Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kepak ayam

Kepak Ayam Bakar Madu Pedas Manis Pasti Meletop!

Posted on 11/29/201611/29/2016 by 123mamanet
kepak ayam
foto-dartagnan

Kepak ayam madu memang meletop! Sesekali cubalah mengolah hidangan ayam yang biasa digoreng menjadi menu ayam yang dibakar pula. Dari dapur Mamanet dikongsikan Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Pedas Manis yang cukup mudah dan sangat sedap!

Isi Kandungan hide
1 Bahan-bahan Yang Diperlukan untuk buat kepak ayam madu:

 

 

Selain memberikan citarasa yang berbeza, dijamin keluarga tersayang anda pasti akan menyukainya.Selain bahagian dada dan paha, kepak ayam juga adalah bahagian dari badan ayam yang turut menjadi kegemaran ramai.

 

Ketahui juga mengenai resepi daging masak black pepper.

 

Bagi sebahagian orang bahagian kepak memang langsung tidak disentuhnya. Ini adalah kerana ia mempunyai kadar lemak dan protein yang lebih tinggi berbanding paha ayam. Lebih banyak kulit daripada dagingnya.

 

Namun, bagi penggemar kepak ayam, semua itu ditolak ke tepi. Kenikmatan kepak lebih diutamakan disaat menggigitnya sehingga membuatkan rasa ketagih untuk mengunyahnya.

Bahan-bahan Yang Diperlukan untuk buat kepak ayam madu:

  • kepak ayam
    foto-herbco

    12 kepak ayam (dikerat hujungnya)

  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar serbuk paprik
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar minyak zaitun

 

 

 

 

Cara Membuatnya:

  1. kepak ayam
    foto-msecnd

    Cuci kepak sehingga bersih.

 

  1. Kemudian keringkan dengan tisu dapur.

 

  1. Campurkan kesemua bahan seperti serbuk cili, garam halus, serbuk paprika, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih,kicap manis, madu dan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati.

 

  1. Letakkannya di dalam sebuah bekas besar dan tuangkan kesemua bahan yang sudah dicampur dan digaul sehingga sebati tadi.

 

  1. kepak ayam
    foto-netdna-cdn

    Gaul sampai sebati. Tutup dan perap semalaman atau paling kurang empat jam di dalam peti sejuk.

 

 

  1. Nanti panggang atau bakar. Letakkan kepak-kepak yang telah diperap di atas besi pemanggang, bakarlah dalam masa 7-8 minit. Jangan lupa sapukan sisa-sisa bahan perapan tadi.

 

  1. kepak ayam
    foto-pbs-twimg

    Masak sehingga warnanya bertukar menjadi coklat keemasan atau masak sempurna.

 

Itulah resepi Kepak Ayam yang cukup lazat. Semoga resepi yang dikongsikan dari Dapur Mamanet ini dapat menjadi menu yang disukai dan dapat memikat hati keluarga anda.Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025

Recent Posts

  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme