Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
resepi pajeri nenas

Resepi Pajeri Nenas Hidangan Lazat Seisi Keluarga

Posted on 01/05/202501/03/2025 by 123mamanet

Kali ini Dapur Mamanet berkongsi Resepi Pajeri Nenas yang merupakan makanan unik masyarakat Melayu.Ada pelbagai variasi masakan pajeri tetapi yang paling popular dan cukup digemari adalah Pajeri Nenas dan Pajeri Terung.

Isi Kandungan hide
1 Cuba Resepi Pajeri Nenas
2 Cara Membuat Resepi Pajeri Nenas

Sama ada Pajeri Terung ataupun Pajeri Nenas, kedua-duanya mempunyai aroma dan citarasa yang tersendiri. Apatah lagi setelah ditambah dengan rempah ratus, penyedap masakan dan sebagainya. Rasanya memang terangkat!

resepi pajeri nenas

Cuba Resepi Pajeri Nenas

Anda harus mencuba ini dan untuk membuatnya, sebiji buah nenas yang segar serta beberapa bahan serta rempah pilihan diperlukan.

Untuk membuatnya tidak terlalu sukar, tetapi kita perlu sabar serta teliti dalam penyediaan dan menumis bahan-bahannya bagi mendapatkan hasil masakan yang lazat dan memuaskan hati.

Tambahan pula rasa nenas yang masam masam manis yang berbaur dengan kepedasan cili serta rempah pasti memikat selera!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Sebiji nenas manis, dibersihkan dan dipotong dengan ukuran dan bentuk yang sesuai dengan selera kita.
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 sm kunyit hidup (dikisar)
  • 1 sm halia(dikisar)
  • 4 sudu besar cili kering yang sudah dikisar
  • 8 sudu besar serbuk rempah (dibancuh sedikit dengan air)
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 2 kuntum buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 sudu air asam jawa
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan
  • Garam, gula,kicap dan serbuk perasa secukupnya

 

Cuba Juga:

Resepi Cinnamon Rolls Sedap

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

 

resepi pajeri nenas

Cara Membuat Resepi Pajeri Nenas

1.  Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit yang sudah dikisar.
  2. Kacau sehingga naik bau harumnya dan kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar.
  1. Kacau hingga sebati dan masukkan pula serbuk kari.
  1. Gaul lagi hingga sebati dan masukkan nenas yang sudah dipotong tadi.
  1. Setelah itu masukkan santan, garam, gula dan serbuk perasa dan sedikit kicap. Biarkan mendidih.
  2. Terakhir masukkan kerisik dan air asam jawa dan masak sehingga kuahnya pekat.
  1. Jika cukup semua rasanya, bolehlah tutup api dan segera dihidangkan.

Itulah Resepi Pajeri Nenas, semoga langkah-langkah untuk membuatnya itu boleh membantu anda menghasilkan pajeri nenas yang cukup lazat.

Selamat mencuba Resepi Pajeri Nenas dan semoga menjadi ya!

Nota Editor: Ejaan sebenar Nenas ialah Nanas. Bagaimanapun, perkataan “nenas” lebih tinggi cariannya di internet. Oleh itu, kami terpaksa menggunakan “Pajeri Nenas” sebagai keyword. Harap Maklum.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme