Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
pakar kesihatan tulang dan penjagaan postur

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Tentulah ergoworks !

Posted on 04/02/202310/10/2024 by 123mamanet

Letakkan kepercayaan anda kepada yang pakar. Jangan khuatir, kerana ergoworks sedia untuk menyokong anda.ergoworks memperjuangkan pengurusan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur menerusi kedai flagship pertama di Pavillion Bukit Jalil.

Isi Kandungan hide
1 Parkar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur
2 Jenama ergonomik Terkemuka dan Terawal di Asia
2.1 Serah Sahaja Kepada Mereka Yang Pakar

Parkar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur

ergoworks, penyedia ergonomik yang memenangi anugerah, membawakan sains kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran kedai flagshipnya yang pertama di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Ergoworks

Ditubuhkan pada 2005 di Singapura, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional dan sejak itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura.

Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship ergoworks yang baru dilancarkan ini.

Ia akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur untuk semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya. 

“Kami gembira kerana dapat mengembangkan operasi kami ke pasaran Malaysia. Di Ergoworks, kami yakin dalam menyediakan sebuah syurga untuk para eksekutif dan pemilik rumah menjaga kesihatan tulang belakang dan postur mereka.

Kami berazam untuk menyediakan sebuah pusat sehenti penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur kepada rakyat Malaysia, yang boleh didapati mengikut keselesaan mereka sendiri.

Dengan kehadiran ergoworks di Malaysia, kami berhasrat untuk membuka jalan ke arah sokongan lumbar, kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur yang optimum di samping memperjuangkan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian menerusi sains,” ujar Pengasas ergoworks, Joseph Tan. 

Baca Juga:

Sakit Tengkuk Akibat Tidur Salah Bantal

Cara Untuk Kekal Sihat

Jenama ergonomik Terkemuka dan Terawal di Asia

Sebagai jenama ergonomik terkemuka dan terawal di Asia, Ergoworks menawarkan rangkaian luas keperluan dan produk ergonomik yang menggalakkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur lebih baik secara keseluruhannya.

Yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan dan disyorkan secara profesional oleh Persatuan Kiropraktik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Menerusi produknya, Ergoworks menyasarkan untuk membantu semua rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang lebih sihat dan selesa dalam melakukan aktiviti seharian mereka.   

Bagi meraikan pelancaran kedai flagship pertama mereka, ergoworks telah menganjurkan majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh, Joseph Tan, Pengasas ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh

Beberapa rakan media dan KOL terpilih turut dijemput ke majlis pelancaran tersebut bagi menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini ergoworks dan melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas ergoworks, En. Joseph Tan bagi mempelajari lebih lanjut mengenai jenama itu.

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Ergoworks

Serah Sahaja Kepada Mereka Yang Pakar

Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ergoworks dan pelbagai produk yang ditawarkan, layari  https://ergoworks.com.my

1 thought on “Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Tentulah ergoworks !”

  1. Pingback: IMPACT Kids Ergonomic Chair - Kerusi Ergonomik Terbaik Untuk Anak - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme