Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Hilangkan Jerawat

Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Posted on 06/16/202406/16/2024 by 123mamanet

Cara hilangkan jerawat. Jerawat memang tidak digemari oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja mengganggu malah sering menyakitkan mata.

Isi Kandungan hide
1 Lenyapkan Jerawat
2 Cara Hilangkan Jerawat
2.1 Putih Telur
2.2 Tips Guna Putih Telur

Lenyapkan Jerawat

Anda yang mengalami masalah jerawat pasti ingin tahu cara hilangkan jerawat dengan cepat.

Mungkin beberapa cara mudah yang biasa Mamanet buat ini dapat membantu anda untuk mengurangkan  atau mempercepatkan jerawat lenyap daripada wajah anda.

Cara Hilangkan Jerawat

Cara Hilangkan Jerawat

Berikut ialah cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari:

  1. Putih Telur

Selain menjadi ubat paling berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah, putih telur digunakan untuk hilangkan jerawat.

Punca jerawat, selain disebabkan oleh perubahan hormon ia biasanya disebabkan oleh stress. Situasi yang sedang tegang itu merangsang pengeluaran minyak berlebihan pada wajah anda.

Pada ketika inilah vitamin yang terkandung dalam putih telur dapat meredakan stress secara semulajadi.

Tips Guna Putih Telur

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu cuci wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.

Setelah itu, pakai toner dan kemudiannya barulah sapu dengan sedikit putih telur ke bahagian wajah anda yang berjerawat sebelum tidur. Keesokkan paginya barulah cuci muka anda.

Baca Juga: Khasiat Kismis Hitam

 

Cara Hilangkan Jerawat

  1. Minyak Lavender

Minyak lavender mengandungi bahan anti bakteria yang boleh melawan jangkitan jerawat dan juga dapat merangsang pertumbuhan kulit. Cara hilangkan jerawat dengan minyak lavender ini juga sangat mudah sama seperti anda menggunakan putih telur tadi.

  1. Lemon

Hiris lemon dan perah airnya. Kemudian sapu perahan air tersebut pada bahagian berjerawat.Ketika menyapu, mungkin anda akan terasa sedikit pedih, namun jangan bimbang ia tidak akan merosakkan kulit wajah anda.

Apapun, sebelum anda bersiap untuk masuk tidur. Jangan lupa ya cuci muka terlebih dahulu. Selepas itu barulah anda sapu air perahan lemon tersebut dan biarkan semalaman. Bilas keesokan paginya.

Baca Juga: Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel

  1. Serbuk Kayu Manis Dan Madu

Jangan teragak-aga mencuba cara hilangkan jerawat dengan ubat semulajadi ini. Anda hanya perlu mencampurkan serbuk kayu manis dan madu dengan sukatan yang sama. Pastikan anda telah membersihkan wajah anda terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran serbuk kayu manis dan madu tersebut ke wajah anda dan biarkan semalaman.

Keesokan harinya, barulah dibersihkan. Untuk melindungi bantal dan tempat tidur anda daripada kotor, jangan lupa alas dengan sehelai kain lain ya.

Membersihkan wajah sebelum tidur sangat penting walaupun wajah anda tidak berjerawat. Tidur dengan wajah yang masih menyimpan kotoran akan mengundang kemunculan jerawat. Jadi, lebih baik mencegahnya!

 

2 thoughts on “Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari”

  1. Pingback: Skin Analysis - Kunci Kulit Muka Cantik dan Sihat - 123mamanet
  2. Pingback: Dododots Pimple Patches - Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia! - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme