Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Peserta Strike in Motion Media Bowling Engagement 2026 bergambar bersama hadiah masing-masing

IHH Healthcare Malaysia Anjur Strike in Motion 2026

Posted on 09/30/202609/30/2026 by 123mamanet

IHH Healthcare Malaysia Himpunkan Rakan Media Menerusi Strike in Motion 2026. Inisiatif menyediakan platform santai untuk berdialog, berkongsi pandangan mengenai perkembangan industri serta mengeratkan hubungan bersama komuniti media

Isi Kandungan hide
1 Memperkukuh Hubungan Dengan Komuniti Media
2 Memahami Perubahan Landskap Media
3 Turut Menampilkan Aktiviti Kesihatan Dan Kesejahteraan

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggalakkan dialog terbuka dan memperkukuh hubungan bermakna bersama komuniti media, IHH Healthcare Malaysia menghimpunkan rakan media serta pasukan daripada hospital-hospital IHH di Kuala Lumpur menerusi program “Strike in Motion” Media Bowling Engagement 2026.

Program ini menghimpunkan kira-kira 70 peserta yang terdiri daripada wakil enam hospital IHH di Kuala Lumpur iaitu Prince Court Medical Centre, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Cheras, Pantai Hospital Ampang dan Pantai Hospital Klang, bersama kumpulan IHH Healthcare Malaysia serta wakil media.

Walaupun aktiviti boling menyediakan suasana santai untuk acara pada sebelah petang, program ini memberi tumpuan kepada usaha mengeratkan kembali hubungan dengan rakan media sedia ada, membina hubungan baharu serta membuka ruang untuk perbualan yang lebih bermakna di luar interaksi media harian.

Khairul Annuar Yusof bersama wakil media pada Strike in Motion 2026
Khairul Annuar Yusof, Ketua Pemasaran dan Komunikasi, IHH Healthcare Malaysia, bersama wakil media pada program Strike in Motion Media Bowling Engagement 2026

Memperkukuh Hubungan Dengan Komuniti Media

Khairul Annuar Yusof, Ketua Pemasaran dan Komunikasi, IHH Healthcare Malaysia, berkata hubungan yang kukuh bersama media dibina melalui penglibatan yang konsisten dan bersifat dua hala.

“Media memainkan peranan penting dalam menghubungkan organisasi dengan komuniti yang kami berkhidmat. Bagi kami, hubungan yang kukuh bersama media bukan sekadar melalui siaran media dan interaksi harian. Ia dibina dengan meluangkan masa untuk mendengar, memahami perspektif yang berbeza serta mengadakan perbualan secara terbuka. Strike in Motion memberi peluang kepada kami untuk berbuat demikian dalam suasana yang lebih santai.”

Program ini juga membuka ruang untuk IHH Healthcare Malaysia mendengar sendiri pandangan rakan media tentang bagaimana industri ini terus berkembang, termasuk perubahan dalam cara audiens mendapatkan maklumat, kemunculan platform baharu serta pendekatan penceritaan yang semakin dinamik.

Memahami Perubahan Landskap Media

“Cara masyarakat mendapatkan maklumat hari ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu dan perubahan itu akan terus berlaku. Sebagai organisasi yang sentiasa berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan, kami perlu memahami bagaimana audiens berfikir, apa yang mereka perlukan dan bagaimana mereka mahu menerima maklumat.

“Sebab itu, pandangan daripada rakan media amat berharga kerana ia membantu kami melihat perubahan ini dari perspektif yang lebih dekat dan memastikan komunikasi kami terus relevan, berkesan serta memberi nilai kepada audiens yang kami sasar,” kata Khairul.

Beliau turut menekankan kepentingan memahami perubahan dalam tingkah laku audiens serta perkembangan platform komunikasi yang semakin pelbagai.

“Dunia komunikasi sentiasa berubah. Hari ini, orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan platform dan cara untuk mendapatkan maklumat. Sebab itu kami amat menghargai peluang untuk berdialog dengan rakan media.

“Perkongsian mereka memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang perubahan dalam tingkah laku audiens dan membantu kami menyesuaikan cara kami berkomunikasi supaya mesej yang disampaikan lebih relevan, mudah difahami dan memberi impak kepada masyarakat yang ingin kami capai,” kata Khairul.

Khairul Annuar Yusof bersama wakil media pada Strike in Motion 2026
Antara booth aktiviti kesihatan dan kesejahteraan yang disediakan oleh hospital-hospital IHH di sekitar Kuala Lumpur sempena Strike in Motion Media Bowling Engagement 2026

Turut Menampilkan Aktiviti Kesihatan Dan Kesejahteraan

Program Strike in Motion Media Bowling Engagement 2026 pada sebelah petang itu turut merangkumi saringan kesihatan percuma serta aktiviti kesejahteraan yang disediakan oleh hospital-hospital IHH di sekitar Kuala Lumpur yang mengambil bahagian.

Inisiatif tersebut sekali gus menerapkan elemen kesihatan dan kesejahteraan dalam program, selain menyediakan peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai.

Strike in Motion merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IHH Healthcare Malaysia untuk terus berhubung dengan komuniti media serta memahami perkembangan dan perubahan landskap media.

Melalui pendekatan ini, IHH Healthcare Malaysia terus membuka ruang untuk dialog, perkongsian pandangan dan hubungan yang lebih bermakna bersama rakan media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • IHH Healthcare Malaysia Anjur Strike in Motion 2026
  • Pemulihan Caesarean – See Her Heal Kongsi Kisah Ibu
  • AEON MALL Mid-Autumn 2026: Nikmati Rasa Malaysia
  • SOFY Ultra Silk, Tuala Wanita Ultra Nipis Dengan Sutera Tulen
  • Taste ABOVE, Dine Beyond di Avenue K Kuala Lumpur
  • Domino’s Sambal Pizza Kembali! Kali Ini Lebih Pedas & ‘Kick’
  • Borak Borak Café – Menu À La Carte Baharu
  • MYguardian Rewards Pecah Rekod Malaysia Book of Records
  • UNIQLO Hijab Malaysia – 3 Gaya, Satu Harga RM59.90
  • Toshiba Sokong Ibu Sempena Bulan Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Recent Posts

  • IHH Healthcare Malaysia Anjur Strike in Motion 2026
  • Pemulihan Caesarean – See Her Heal Kongsi Kisah Ibu
  • AEON MALL Mid-Autumn 2026: Nikmati Rasa Malaysia
  • SOFY Ultra Silk, Tuala Wanita Ultra Nipis Dengan Sutera Tulen
  • Taste ABOVE, Dine Beyond di Avenue K Kuala Lumpur

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme