Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
Richiamo Coffee

Richiamo Coffee, Tempat Berkumpul Peminat Kopi dan Makanan Sedap

Posted on 11/11/202311/14/2023 by 123mamanet

Kopi telah menjadi minuman yang amat digemari di Malaysia dan budaya kopi semakin pesat berkembang. Salah satu kafe yang telah menjadi ikon dalam industri kopi Malaysia ialah Richiamo Coffee. Dengan rasa kopi yang luar biasa dan komitmen terhadap kualiti, kafe ini semakin mendapat tempat di hati para peminat kopi di Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Richiamo Coffee Merajai Hati Peminat Kopi Malaysia
2 Richiamo Coffee Menu
3 Richiamo Coffee, Gurney Mall UTMKL
4 Sajian Masakan Melayu Pun Ada!
5 Pasti Memenuhi Selera
Richiamo Coffee
Keropok Lekor Terengganu dan Murtabak Raja. Kombinasi ini sangat serasi dinikmati bersama secawan Hot Salted Caramello Cappucino

Richiamo Coffee Merajai Hati Peminat Kopi Malaysia

Kini kafe ini menjadi destinasi kegemaran untuk pencinta kopi di Malaysia. Meletakkan kehadiran mereka di seluruh negara dengan lebih daripada 180 outlet yang beroperasi, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jaringan cawangan ini bukan hanya memberikan akses yang mudah kepada pencinta kopi di pelbagai kawasan. Bahkan memperkuat lagi kedudukannya sebagai pilihan utama dalam industri kopi di Malaysia.

Richiamo Coffee

Richiamo Coffee

Richiamo Coffee Menu

Sungguhpun begitu, ia bukanlah sekadar destinasi bagi pencinta kopi. Sebaliknya tempat di mana kepelbagaian rasa memenuhi setiap sudut kafe.

Selain dari kopi yang mantap, Richiamo Coffee juga menggembirakan pelanggan dengan pelbagai minuman lain, pastri lazat seperti kek dan roti serta menu hidangan utama yang memikat selera.

Richiamo Coffee

Richiamo Coffee, Gurney Mall UTMKL

Dengan lokasinya yang strategik, Richiamo Coffee Gurney Mall adalah tempat yang sempurna untuk memulakan atau mengakhiri hari anda dengan secawan kopi yang berkualiti tinggi.

Walaupun di tengah-tengah hiruk pikuk bandar, kafe ini menyediakan suasana yang bersahaja dan mesra, membolehkan anda melepaskan penat dan menikmati ketenangan.

Di kafe ini anda akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk yang pasti memuaskan setiap selera. Antaranya Espresso, Americano, Cappuccino, Caffe Matcha Latte, Caramello Cappuccino, Salted Caramello Cappuccino, White Mochaccino dan banyak lagi.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Kafe ini  boleh menjadi tempat ideal untuk pertemuan bisnes, lepak santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Takpun, sendirian sekadar menikmati ketenangan sambil menyelami keenakan kopi bersama Salted Egg Yolk Croissant, Keropok Lekor Terengganu atau Murtabak Raja.

Baca Juga: 

Burnt Cheesecake

Nasi Beriani

 

Richiamo Coffee Menu
Richiamo Coffee Menu, ada Set Nasi

Sajian Masakan Melayu Pun Ada!

Richiamo Coffee turut mempersembahkan hidangan Melayu tradisional yang pasti memukau hati anda. Pelbagai hidangan menarik dan enak yang ditawarkan.

Antara hidangan Set Nasi yang wajib dicuba adalah Nasi Masak Lemak Daging Salai Asap,Nasi Daging Hitam, Nasi Daging Masak Lemak Cili Padi, Nasi Masak Lemak Itik Salai Asap, Nasi Masak Lemak Siput Sedut dan  Nasi Ayam Masak Hitam

Nasi Masak Daging Salai Asap
Nasi Masak Daging Salai Asap

 

Nasi Masak Daging Hitam
Nasi Masak Daging Hitam

 

Selain itu, Nasi Ikan Patin Masak Tempoyak,  Nasi Asam Pedas Ikan Tenggiri/Pari dan Nasi Kari Ayam/Kambing juga menjadi hidangan yang menarik untuk dicuba.

Richiamo Coffee bukan sekadar tempat untuk menikmati kopi yang berkualiti, tetapi juga destinasi untuk merasai keanekaragaman hidangan Melayu yang autentik.

Jadi, jangan terlepas peluang untuk mencuba hidangan nasi yang lazat serta memuaskan selera tradisi Melayu yang sejati.

 

Makan-Makan
Kafe ini bukan sahaja tempat untuk minum kopi yang sedap, tapi juga tempat untuk merasa hidangan Melayu yang betul-betul sedap!

Pasti Memenuhi Selera

Jadi, sama ada anda penggemar kopi, penggemar makanan atau kedua-duanya sekali, Richiamo Coffee adalah destinasi yang memenuhi selera anda dengan pelbagai rasa yang luar biasa dari kopi hingga hidangan utama.

Jomlah ke sini dan teruskan pengembaraan rasa anda!

4 thoughts on “Richiamo Coffee, Tempat Berkumpul Peminat Kopi dan Makanan Sedap”

  1. Syed Nazri says:
    11/16/2023 at 10:46 AM

    terbaik la web akak ni

  2. Suhana says:
    11/16/2023 at 11:15 AM

    Kat mana tempat nie macam sedap je.

  3. 123mamanet says:
    11/19/2023 at 2:41 PM

    yang nie cawangan katGurney Mall,UTMKL.Ada 180 cawangan diseluruh negara kita.

  4. 123mamanet says:
    11/19/2023 at 2:42 PM

    Terima kasih Sir.Berkat tunjuk ajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme