Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mekap natural

Tip Mekap Natural Buat Anda Yang Berhijab

Posted on 08/30/201608/30/2016 by 123mamanet
mekap natural
Kredit: molto.co.id

GAYA mekap natural nan indah mampu memberi keyakinan diri yang lebih tinggi. Ramai wanita, terutama yang berhijab yang ingin tampil cantik dengan wajah yang bermekap, tetapi tidak mahu berlebihan. Gaya mekap natural adalah pilihan terbaik.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa tip mekap natural buat wanita berhijab:

 

 

 

 

Mekap natural ini akan membuatkan wajah kelihatan cantik, nampak segar dan sihat. Ketika mengaplikasikan mekap natural ini, ada beberapa tip yang disarankan supaya hasil solekan kelihatan lebih sempurna.

 

 

Berikut beberapa tip mekap natural buat wanita berhijab:

 

  1. Bersihkan Muka Dan Pakai Pelembab

    mekap natural
    Kredit: 4.bp.blogspot

Gunakan pelembab ringin untuk mengelakkan kulit muka kelihatan berminyak atau terlalu kering apabila diaplikasikan foundation atau concealer. Cara pakainya, tepuk-tepuk sahaja ke muka tau.

 

 

  1. Pakai Foundation

Untuk kelihatan lebih bermaya dan muka nampak segar, pakailah foundation jenis compact. Aplikasikan dengan menggunakan span lembab supaya kulit muka kelihatan lebih lembab dan semulajadi.

 

Kemudian, sapukan bedak tabur pada muka dengan menggunakan berus besar untuk menjaga foundation agar tidak cepat luntur.

 

 

  1. Pilih Eyeshadow Natural

Sebaiknya pilih eyeshadow atau pembayang mata daripada warna tanah seperti coklat, keemasan, plum ataupun hijau gelap. Boleh juga guna eyeliner kalis air berwarna coklat atau hitam pada kelopak mata bahagian atas.

 

 

  1. Maskara Yang Tepat

    mekap natural
    Kredit: hijabkeren

Fungsi maskara adalah untuk membuatkan bulu mata menjadi semakin tebal dan lentik. Memadai cukup mengaplikasikan maskara sekali sahaja bagi membuatkannya nampak lebih natural.

 

 

  1. Kening Natural

Rapikan bentuk kening, gunakan pensel kening untuk membentuk atau mempertebalkannya. Bentuk kening yang sempurna akan membuatkan penampilan anda semakin sempurna. Layangkan dengan lembut, gunakan sikat kening untuk membaurkan warna.

 

 

  1. Pemerah Pipi

Pemerah pilih jenis krim atau gel sebenarnya lebih efektif, kerana mudah disapu pada kulit muka untuk gaya mekap natural. Sapukan pemerah pipi pada tulang pipi ke arah rambut bagi mendapatkan kesan segar.

 

Jika anda berkulit putih, sebaiknya gunakan pemerah pipi atau blush on berwarna pink. Jika warna kulit lebih gelap, boleh mengunakan warna pink gelap atau coklat/oren.

 

 

  1. Lipstik Atau Lipgloss

Supaya wajah nampak lebih cerah, sebaiknya pilih lipstik atau lipgloss dengan warna yang natural. Tetapi, jika kulit anda dalam kategori cerah, boleh menggunakan warna peach pink. Kalau kulit anda cenderung gelap, boleh pakai warna pink coklat bagi menyempurnakan lagi hasil mekap natural sepertimana yang diingini.

 

[btn text=”LIKE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFF thovercolor=#FF00FF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti

Recent Posts

  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme