Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
jantung pisang

Resepi Sambal Jantung Pisang Sedap

Posted on 04/17/202404/20/2024 by 123mamanet

Sekali sekala pekena dengan sambal Jantung Pisang memang boleh terangkat selera. Silap-silap boleh langsai tiga pinggan nasi!

Isi Kandungan hide
1 Resepi Sambal Jantung Pisang

Mungkin bagi sesetengah orang, jantung pisang dianggap tidak berguna, dibiarkan begitu sahaja membusuk di tanah. Mamanet lain pula, kalau balik kampung, inilah yang Mamanet cari. Macam-macam hidangan lazat yang boleh diolah daripadanya.

jantung pisang

Resepi Sambal Jantung Pisang

Selain dibuat sambal, boleh dimasak lemak, dibuat rendang, direbus cicah dengan cili kicap, masak kerabu dan sebagainya.

Untuk sambal pula, ia boleh digandingkan dengan pelbagai bahan lain seperti sardin, ikan kering, sorong kering, ikan bilis, ikan tongkol, ikan tenggiri dan lain-lain. Ikutlah kreativiti dan selera anda. Pendek kata ia adalah bahan yang sangat versatile.

Kali ini Chef Mama nak kongsikan Resepi Sambal Jantung Pisang Sedap untuk pembaca semua. Cuba tau, sebab resepi ini telah dicuba di dapur Mamanet dan terbukti sedap meleleh!

Baca Juga:

Claypot Chicken Rice

Nasi Beriani

 

jantung pisang

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • Sebiji jantung pisang (ukuran sederhana)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 6 sudu cili kering yang telah dikisar
  • Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam dan kicap manis
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air masak

 

Cara Memasaknya:

  1. Kupas kulitnya yang  berwarna gelap. Kemudian hiris sederhana halus dengan potongan memanjang.

 

  1. Hati-hati dengan getahnya ya. Setelah selesai cuci sehingga bersih dan toskan.

 

  1. Sediakan minyak untuk menumis, setelah panas minyak masukkan serai bersama semua bahan seperti bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.

 

  1. Kacau sehingga berbau harum dan setelah itu masukkan pula cili kisar, biarkan sedikit garing.

 

  1. Kemudian, masukkan hirisan jantung pisang tadi dan kacau merata.

 

  1. Masukkan pula air asam jawa, tambahkan garam dan kicap manis secukupnya. Kacau kembali sehingga rata.Jika terlalu kering, bolehlah ditambah dengan sedikit air masak.

 

  1. Kemudian, masukkan ikan bilis, kacau semula dan tunggu sehingga betul-betul masak.

 

  1. Jika sudah masak, cukup rasa masam, manis dan masinnya, bolehlah tutup api. Angkat dan sajikan dengan nasi panas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme