Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++

Posted on 10/18/2024 by 123mamanet

Kulit lebih cerah dan lebih dilindung dengan Pelindung Matahari Safi Perfect White  3X Advance Brightening SPF 50+ PA ++++ yang Baharu. Alami keserasian ideal antara pencerahan dan perlindungan daripada sinar matahari untuk kulit.

Isi Kandungan hide
1 Inovasi Baru Penjagaan Kulit
2 Kehebatan Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++
3 Perlindungan Yang Menyeluruh
4 Aktiviti yang Menarik Sempena Pelancaran!

Malaysia mengalami sinaran matahari sepanjang tahun, menyebabkan kerosakan UV yang berpanjangan dan membimbangkan. Kerosakan ini boleh menyebabkan bintik hitam, penuaan pramatang atau pigmentasi, serta tona kulit yang tidak sekata.

Safi telah membuat kajian terperinci untuk menghasilkan produk unik yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencerahkannya pada masa yang sama.

Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++

Inovasi Baru Penjagaan Kulit

Oleh itu, Safi Malaysia telah melancarkan inovasi baharu dalam penjagaan kulit, menjadikan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++  sebagai pelindung matahari yang pertama dalam rangkaian Safi Perfect White.

Ia menawarkan wanita di Malaysia dengan perlindungan dan penjagaan kulit dalam satu langkah mudah.Pelindung Matahari  ini memberikan 100X Vitamin C, diekstrak daripada Kakadu Plum.

Yang mana hasilnya boleh menembusi lapisan dalam kulit (hingga lapisan paling dalam epidermis kulit). Penggunaannya dapat mengurangkan ketaraan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit.

Ia juga diperkaya dengan dua bahan istimewa: Asid Glikolik, yang membantu mengelupas sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel, dan Niacinamide, yang mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata.

Baca Juga:

Sunscreen Terbaik

Muka Bebas Jerawat

 

Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++

Kehebatan Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++

“Kita warga Malaysia sering terdedah kepada sinaran matahari setiap hari, yang boleh menjejaskan kesihatan kulit kita,” kata Kazlina Kassim, Pakar Jenama dan Penyelidikan di Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd.

“Safi Perfect White Sunscreen dihasilkan untuk memberikan perlindungan matahari yang lengkap tetapi juga boleh menyerikan kulit. Kami ingin memberi pelanggan kami produk yang membantu mencerahkan dan menyerikan kulit mereka, sambil melindungi daripada sinaran UV yang memudaratkan kulit.”

Perlindungan Yang Menyeluruh

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ memberikan perlindungan yang menyeluruh dengan SPF 50+ PA++++, yang melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.

Ia membantu mencegah kulit menjadi kusam akibat pendedahan matahari yang berpanjangan. Formula yang ringan dan tidak berminyak.

Jadi, ia tidak meninggalkan kesan putih dan memberikan perlindungan yang tahan lama di samping membantu mencerahkan kulit.

Sangat ideal untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh didapati pada harga yang mesra poket iaitu RM19.90. Ia membolehkan anda mendapatkan perlindungan matahari yang berkualiti tinggi.

Kini, anda boleh melakukan aktiviti luar dengan yakin tanpa risau akan keselamatan dan kesihatan kulit anda.

Ia boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

 Aktiviti yang Menarik Sempena Pelancaran!

Jelajah KL Bersama Safi Perfect White

Sempena pelancaran Safi Perfect White Sunscreen, satu roadshow baru-baru ini telah diadakan di Premier Terrace @ Lot 10 dengan tema “Dome of Defense: Under Our Protective Dome”. Menawarkan pengalaman unik yang menekankan kepentingan penggunaan pelindung matahari.

Pengunjung berpeluang menikmati sampel produk, tawaran eksklusif, serta menyertai aktiviti menarik seperti membuat gelang telefon DIY dan bergambar di gerai foto untuk menyimpan kenangan indah.

Sebagai sebahagian daripada acara ini, beberapa influencers turut dijemput untuk menyertai Jelajah KL Bersama Safi Perfect White. Di mana Safi menghiasi Hop On Hop Off Bus Kuala Lumpur yang menjelajah beberapa mercu tanda utama di Kuala Lumpur.

Antaranya seperti KLCC, Istana Negara, Dataran Merdeka dan Menara Kuala Lumpur. Ini sekaligus membantu mempromosikan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelindung matahari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Safi Perfect White Sunscreen dan tempat pembelian, sila layari www.safi.com.my atau ikuti @safimalaysia di Instagram.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme