Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Kepulauan Solomon

Nikmati Produk Eksklusif Dari Kepulauan Solomon

Posted on 12/12/202312/14/2023 by 123mamanet

Air lautan yang jernih dan pantai berpasir putih di Kepulauan Solomon adalah rumah kepada populasi ikan tuna yang berkembang pesat, kebun kelapa dan pelbagai sumber semula jadi yang menyokong industri tempatan.

Isi Kandungan hide
1 Produk Eksklusif
2 Yang Terbaik Dari Kepulauan Solomon
3 Inisiatif Strongim Bisnis
4 Tulang Belakang #madeinsolomons

Kepulauan Solomon

Produk Eksklusif

Kini, rakyat Malaysia dapat menikmati produk eksklusif #madeinsolomons yang mempamerkan yang terbaik dari Kepulauan Solomon. Ia termasuk SolTuna, tuna asal tunggal dan sumber lestari yang enak dari Lautan Pasifik yang diproses secara tempatan dengan pantas.

Justeru mahu mengekalkan kesegaran serta jenama barangan berasaskan kelapa yang disumberkan dan dikilang secara tempatan seperti produk penjagaan diri Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands.

Kesemuanya diedarkan oleh Bountiful Ventures Sdn Bhd (terkenal dengan jenama utamanya Medella, jenama minyak masak kelapa nombor 1 di Malaysia).

 

Baca Juga:

Nasi Kandar Kudu

Richiamo Coffee

Yang Terbaik Dari Kepulauan Solomon

“Kami berbangga untuk membawa yang terbaik dari Kepulauan Solomon ke Malaysia, negara pertama di rantau ASEAN yang membawa jenama barangan kami. Ini merupakan peristiwa penting bagi kami, kerana perkongsian perdagangan ini menyokong kehidupan nelayan dan petani tempatan serta keluarga mereka.

Negara kita mempunyai banyak persamaan sebagai negara membangun dan kami berharap untuk berkongsi yang terbaik antara kedua-dua negara dan mencari cara baharu untuk bekerjasama,” kata Tuan Yang Terutama Salana Kalu, Duta Besar Kepulauan Solomon.

Kepulauan Solomon

Inisiatif Strongim Bisnis

Perkongsian perdagangan ini disokong oleh kerajaan Australia melalui inisiatif Strongim Bisnis, yang memudahkan penglibatan antara sektor swasta dan kerajaan Kepulauan Solomon, memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dengan impak yang positif dan berpanjangan.

“Australia dan Kepulauan Solomon telah lama menjadi sahabat dan rakan kongsi yang rapat. Dengan rakyat Malaysia sebagai pengguna setia jenama Australia, kami berbangga untuk menyokong rakan kongsi kami di Kepulauan Solomon bagi menyertai kami dalam menyampaikan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan Malaysia.

Hubungan perdagangan yang lebih kukuh di seluruh rantau Indo-Pasifik memberi manfaat kepada semua pihak dan kami teruja melihat peningkatan jumlah produk dari kedua-dua negara kami di rak pasar raya Malaysia,” kata Encik Simon Fellows, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

Kepulauan Solomon

Tulang Belakang #madeinsolomons

Penghormatan terhadap alam sekitar dan pemerkasaan komuniti adalah tulang belakang #madeinsolomons. SolTuna (yang merangkumi jenama utamanya Solomon Blue) adalah bebas daripada membahayakan ikan lumba-lumba.

Ia diperakui Halal dan diberi pengiktirafan Perdagangan Adil serta telah mencapai pensijilan Marine Stewardship Council (MSC). Ia menunjukkan produknya diurus dengan baik, dengan amalan penangkapan ikan yang memenuhi kemampanan piawaian ketat majlis itu.

Manakala Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands menyediakan pekerjaan, latihan dan pembangunan kemahiran untuk pekerja tempatan. Di samping  menggunakan kelapa yang diperoleh semata-mata daripada petani tempatan yang mengekalkan pemilikan tanah mereka sendiri.

Dapatkan jenama #madeinsolomons pertama dan eksklusif di kedai Jaya Grocer dan secara dalam talian di https://medellamy.easy.co/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme