Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
resepi daging masak black pepper

Resepi Daging Masak Black Pepper

Posted on 03/05/202503/04/2025 by 123mamanet

RESEPI Daging Masak Black Pepper yang Chef Mamanet kongsikan ini mempunyai citarasa tersendiri. Apatah lagi, daging batang pinang ini diolah dan dimasak dengan ramuan ataupun rencah yang cukup sempurna. Sudah pasti rasanya semakin mantap!

Isi Kandungan hide
1 Jom Cuba Resepi Daging Masak Black Pepper
1.1 Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
1.2 Cara Memasak Resepi Daging Masak Black Pepper

Daging tersebut diperap bersama beberapa bahan untuk rasa yang lebih enak.
Bagi anda yang suka bereksperimen dan mahukan satu kelainan dalam masakan, cubalah Resepi Daging Masak Black Pepper ini sendiri di rumah. Cara memasaknya juga cukup ringkas dan tidak memerlukan waktu yang terlalu lama untuk menyediakan hidangan buat keluarga tersayang.

Jom Cuba Resepi Daging Masak Black Pepper

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

* Setengah kilo daging lembu segar (sebaiknya daging batang pinang) dihiris nipis lebar.
* 2 biji kentang (dibelah empat)
* 2 biji tomato (dibelah empat)
* 5 sudu besar – kicap manis
* 1 sudu besar – kicap masin
* 2 sudu besar – sos tiram
* 4 sudu besar – sos lada hitam
* 1 sudu lada hitam (yang sudah dikisar)
* 2 sudu besar – cili kering (kisar)
* 2 biji bawang besar(dibelah empat)
* 3 ulas bawang putih (dibelah dua)
* 3 inci halia – (dihiris memanjang)
* 3 biji cili besar /atau cili paprika (dibelah dua tanpa putus)
* Sekuntum bunga lawang, sedikit kulit kayu manis dan dua biji buah pelaga.
* Sedikit air asam jawa
* Minyak untuk menumis
* 1/2 sudu besar, tepung jagung, dilarutkan dengan sedikit air (untuk memekatkan kuahnya)
* Sedikit daun bawang/daun ketumbar/daun sup untuk ditabur sebagai hiasan.

 

Cuba Juga:

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Cucur Udang Rangup Dan Sedap

 

Cara Memasak Resepi Daging Masak Black Pepper

1.Campur daging yang sudah dibersih dan ditoskan airnya itu dengan kicap manis, kicap masin, kicap manis, sos lada hitam serta cili giling tersebut. Gaul rata dan perap lebih kurang selama 15 minit.

2. Panaskan minyak, tumis – masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang merah, bawang putih serta halia hingga berbau harum dan kekuningan

3. Kemudian barulah masukkan daging yang sudah diperap seketika tadi.

4. Kacau hingga merata, tutup dan biarkan air dari daging tersebut keluar.

5. Tambahkan air bila perlu dan biarkan sampai masak.

6. Jangan lupa masukkan kentang, cili merah atau cili paprika apabila rasa daging tersebut sudah sedikit empuk.

7. Apabila kuah menyusut, daging dan kentang sudah empuk, masukan sedikit air asam jawa ,bancuhan air tepung jagung tadi serta lada hitam kisar.

8. Kemudian rasalah,Kalau kurang masin, nak tambah garam atau kicap manis pun boleh.

9. Kemudian masukkan tomato, setelah itu bolehlah tutup api jika rasanya sudah sesuai dengan selera.

10. Terakhir, tabur daun bawang dan daging masak black pepper sudah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Daging Masak Black Pepper dan jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan ya!

3 thoughts on “Resepi Daging Masak Black Pepper”

  1. Pingback: Raya Lebih Bermakna dengan #TOPBerkongsiRezeki - 123mamanet
  2. Pingback: Nikmati Hidangan Hikayat Ayam Zamrud di TCRS - 123mamanet
  3. Pingback: Samsung Bespoke AI 2025 - Rumah Pintar Masa Kini - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme