappardelle Bolognaise, Seafood Cortoccio dan Butter Chili Clam, memang ada banyak pilihan untuk diterokai.
Kalau nak pilih berdasarkan menu yang menarik perhatian, Butter Chili Clam dengan roti mantou tu antara yang sis rasa wajib tengok depan mata.
📍 Borak Borak Café & Lounge
Mardhiyyah Hotel & Suites
Shah Alam, Selangor
📞 Tempahan: 03-5511 8811 sambungan 2615
📱 WhatsApp: 019-662 7801
Harga menu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak Borak Borak Café & Lounge dan tertakluk kepada perubahan.
