Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
rambutan

Rambutan Gula Batu

Posted on 09/17/202309/19/2023 by 123mamanet

Di Malaysia, musim rambutan adalah salah satu waktu yang paling dinantikan oleh penduduk tempatan. Setiap tahun, apabila musim panas tiba, pohon-pohon rambutan yang subur di seluruh negara mulai berbunga dan menghasilkan buah yang manis dan lazat.

Isi Kandungan hide
1 Rambutan
1.1 Ada Pelbagai Jenis
1.2 Khasiat Buah Rambutan
1.2.1 Kaya dengan Vitamin C
1.2.2 Serat Pemakanan
1.2.3 Antioksidan
1.2.4 Mineral Penting
1.2.5 Rasa Segar
1.2.6 Sumber Tenaga
1.3 Kegunaan Perubatan

Musim ini bukan sahaja mengisi kembali pasaran dengan pelbagai jenis buahnya menarik, tetapi juga menghadirkan rasa keceriaan dan kegembiraan kepada masyarakat Malaysia.

rambutan

Rambutan

Pohonnya yang  indah dengan dedaunannya yang hijau subur mula diperhatikan dengan penuh harapan oleh para pekebun dan penduduk setempat. Mereka menanti-nantikan tanda-tanda awal buahnya yang mula berputik. Apabila buah tersebut mula membesar dan kulitnya mula berwarna merah atau hijau bergantung pada jenisnya, tanda-tanda musim rambutan semakin jelas.

Musim ini bukan sekadar memberi peluang untuk menikmati kelazatan buah-buahan yang manis, tetapi juga menghimpunkan keluarga dan kawan-kawan.Meriah dengan pesta rambutan, di mana orang berkumpul di bawah pohonnya untuk menikmati buah-buahan segar adalah satu tradisi yang masih boleh dilihat.

Baca Juga:

Kebaikan Air Lemon 

Resepi Salad Buah

 

rambutan

Ada Pelbagai Jenis

Pada musim ini juga turut menggembirakan pasaran tempatan dengan pelbagai jenis buahnya seperti rambutan gading, rambutan budak sekolah, rambutan gula batu dan banyak lagi.

Jenis gula batu, dengan ciri-ciri kulitnya yang berwarna merah gelap ketika ranum ia adalah salah satu klon rambutan yang sangat popular di Malaysia. Isinya yang tebal, manis dan lekang atau longkah membuatkan ia menjadi pilihan utama para pecinta buah di seluruh negara. Buah ini sering dianggap sebagai salah satu variati rambutan yang paling sedap.

Warna putih isinya yang bersinar, melepaskan rasa manis yang luar biasa. Bagi sesetengah orang, rasa jenis gula batu ini begitu kuat,  sehingga ia seolah-olah meleleh di dalam mulut  seperti gula batu yang manis.

 

rambutan

Khasiat Buah Rambutan

Keistimewaan buah yang  menyegarkan ini termasuklah rasanya yang manis dan segar amat memuaskan selera. Buah ini mengandungi banyak air, vitamin dan nutrien penting yang baik untuk kesihatan. Di samping itu, ia juga memiliki beberapa kelebihan lain:

  • Kaya dengan Vitamin C

Sumber vitamin C yang baik, yang penting untuk sistem imun yang sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

  • Serat Pemakanan

Mengandungi serat pemakanan yang membantu dalam pemprosesan makanan dalam sistem pencernaan, menjaga kesihatan usus dan mencegah sembelit.

  • Antioksidan

Buah ini mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

  • Mineral Penting

Ia juga kaya dengan mineral penting seperti besi, kalium dan magnesium yang penting untuk fungsi badan yang normal.

  • Rasa Segar

Isinya yang manis dan juicy adalah penyejuk semulajadi yang menyegarkan terutama dalam cuaca panas.

  • Sumber Tenaga

Gula semulajadi dalam buah ini memberikan tenaga segera yang dapat membantu mengatasi keletihan.

Kegunaan Perubatan

Beberapa komponen dalam kulit rambutan  juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit dan sengat serangga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme