Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
merokok

Lenyapkan Tabiat Merokok Bersama NICORETTE® 

Posted on 01/17/202401/16/2024 by 123mamanet

Memperkenalkan bentuk dos inovatif terkini untuk berhenti merokok, Nicorette Quickmist Mouthspray. Terapi Gantian Nikotin kini boleh dibeli secara meluas tanpa preskripsi doktor di Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Azam Untuk Berhenti Merokok
2 Bendung Ketagihan Merokok Peringkat Kebangsaan
3 Hapuskan Tabiat Merokok
4 Memperkenalkan NICORETTE® Quickmist
5 Hidup Bebas Tanpa Rokok!

merokok

Azam Untuk Berhenti Merokok

Nicorette mengajak perokok memulakan tahun baharu ini dengan azam untuk berhenti merokok. Memandangkan tabiat tersebut  ialah satu pertarungan psikologi, Nicorette berusaha gigih menyokong rakyat Malaysia untuk melunaskan azam tersebut. Nicorette akan terus menemani setiap langkah perjalanan anda.

Mulakan langkah pertama anda itu  dengan NICORETTE® hari ini kerana Terapi Gantian Nikotin (NRT) kini boleh dibeli tanpa preskripsi doktor di kebanyakan farmasi utama di Malaysia.

Baca Juga:

Kebaikan Makan Lobak Merah

Menjaga Kesihatan Jantung

 

merokok

Bendung Ketagihan Merokok Peringkat Kebangsaan

Menurut Stephen Tiu, Pengurus Besar Malaysia dan Singapura, Kenvue, perjalanan untuk berhenti merokok bukan mudah dan mereka sedar kepentingan untuk tetap memberikan sokongan.

“NICORETTE® bekerjasama rapat dengan perkhidmatan mQuit dan Kementerian Kesihatan (KKM. Kami akan  terus komited menyokong para perokok dalam perjalanan untuk memberhentikannya dengan memudahkan usaha mereka demi mencapai kehidupan bebas rokok. Kami telah mengubah industri produk bantuan berhenti merokok apabila Nicorette kini boleh didapati tanpa preskripsi doktor. Disediakan akses dan sokongan yang lebih baik buat para perokok.

Hapuskan Tabiat Merokok

NICORETTE® ialah bentuk NRT yang popular, menawarkan tiga produk untuk membantu individu berhenti merokok: Penyembur Nikotin QuickMist NICORETTE®, Tampalan NICORETTE® Invisi Transdermal dan Gula-gula getah NICORETTE®.

NICORETTE® QuickMist® yang baru diperkenalkan boleh dibeli secara eksklusif melalui ahli farmasi atau boleh didapati melalui preskripsi doktor. Namun begitu, Tampalan NICORETTE® Invisi Transdermal dan Gula-gula getah NICORETTE® boleh dibeli tanpa preskripsi doktor untuk keselesaan sendiri.

“Kami menyediakan sokongan padu buat para perokok dengan adanya NICORETTE® yang pelbagai dan kini boleh didapati dengan mudah tanpa memerlukan preskripsi doktor. Ia bukan sahaja melegakan gejala penarikan bahkan dapat mengurangkan keinginan kuat terhadap nikotin yang sering dialami oleh ramai individu apabila mereka mencuba untuk memberhentikannya buat pertama kali. Mereka boleh meningkatkan peluang untuk berhenti sepenuhnya dengan penggunaan NRT yang betul,” jelas Tiu.

Memperkenalkan NICORETTE® Quickmist

NICORETTE® memperkenalkan campuran NRT terbaharunya – NICORETTE® QuickMist, penyembur mulut mudah alih bersaiz kecil yang direka untuk melegakan keinginan dari hanya 301 saat dan memberikan kelegaan keinginan nikotin yang cepat bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

NICORETTE® QuickMist mengandungi 1mg nikotin dalam setiap semburan yang diserap ke dalam badan melalui lapisan mulut untuk kelegaan pantas. Berita baik bagi perokok yang telah mencuba untuk berhenti merokok dengan bergantung pada kemampuan diri semata-mata tetapi gagal ialah ia terbukti dapat meningkatkan keupayaan untuk berhenti merokok. NICORETTE® QuickMist boleh dibeli secara eksklusif melalui ahli farmasi atau di bawah preskripsi doktor.

merokok

Hidup Bebas Tanpa Rokok!

“Cabaran yang dialami oleh pesakit semasa perjalanan berhenti merokok seperti gejala penarikan nikotin, relaps atau kebergantungan psikologi ialah perkara biasa. Mereka memulakan perjalanan tersebut tanpa menyedari bahawa ada bantuan yang boleh didapati tanpa bergantung pada kemampuan diri semata-mata.

Kegagalan dalam percubaan sebelum ini boleh menyebabkan keraguan terhadap keupayaan untuk berhenti sekaligus menjadikan percubaan berikutnya lebih mencabar.

Kami di Kenvue akan terus komited dalam menyokong akses lebih luas terhadap kaedah yang diluluskan oleh perubatan dalam usaha membantu para pengguna untuk berhenti merokok,” kata Dr Ashley Barlow, Pengarah Kanan, Ketua Hal Ehwal Perubatan & Sains Klinikal, Asia Pasifik.

Sedia untuk melenyapkan tabiat merokok bersama-sama?

Sertai kami untuk pengembaraan bebas rokok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme