Eco-Shop Ulang Tahun Ke-23 diraikan menerusi kempen di seluruh negara dengan tawaran hadiah bernilai RM250,000 untuk pelanggan. Kempen ini berlangsung dari 5 Oktober hingga 29 November 2026, dengan Visa sebagai rakan kongsi pembayaran kempen.
Eco-Shop, kedai barangan keperluan harian harga tetap No. 1 di Malaysia, meraikan ulang tahun ke-23 dengan kempen istimewa di seluruh negara.
Diterajui oleh pertandingan “Buy & Win”, kempen ini menawarkan ganjaran bernilai RM250,000 sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan dan komuniti yang telah menyokong jenama tempatan ini sejak awal penubuhannya.
Menurut Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia Berhad, usaha menghargai kesetiaan pelanggan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk mengekalkan harga berpatutan yang boleh dinikmati semua.
“Selama 23 tahun, kami kekal komited untuk memastikan barang-barang keperluan harian mudah diperoleh pada harga yang mampu milik oleh rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan syarikat ini, komitmen tersebut tidak pernah berubah kerana kami percaya nilai yang terbaik wajar dirasai oleh setiap lapisan masyarakat, di mana jua mereka berada, tanpa mengira latar belakang,” kata Jessica.
Menang Hadiah Bernilai RM250,000
Sepanjang kempen ini, sebanyak 19 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah:
- 1 buah Proton X70 1.5TD Premium
- 3 buah motosikal Honda RS150R
- 15 unit Samsung Galaxy Z Fold8
Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM35 dalam satu resit dan membuat pembayaran menggunakan Visaakan layak menerima satu penyertaan untuk pertandingan “Buy & Win”.
Bagi ahli Eco-Shop pula, mereka akan menikmati dua penyertaan bagi setiap pembelian yang memenuhi syarat.
Melalui pembelian yang sama, pelanggan turut layak menerima Hadiah Percuma dengan Pembelian (Gift with Purchase) di semua cawangan Eco-Shop di seluruh negara, sementara stok masih ada.
Terus Melangkah Bersama Rakyat Malaysia
Sambutan ulang tahun ke-23 ini turut menjadi tanda penghargaan Eco-Shop kepada semua pelanggan dan komuniti yang telah memberikan sokongan sepanjang perjalanan syarikat.

Jessica berkata Eco-Shop amat menghargai semua pihak yang telah bersama jenama tersebut sepanjang 23 tahun lalu.
“Kami amat bersyukur kepada semua pihak yang bersama dengan Eco-Shop sepanjang 23 tahun ini. Melangkah ke hadapan, kami mahu terus menjadi jenama yang sentiasa diyakini rakyat Malaysia dalam menawarkan lebih banyak nilai setiap hari. Pada masa yang sama, kami akan terus mencari cara baru untuk membantu lebih banyak komuniti dan memberi sumbangan yang bermakna untuk kehidupan mereka,” kata Jessica.
Kempen ini berlangsung dari 5 Oktober hingga 29 November 2026 di seluruh negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eco-Shop, orang ramai boleh mengikuti jenama ini di:
- Facebook: EcoShopMarketing
- Instagram: ecoshop_my
- TikTok: @ecoshopmalaysia
- XiaoHongShu/XHS: eco-shop_MY
23 Tahun, Bersama Anda.
