Kepak ayam madu memang meletop! Sesekali cubalah mengolah hidangan ayam yang biasa digoreng menjadi menu ayam yang dibakar pula. Dari dapur Mamanet dikongsikan Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Pedas Manis yang cukup mudah dan sangat sedap!
Selain memberikan citarasa yang berbeza, dijamin keluarga tersayang anda pasti akan menyukainya.Selain bahagian dada dan paha, kepak ayam juga adalah bahagian dari badan ayam yang turut menjadi kegemaran ramai.
Ketahui juga mengenai resepi daging masak black pepper.
Bagi sebahagian orang bahagian kepak memang langsung tidak disentuhnya. Ini adalah kerana ia mempunyai kadar lemak dan protein yang lebih tinggi berbanding paha ayam. Lebih banyak kulit daripada dagingnya.
Namun, bagi penggemar kepak ayam, semua itu ditolak ke tepi. Kenikmatan kepak lebih diutamakan disaat menggigitnya sehingga membuatkan rasa ketagih untuk mengunyahnya.
Bahan-bahan Yang Diperlukan untuk buat kepak ayam madu:
-
12 kepak ayam (dikerat hujungnya)
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1sudu besar garam halus
- 1 sudu besar serbuk paprik
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar serbuk bawang putih
- 2 sudu besar madu
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar minyak zaitun
Cara Membuatnya:
-
Cuci kepak sehingga bersih.
- Kemudian keringkan dengan tisu dapur.
- Campurkan kesemua bahan seperti serbuk cili, garam halus, serbuk paprika, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih,kicap manis, madu dan minyak zaitun. Gaul sehingga sebati.
- Letakkannya di dalam sebuah bekas besar dan tuangkan kesemua bahan yang sudah dicampur dan digaul sehingga sebati tadi.
-
Gaul sampai sebati. Tutup dan perap semalaman atau paling kurang empat jam di dalam peti sejuk.
- Nanti panggang atau bakar. Letakkan kepak-kepak yang telah diperap di atas besi pemanggang, bakarlah dalam masa 7-8 minit. Jangan lupa sapukan sisa-sisa bahan perapan tadi.
-
Masak sehingga warnanya bertukar menjadi coklat keemasan atau masak sempurna.
Itulah resepi Kepak Ayam yang cukup lazat. Semoga resepi yang dikongsikan dari Dapur Mamanet ini dapat menjadi menu yang disukai dan dapat memikat hati keluarga anda.Selamat mencuba!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]