AEON Delicatessen x KITKAT (R). Ada 7 Menu Baharu LaBoheme Yang Sedang Jadi Perhatian Di Threads!
Penggemar coklat dan pencinta bakery, ada sesuatu yang menarik untuk dicuba di AEON Delicatessen!
Kali ini, AEON Delicatessen menjalinkan kolaborasi istimewa bersama KITKAT (R) dengan memperkenalkan pilihan menu baharu yang pastinya menarik perhatian peminat coklat.
Menerusi kolaborasi ini LaBoheme Bakery memperkenalkan tujuh pilihan menu baharu dengan sentuhan KITKAT (R).

AEON Delicatessen x KITKAT (R), Kolaborasi Istimewa Buat Peminat Coklat
Majlis pelancaran kolaborasi AEON Delicatessen x KITKAT (R) pada 21 November 2026 di AEON Mall Shah Alam menampilkan pilihan bakery dengan sentuhan kreativiti KITKAT (R)
Kolaborasi ini membawa kelainan menerusi gabungan kreativiti bakery AEON dengan jenama coklat KITKAT (R) yang cukup dikenali ramai.
Bagi peminat coklat, inilah peluang untuk meneroka pilihan bakery dengan sentuhan KITKAT (R) dalam pelbagai bentuk dan variasi.
Penggemar coklat boleh memilih menu yang ingin dicuba mengikut selera masing-masing

7 Menu Baharu LaBoheme x KITKAT (R) Yang Boleh Dicuba
Antara tarikan utama kolaborasi ini ialah tujuh menu baharu daripada LaBoheme Bakery. Ada pilihan pastry, sourdough, muffin dan donut yang boleh dijadikan pilihan untuk menikmati waktu santai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Berikut ialah senarai menu dan harga yang diperkenalkan:
- Choco Burst Kuniaman – RM6.90/ setiap satu
- Choco Brioche Twist – RM5.29 / setiap satu
- Donut Colek Chocolate Wafer – RM8.90/ setiap satu
- Chocolate Wafer Muffin – RM6.00/ setiap satu
- Choco Royale Mini Croissant – RM6.50/ setiap satu
- Double Choco Sourdough – RM6.90/ setiap satu
- Choco Crispy Donut – RM5.90/ setiap satu
Jangan Terlepas Peluang Untuk Mencuba!
Kalau rajin scroll Threads, mungkin ada yang sudah ternampak perkongsian mengenai menu-menu kolaborasi KITKAT (R)ini.
Jadi, tak hairanlah pilihan bakery seperti ini menarik perhatian pengguna media sosial, lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat coklat yang suka mencuba sesuatu yang baharu.
Bila nampak perkongsian tentang makanan yang menarik, memang mudah rasa teringin nak singgah dan cuba sendiri!
Di Mana Boleh Dapatkan Menu LaBoheme x KITKAT (R)?
Jadi, kalau belum berkesempatan mencubanya, bolehlah masukkan dalam senarai food hunting seterusnya.
Dengan tujuh menu baharu LaBoheme yang diperkenalkan, masing-masing boleh memilih hidangan yang menepati citarasa sendiri.
Kalau anda peminat KITKAT (R), apa kata singgah ke AEON Delicatessen yang berdekatan dan cuba sendiri pilihan menu kolaborasi ini sebelum ia berakhir pada penghujung tahun 2026.
