Baru-baru ini 123mamanet berkesempatan hadir ke pelancaran Taste ABOVE, Dine Beyond di Avenue K dan dapat melihat sendiri bagaimana kempen ini mengajak pengunjung mencuba pelbagai restoran serta tarikan yang ada di tingkat atas Avenue K.
Yang menariknya, kali ini bukan sekadar datang makan dan balik. Ada ABOVE Foodie Map yang boleh digunakan untuk buat satu foodie trail sambil kumpul cop dan tebus ganjaran.

Jom Explore ABOVE Foodie Map
Sepanjang September 2026, pengunjung boleh menyertai Taste ABOVE, Dine Beyond dengan meneroka restoran-restoran yang mengambil bahagian di Aras 3 dan Aras 4 Avenue K.
Pilihan pun memang pelbagai. Ada restoran yang menawarkan makanan Itali, hidangan berinspirasikan Latin, masakan Jepun, Brazilian steak, omakase dan yakiniku.
Jadi kalau jenis yang suka cuba restoran baharu di KL, memang boleh masukkan Avenue K dalam senarai foodie hunt bulan ini.


Makan Sambil Kumpul Cop
Ini bahagian yang buat foodie trail ini lebih menyeronokkan.
Setiap kali berbelanja di restoran yang mengambil bahagian, pengunjung boleh kumpul cop pada ABOVE Foodie Map dan seterusnya menebus enamel pin eksklusif Avenue K.
Kalau berjaya makan di sekurang-kurangnya tiga restoran berbeza dan lengkapkan foodie trail, ada pula ganjaran premium untuk ditebus.
Boleh ajak kawan-kawan atau keluarga dan buat misi kecil-kecilan — siapa paling cepat lengkapkan tiga restoran!
Lebih menarik, 30 pengunjung pertama setiap hari yang berjaya membuat penebusan cop ABOVE Foodie Map akan menerima Special Dining Pass dengan pelbagai manfaat dan keistimewaan sepanjang kempen.

Banyak Pilihan Untuk Dicuba
Antara restoran dan tarikan yang mengambil bahagian ialah Carousel & Co., Feliz, Le Mirch, Ming Ren Xuan, Natalina, Samba Brazilian Steakhouse, Shabu Fuku, SuperPark Malaysia, Tengyu Omakase dan Yakiniku Tenshin.
Daripada makan santai bersama keluarga hinggalah dinner bersama kawan-kawan atau pasangan, memang banyak pilihan yang boleh disesuaikan dengan mood masing-masing.
Dan kalau anak-anak ikut sekali, boleh juga singgah ke SuperPark Malaysia selepas makan.

Rupanya Banyak Yang Ada Di Tingkat Atas!
Kempen Taste ABOVE, Dine Beyond ini menarik sebab ia membuatkan kita melihat Avenue K dari sudut yang sedikit berbeza.
Kadang-kadang bila masuk shopping mall, kita dah ada restoran favourite sendiri. Tapi bila ada foodie map macam ini, boleh pula cuba tempat lain dan siapa tahu terjumpa restoran baharu yang terus jadi favourite.
Jadi sepanjang September ini, kalau sedang mencari tempat makan menarik di Kuala Lumpur, apa kata naik ke Aras 3 dan 4 Avenue K dan cuba sendiri ABOVE Foodie Map.
Mana tahu, satu kunjungan boleh jadi permulaan kepada foodie adventure yang baru!
Taste ABOVE. Dine Beyond.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, restoran yang mengambil bahagian serta cara mendapatkan dan menebus ABOVE Foodie Map, boleh ikuti media sosial rasmi Avenue K Shopping Mall.
