Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
sup gear box

Resepi Sup Gear Box Berkolagen Baik Untuk Lebih Sihat

Posted on 02/22/202502/22/2025 by 123mamanet

Anda pasti teruja bila dengar fasal sup gear box kan? Kepada yang tak tahu apa tu gear box, sebenarnya ia adalah sup tulang lembu di bahagian sendi lutut yang seakan-akan bentuk gear kereta.Tahukah anda kebaikannya? Sebenarnya semakin lama sup ini dimasak dan direneh, semakin baik ia untuk kesihatan kita.

Isi Kandungan hide
1 Sup Gear Box Berkhasiat
2 Cara Membuat Sup Gear Box Sedap Terangkat
3 Cara Membuat Stok Tulang Atau Bone Broth

Sup Gear Box Berkhasiat

Anda bukan sahaja boleh menikmati sum-sum dan jeli tulang yang enak dan berkhasiat, malah supnya yang dijadikan stok pun tetap mengandungi khasiat mineral yang sama. Antara kebaikannya dan stok tulang seperti meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengandungi kompaun pemulihan sel seperti kolegan, glutamine, glycine dan proline.

Kolagen dalam tulang membantu memulihkan kesihatan perut dan mengurangkan keradangan usus dan mengurangkan sakit sendi.

 

sup gear box

Cara Membuat Sup Gear Box Sedap Terangkat

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 kg Tulang Gear-Box
2 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 paket rempah sup
2 bungkus sup bunjut
1 paket rempah 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
Bawang goreng
Air perahan limau nipis
Daun sup

sup gear box

Cara membuatnya:

  1. Rebus tulang sampai isinya empuk (4 jam atau lebih).
  2. Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang putih, teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
  3. Masukkan sedikit minyak, kemudian goreng rempah 4 sekawan.
  4. Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng ke dalam periuk rebusan tulang dan biarkan sup mendidih hingga masak sepenuhnya.
  5. Letak garam secukup rasa, cili api jika mahu pedah dan masukkan sedikit bawang goreng serta daun sup, siap untuk dihidangkan.

 

Cuba Juga:

Cucur Udang Rangup dan Sedap

Kari Ikan Mudah Yang Cukup Enak

 

sup gear box

 

Cara Membuat Stok Tulang Atau Bone Broth

  • Jangka waktu membuat stok tulang atau bone broth  adalah lebih panjang. Caranya ialah gunakan semula sisi tulang daripada sup gear box yang sudah dimakan. Boleh ditambah dengan bahagian tulang yang lain.
  • Boleh juga campur dengan tulang haiwan lain seperti rangka, kaki dan leher ayam. Masukkan air dan cuka dengan nisbah 4:1. Kemudian rebus sampai mendidih. Reneh selama 24-48 jam.
  • Setelah mereneh selama 6-12 jam, bolehlah dicampur dengan sayur-sayuran seperti saleri, lobak, bawang dan daun bay serta daun bawang yang sudah dikerat-kerat.
  • Reneh lagi sehingga 6-12 jam. Kini semua vitamin dan mineral daripada sayur-sayuran dan tulang sudah menyerap ke dalam stok.
  • Setelah itu, biarkan sejuk. Anda akan lihat ada lemak di bahagian atas stok. Ceduk dan buangkannya. Kemudian tapis segala isi dan anda ambil stoknya sahaja.

 

Stok Tulang

Simpan di dalam bekas dan letak dalam peti sejuk. Anda boleh jadikan ia minuman setiap hari atau nikmati bersama sayur atau campurkan di dalam sup gear box.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme