Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Kelly Azman, Pengarah Projek Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bersama rakan-rakan strategik di WTC Kuala Lumpur

Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Posted on 02/10/2026 by 123mamanet

Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bakal mencipta fenomena tersendiri sebagai festival Raya berskala nasional dan antarabangsa apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) bermula 12 hingga 15 Mac 2026.

Isi Kandungan hide
1 Zon Masa Terancang, Roh Ramadan Terpelihara
2 Sasar Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam 88 Jam
3 Berbuka & Bersahur Bersama di Rasa Fusion Food Festival
4 Hujan Duit & Hadiah Lumayan Menanti Pengunjung
5 Tarikh Strategik, Jualan Vendor Dijangka Melonjak
6 88 Selebriti & Pempengaruh, Dominasi Pengaruh Digital
7 WTC KL Dipilih, Penganjuran Bertaraf Premium
8 Lebih Daripada Platform Jualan
9 Ikuti Perkembangan Terkini

Menggabungkan elemen keagamaan, perniagaan, fesyen, kecantikan dan hiburan patuh Ramadan, festival mega ini tampil dengan konsep unik “masuk bila-bila, raikan Raya tanpa henti”. Ia sekaligus memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengunjung untuk hadir pada bila-bila masa sepanjang tempoh penganjuran.

Seiring dengan slogan rasmi “Lebih Banyak, Lebih Masa, Let’s Raya!”, festival ini menawarkan pengalaman menyeluruh yang merangkumi ibadah, membeli-belah, hiburan serta penjenamaan dalam satu acara berskala besar.

Tentunya segmen Happy Hour Hujan Duit menarik perhatian pengunjung di Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026

Zon Masa Terancang, Roh Ramadan Terpelihara

Menurut Pengarah Projek, Kelly Azman, keunikan utama Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 terletak pada pemisahan zon masa yang dirangka bagi memastikan kesantunan serta roh Ramadan terus terjaga.

“Dari waktu siang hingga awal malam, pengisian lebih menjurus kepada aktiviti keagamaan dan kerohanian.
Manakala dari malam hingga awal pagi pula, festival dimeriahkan dengan aktiviti fesyen, kecantikan, perniagaan serta hiburan yang terkawal dan bersesuaian,” jelasnya.

Pendekatan ini menjadikan festival ini bukan sahaja meriah, malah seimbang antara hiburan dan nilai Ramadan.

Sasar Lebih 1 Juta Pengunjung Dalam 88 Jam

Festival ini menyasarkan lebih satu juta pengunjung sepanjang 88 jam penganjuran, merangkumi pelbagai segmen termasuk:

  • Keluarga

  • Usahawan dan peniaga

  • Peminat fesyen & kecantikan

  • Pencipta kandungan digital

  • Pelawat tempatan & antarabangsa

Berbuka & Bersahur Bersama di Rasa Fusion Food Festival

Menariknya, festival ini turut membuka peluang kepada pengunjung untuk berbuka puasa dan bersahur bersamasambil menikmati pelbagai hidangan istimewa menerusi Rasa Fusion Food Festival menjadikan pengalaman berkunjung lebih lengkap dan bermakna.

Hujan Duit & Hadiah Lumayan Menanti Pengunjung

Antara tarikan paling dinanti-nantikan pastinya segmen ‘Happy Hour Hujan Duit’ yang diadakan pada waktu-waktu tertentu sepanjang penganjuran dengan nilai wang tunai sehingga RM18,888.

Tidak cukup dengan itu, kemuncak festival bakal diserikan dengan cabutan bertuah bernilai sehingga RM188,888, sekaligus meletakkan Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 antara festival Raya paling dinanti-nantikan tahun ini.

Tarikh Strategik, Jualan Vendor Dijangka Melonjak

Pemilihan tarikh penganjuran iaitu 10 hari sebelum Aidilfitri dianggap amat strategik kerana tempoh tersebut merupakan waktu kemuncak persiapan Hari Raya.

“Pada waktu ini, pengunjung hadir dengan fokus membeli. Jualan vendor biasanya melonjak seolah-olah berniaga selama dua bulan dalam satu masa,” jelas Kelly.

Selebriti dan pempengaruh terlibat dalam Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026

88 Selebriti & Pempengaruh, Dominasi Pengaruh Digital

Festival ini turut diperkuat dengan penglibatan 88 selebriti dan pempengaruh yang terlibat secara langsung melalui:

  • Aktiviti pentas

  • Penghasilan kandungan digital secara langsung

  • Kolaborasi bersama jenama

Pendekatan ini menjadikan festival ini antara acara Raya terbesar dari segi pengaruh digital di Malaysia, disokong strategi pemasaran menyeluruh merangkumi:

  • Sidang media

  • Liputan televisyen & radio

  • Papan iklan sekitar Kuala Lumpur

  • Pemasaran media sosial

  • Kandungan digital sebelum & sepanjang acara

Kelly Azman, Pengarah Projek Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026
Kelly Azman, Pengarah Projek Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, berkongsi visi penganjuran festival Raya 88 jam tanpa henti yang bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur.

WTC KL Dipilih, Penganjuran Bertaraf Premium

Pemilihan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) sebagai lokasi penganjuran turut meningkatkan kredibiliti festival ini. Dikenali sebagai lokasi ikonik dan berprestij, WTC KL menawarkan:

  • Infrastruktur operasi 24 jam

  • Sistem keselamatan menyeluruh

  • Pengurusan acara matang

Sesuai sepenuhnya dengan konsep penganjuran 88 jam tanpa henti.

Lebih Daripada Platform Jualan

Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 bukan sekadar festival jualan, sebaliknya menjadi platform penjenamaan jangka panjang dengan penyertaan pelbagai jenama besar tempatan.

Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis, manakala tugas pengacaraan dikendalikan oleh Kelly Azman, Watie Elite, Ahfad dan Sudirman Mohd Tahir.

Ikuti Perkembangan Terkini

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini festival ini menerusi media sosial rasmi:

  • Instagram: @letsrayawtc

  • Instagram: @gerobokbiru

  • Hashtag rasmi: #letsrayagegakgempitaraya2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Recent Posts

  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme