Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
jerawat di kemaluan

Penyebab Jerawat Di Kemaluan

Posted on 02/11/201709/16/2023 by 123mamanet

Jangan terkejut, erawat bukan setakat boleh tumbuh di muka kita sahaja, tetapi boleh juga tumbuh di kawasan-kawasan yang sensitif seperti jerawat di kemaluan. Masalah ini sering dialami oleh kaum wanita. Apa yang membezakan jerawat di muka adalah kerana kelenjar minyak. Manakala jerawat di kemaluan pula saling berkait dengan kelenjar peluh (apocrine). Kelenjar ini akan membentuk jerawat ketika tersumbat.

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Jerawat Di Kemaluan
1.1 Hormon
1.2 Malas Bercukur
1.3 Makanan Berpengawet dan Lemak Tinggi
1.4 Kurang Menjaga Kebersihan Vagina
1.5 Seluar Dalam Ketat
1.6 Liat Mengganti Tuala Wanita
2 Undang Masalah Kesihatan

jerawat di kemaluan

Penyebab Jerawat Di Kemaluan

  1. Hormon

Hormon progesterone mempunyai  kesan yang sama pada kelenjar apocrine, seperti juga kelenjar minyak pada muka atau belakang badan.

Peningkatan progesterone yang tinggi akan menyebab ketidakseimbangan hormon pada tubuh wanita. Keadaan ini akan menyebabkan penyumbatan lemak pada pori-pori kulit.

Pori-pori ini ‘meradang’ sekaligus menyebabkannya tumbuh.  Jadi, sebab tulah ramai di antara kita yang mengalami masalah jerawat di kemaluan menjelang waktu period atau menstruasi.

  1. Malas Bercukur

Jangan culas mencukur bulu kemaluan. Tapi hati-hati ketika mencukur, jangan sampai melukakan pori-pori bulu kemaluan. Jika terluka, selama proses pemulihan pori-pori tersebut menutup dan membawa sama folikel bulu-bulu akan menyebabkan tumbuhnya bintik-bintik kecil mirip seperti jerawat.

Biasanya selepas menstruasi atau datang period, masih ada sisa-sisa bakteria yang melekat pada kulit ataupun bulu kemaluan. Ia bukan sahaja menyebabkan kulit vagina iritasi, tetapi juga boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Baca Juga: Jerawat Pasir

  1. Makanan Berpengawet dan Lemak Tinggi

Tanpa disedari makanan olahan atau berpengawet seperti makanan dalam tin dan makanan ringan mengandungi natrium dan lemak yang tinggi boleh menjadi punca jerawat di kemaluan.

Ini adalah kerana lemak akan menutupi pori-pori kulit, termasuk pori-pori di kemaluan atau vagina. Cuba hadkan mengambilan makanan yang mengandugi bahan pengawet. Sebaliknya ganti dengan makanan berserat yang memudahkan metabolisme.

 

  1. Kurang Menjaga Kebersihan Vagina

Setelah membuang air kecil atau air besar, pastikan kita betul-betul bersih membilasnya dengan air yang mengalir.
Jangan hanya sekali cebok! Sisa air kencing bukan hanya berisiko menyebabkan infeksi vagina seperti keputihan. Malahan masalah jerawat ini juga tidak mustahil akan tumbuh kerana bakteria yang terkandung di dalam urine tersebut.

 

Baca Juga: Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel 

  1. Seluar Dalam Ketat

Biasakan memakai seluar dalam yang selesa dan sepadan, bukannya terlalu ketat. Ini adalah kerana seluar dalam yang terlalu ketat akan membuatkan perjalanan udara di sekitar alat suit kita akan menjadi terhad.

Peluh pula akan menyebabkan bakteria, dan pada ketika bakteria ini bergesal dengan kulit dan seluar dalam kita, ia akan membuatkan kulit iritasi dan jerawat di kemaluan.

jerawat di kemaluan

  1. Liat Mengganti Tuala Wanita

Jangan hanya menukar atau mengganti tuala wanita ketika darah haid kita sudah melimpah atau penuh.

Sebaiknya, tukarlah setiap empat jam bagi menghindari kelembapan pada kulit. Jika kulit lembab teriritasi,akan terjadi luka terbuka yang mana akan terdedah pada bakteria. Tanpa disedari bakteria ini boleh merebak pada bahagian tubuh lain termasuklah kawasan vagina.

Undang Masalah Kesihatan

Masih ada beberapa penyebab lain munculnya jerawat di kemaluan. Di antaranya disebabkan penggunaan sabun basuh pakaian yang tidak sesuai, stress dan masalah kesihatan yang lain.

Jerawat di kemaluan tidak perlu dipicit kerana ia boleh menimbulkan peradangan. Namun, jika masih ragu-ragu apakah jerawat tersebut berbahaya atau tidak, boleh sahaja membuat pemeriksaan doktor dengan lebih lanjut bagi mendapatkan kepastian.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam

Recent Posts

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme