Kesihatan sebelum hamil adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh wanita dan pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata.
Perkara ini menjadi fokus What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy, anjuran Parenthood Media bersama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL).
Forum yang berlangsung baru-baru ini di MyToday, Atria Shopping Gallery menghimpunkan wanita dalam satu sesi perkongsian mengenai trying to conceive (TTC), fertility dan kesihatan sebelum hamil.
Sesi ini membuka ruang perbincangan mengenai kesihatan reproduktif, kebimbangan berkaitan kesuburan yang sering dihadapi serta kepentingan mendapatkan panduan perubatan yang tepat lebih awal.
Panel forum menampilkan Dr Raymond Lim, Obstetrics & Gynaecology (O&G) dan Dr Lim Sue Wen, Endocrinologist, dari Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Kedua-dua pakar berkongsi pandangan mengenai fertility, kesihatan hormon, faktor usia, keadaan kesihatan tertentu serta pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi proses untuk hamil.

Kesihatan Sebelum Hamil Bermula Lebih Awal
Antara mesej utama yang dikongsikan dalam forum ialah penjagaan kesihatan sebelum hamil tidak semestinya hanya bermula apabila seseorang sudah aktif trying to conceive (TTC).
Menjaga kesihatan reproduktif dan kesihatan secara keseluruhan lebih awal boleh membantu mengenal pasti sebarang kebimbangan kesihatan serta membuat persediaan yang lebih baik sebelum kehamilan.
Dr Raymond Lim dan Dr Lim Sue Wen turut membincangkan bagaimana fertility boleh berubah mengikut usia.
Beberapa keadaan kesihatan seperti polyendocrine metabolic ovarian syndrome (PMOS), endometriosis, thyroid disorders dan diabetes juga dibincangkan kerana ia mungkin menjadikan proses untuk hamil lebih mencabar.
Mengenali tanda-tanda yang mungkin menimbulkan kebimbangan dan mendapatkan nasihat perubatan lebih awal boleh membantu wanita memahami kesihatan reproduktif mereka dengan lebih baik.
Pada masa sama, ia membolehkan wanita berbincang dengan doktor mengenai langkah yang mungkin sesuai berdasarkan keadaan masing-masing.
Fertility Adalah Perjalanan Bersama
Satu lagi perkara penting yang dibincangkan ialah kesukaran untuk hamil tidak seharusnya dilihat sebagai isu wanita semata-mata.
Apabila kehamilan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka, kedua-dua pasangan mungkin perlu mendapatkan penilaian kerana male factors juga boleh menyumbang kepada infertility.
Perbincangan forum turut menyentuh peranan kesihatan hormon, berat badan, pemakanan, aktiviti fizikal, tekanan dan keadaan kesihatan tertentu terhadap kesihatan reproduktif serta kehamilan.
Dengan membincangkan perkara ini secara terbuka, forum tersebut bertujuan menjadikan perbualan mengenai trying to conceive (TTC) lebih berinformasi, praktikal dan kurang menakutkan.
Jumpa Fertility Specialist Tidak Semestinya IVF
Antara salah faham yang turut disentuh oleh panel ialah tanggapan bahawa mendapatkan konsultasi daripada fertility specialist secara automatik bermaksud perlu menjalani IVF (In Vitro Fertilisation).
Sebenarnya, konsultasi fertility bermula dengan memahami kemungkinan punca sesuatu kebimbangan berkaitan kesuburan serta meneroka pilihan yang sesuai untuk individu atau pasangan.
Bergantung kepada keadaan, cadangan rawatan boleh merangkumi perubahan gaya hidup, ubat-ubatan, pengurusan keadaan kesihatan tertentu atau, jika sesuai, rawatan reproduktif berbantu seperti IVF.
Mendapatkan konsultasi kesuburan, oleh itu, tidak bermaksud seseorang atau pasangan perlu terus menjalani IVF.
Sebaliknya, konsultasi boleh membantu memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang keadaan kesihatan serta pilihan yang tersedia.

Pentingnya Mendapatkan Nasihat Perubatan
Setiap wanita dan pasangan mempunyai keadaan kesihatan serta perjalanan fertility yang berbeza.
Sebab itu, mendapatkan panduan daripada doktor boleh membantu sekiranya seseorang mempunyai kebimbangan mengenai kesuburan, sedang merancang kehamilan atau menghadapi kesukaran untuk hamil.
Melalui What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy, Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur berharap dapat menggalakkan lebih banyak perbualan terbuka mengenai trying to conceive (TTC) dan kesihatan sebelum hamil.
Forum ini turut membantu wanita memahami pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi fertility serta pilihan yang tersedia apabila mereka memerlukan bantuan profesional.
Jika korang atau seseorang yang dikenali sedang menghadapi kesukaran untuk hamil atau sedang mempertimbangkan konsultasi sebelum kehamilan, boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pakar di Pantai Hospital Kuala Lumpur melalui laman rasmi Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur
Selama lima dekad, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) kekal sebagai antara institusi penjagaan kesihatan di Kuala Lumpur yang komited dalam menyediakan penjagaan berkualiti serta akses kepada teknologi perubatan terkini kepada pesakit daripada pelbagai latar belakang.
Perjalanan PHKL bermula pada 1974 dengan hanya 68 katil dan 20 pakar perubatan.
Kini, Pantai Hospital Kuala Lumpur dilesenkan dengan kapasiti 507 katil dan mempunyai lebih 200 consultants yang mengkhusus dalam pelbagai bidang perubatan dan pembedahan.
PHKL turut komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti, di samping menyokong penyelidikan klinikal dan clinical trials.
Hospital ini mempunyai akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan Joint Commission International (JCI).
Selain itu, Pantai Hospital Kuala Lumpur turut memegang pensijilan sebagai Baby Friendly Hospital dan merupakan hospital pilihan di Malaysia oleh World Health Organization (WHO).
