Eco Free Market | Baru-baru ini portal www.123mamanet.com yang dimiliki oleh Dea Marissa Resources (DMR) telah mengadakan program amal (CSR) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menerusi Program Eco Free Market, bersempena sambutan bulan Ramadan pada 14 April, 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Objektif program ini merupakan salah satu usaha syarikat DMR untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya golongan asnaf di sekitar Shah Alam.
Di samping itu, projek DMR #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam serta para pembaca www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan susah yang lebih memerlukan sumbangan. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Artikel Lain: Kurang Tidur Buat Badan Lemah
Eco Free Market Sempena Hari Bumi
Ini adalah kali ke-5 penganjuran pihak kami dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat ini. Kami berharap agar lebih ramai lagi golongan korporat dan juga individu yang berkemampuan untuk menjalinkan kerjasama atau menghulurkan bantuan untuk memberi manfaat berguna kepada masyarakat yang tidak bernasib baik.
Mudah-mudahan golongan yang kurang bernasib baik ini tidak berasa tersisih dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan nanti dengan lebih bermakna.
Sempena sambutan Hari Bumi, terdapat sedikit kelainan dalam Eco Free Market kali ini. Setiap pengunjung yang dating perlu membuat pertukaran barang-barang kitar semula seperti botol plastik atau botol kaca bagi mendapatkan kupon percuma. Kupon percuma itulah yang akan dibawa oleh pengunjung ke booth-both yang terlibat dalam program Eco Free Market ini.
Keperluan Dapur
Untuk projek CSR-DMR #darihati123mamanet kali ini kami agak bertuah. Selain menerima sumbangan kewangan daripada individu-individu bagi membeli barang-barang keperluan dapur seperti tepung, meehoon, gula dan lain-lain lagi, kami turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada QSR Brands (M) Holding Bhd.
Artikel Lain: Jantung Sihat, Ini Rahsia
Pelbagai barangan keperluan dapur di bawah jenama QSR Brands (M) Holding, produk-produk daripada Life seperti Life Sos Berperisa Tiram, Life Kiap Manis,Life Sos Chili, produk-produk daripada Ayamas Kitchen seperti Ikan Macherel, Ikan Sardin, Pes Masak Merak, Pes Masak Kurma dan banyak lagi.
Terima kasih tak terhingga buat Mr Jay Raj, General Manager QSR Brands (M) Holding Bhd, Mrs Angelina Nadan, Manager Brands, Marketing Event serta Miss Amelia dari bahagian Corporate Communications & Marketing QS Brands (M) Holdings Bhd, yang sanggup turun padang untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.