Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
eco free market

Eco Free Market Shah Alam, Sempena Hari Bumi 2019 Projek #darihati123mamanet Kali ke-5

Posted on 05/05/201906/07/2023 by 123mamanet

Eco Free Market | Baru-baru ini portal www.123mamanet.com yang dimiliki oleh Dea Marissa Resources (DMR) telah mengadakan program amal (CSR) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menerusi Program Eco Free  Market, bersempena sambutan bulan Ramadan pada 14 April, 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.

Di samping itu, projek DMR #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca  www.123mamanet.com  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Artikel Lain: Kurang Tidur Buat Badan Lemah

Eco Free Market

Eco Free Market Sempena Hari Bumi

Ini adalah kali ke-5 penganjuran pihak kami dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Kami berharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik.

Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.

Sempena sambutan Hari Bumi, terdapat sedikit kelainan dalam Eco Free Market kali ini. Setiap pengunjung yang dating perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini.

Eco Free Market

Keperluan Dapur

Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini kami agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, kami turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd.

Artikel Lain: Jantung Sihat, Ini Rahsia

Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kiap Manis,Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti  Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma dan banyak lagi.

Eco Free Market

Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme