Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
petua penjagaan rambut

6 PETUA PENJAGAAN RAMBUT UNTUK WANITA BERTUDUNG. ATASI MASALAH KEPALA GATAL!

Posted on 03/29/201703/29/2017 by 123mamanet

Petua penjagaan rambut bagi wanita bertudung tentunya sedikit berbeza dengan rambut yang tidak bertudung.

Memakai tudung sepanjang hari pasti akan membuatkan rambut menjadi lebih lembab dan mudah rosak. Tetapi, jika kita rajin menjaganya kita masih boleh memiliki rambut yang sihat walaupun bertudung.petua penjagaan rambut

BERIKUT BEBERAPA PETUA PENJAGAAN RAMBUT BOLEH DICUBA BAGI KITA YANG BERTUDUNG DALAM MERAWAT RAMBUTA AGAR TETAP SIHAT:

  1. PILIH PRODUK PENJAGAAN RAMBUT YANG TEPAT

Perkara pertama yang perlu diberikan perhatian kita merawat rambut, tak kira kita memakai tudung ataupun tidak adalah mengenali jenis rambut kita. Salah memilih syampu dan juga perapi akan membuatkan rambut kita menjadi lebih berminyak ataupun tersangat kering.

Menggunakan syampu khas yang diformulakan untuk wanita-wanita bertudung boleh dijadikan pilihan. Biasanya syampu jenis ini mengandungi bahan-bahan yang diperlukan oleh rambut yang tertutup oleh tudung sepanjang hari. Di samping itu, pilih juga masker atau serum rambut yang sesuai dengan jenis rambut serta keperluan kita.petua penjagaan rambut

  1. CUCI RAMBUT SECARA TERATUR

Kita perlu menjaga kesihatan dan kebersihan kulit kepala serta rambut dengan mencucinya secara teratur.

Selain memilih syampu yang sesuai, biasakan  mencucinya secara rutin setiap dua kali sehari atau tiga kali dalam seminggu.

Di samping itu, jangan sesekali memakai tudung dalam keadaan rambut kita yang masih basah kerana kulit kepala akan menjadi sangat lembap. Rambut yang lembap dan tertutup merupakan tempat yang paling sedap untuk kulat dan bakteria yang menjadi penyebab kelemumur.

Jadi, keringkan terlebih dahulu sebelum memakai tudung. Kalau nak cepat sangat, gunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut dengan cara yang tepat supaya rambut tidak mudah patah, kering dan rosak.petua penjagaan rambut

  1. RAWAT RAMBUT DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Selain mengamalkan petua penjagaan rambut di atas, kita juga boleh menggunakan masker rambut dari bahan-bahan semulajadi.

Lakukan petua penjagaan rambut dengan bahan semulajadi ini pada setiap hujung bulan. Selain memberikan banyak nutrisi untuk rambut, aktiviti ini juga bagus untuk merelakskan kulit kepala, rambut dan juga badan kita.petua penjagaan rambut

LEMON

Keajaiban asid sitrat dalam lemon dapat membantu menghilangkan kelemumur dari folikel rambut, membantu membersihkan kulit kepala sehingga mencegah kelemumur dari muncul kembali.petua penjagaan rambut

LIMAU NIPIS

Limau nipis kaya dengan vitamin C dan mampu mencegah rambut rosak serta kelemumur. Asid sitrat yang terdapat di dalamnya juga efektif untuk mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur parah.petua penjagaan rambut

* LIDAH BUAYA

Kelebihan sebum atau minyak yang bercampur dengan kotoran boleh membentuk kerak pada kulit kepala yang boleh merosakkan folikel rambut.

Gel lidah buaya dapat bertindak sebagai astringent semulajadi yang mampu menghilangkan kelebihan minyak pada rambut serta mencegah kelemumur.petua penjagaan rambut

  1. PILIH TUDUNG YANG TEPAT

Untuk menjaga rambut yang selalu tertutup, pakailah tudung atau hijab dengan bahan yang boleh menyerap peluh. Kita juga boleh memilih anak tudung yang berkualiti dan elakkan memakainya dengan terlalu ketat.

Selain itu, kenakan tudung yang berwarna lembut atau cerah jika kita melakukan aktiviti luar. Warna-warna sebegini lebih lambat menyerap sinaran matahari, sehingga membuatkan rambut dan kulit kepala terasa segar lebih lama berbanding jika kita memakai tudung berwarna gelap atau hitam yang akan membuatkan kita menjadi cepat berpeluh.

Di samping itu, jangan lupa membasuh tudung. Apatah lagi, kalau kita melakukan aktiviti yang terdedah pada sinaran cahaya matahari. Sudah pasti ianya akan meninggalkan sedikit bau yang tidak sedap di tudung.petua penjagaan rambut

  1. REHATKAN RAMBUT

Ketika berada di rumah, tanggalkan tudung dan biarkan rambut bebas tanpa ikatan, sehingga ia boleh bernafas dan lebih sihat.
Cara ini juga sangat efektif untuk meminimumkan kelembapan di kulit kepala yang mengundang kelemumur dan kerosakkan pada rambut.petua penjagaan rambut

  1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERNUTRISI

Untuk menjaga kebersihan dan kesihatan rambut, kita jug perlu amalkan petua penjagaan rambut dari dalam iaitu dengan pengambilan makanan yang berzat untuk menutrisikan rambut kita.

Nutrisi penting yang perlu diambil adalah makanan yang mengandungi vitamin b-6, vitamin B-12, vitamin C, vitamin E dan protein. Kandungan tersebut boleh diperoleh daripada sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang.

petua penjagaan rambut

Semoga tip atau petua penjagaan rambut bagi anda yang bertudung ini bermanfaat. Moga-moga selepas mengamalkannya, rambut anda akan menjadi lebih sihat dan cantik walaupun setiap hari dibaluti tudung!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan

Recent Posts

  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme